AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 18 Februari 2013

SOSEJ ROLL




Tengok la tu si Hazim...dia makan 3 biji Sosej Roll ni...

Last week end, teringin sangat nak buat roti so kat sini saya nak share roti yang first time saya buat. Saya buat Sosej roll ni mengikut resepi Kak Nannie Khuzaifah. Cubaan pertama ni Alhamdulillah menjadi dan lembut betul roti ni. Cuma nyer....tak berapa pandai la nak decorate roti ni. Tengoklah tu...ada yang tak berapa menarikkan tapi yang paling penting rasanya tu...aduh...aduh...sedap betul and lembut. Anak-anak apa lagi, masih panas pun mereka dah makan and tak habis-habis memuji yang roti ni sedap la...lembut la...Lain kali saya nak perbaiki rupa bentuknya pula..he...he...

Sosej Roll Bun
(Sumber : Resepi Nannie)

Bahan-bahan:
A - 330 gram tepung protein tinggi ( saya guna tepung roti)
    - 1/2 sudu teh garam
    - 11/2 sudu besar susu tepung
    - 60 g gula kastor

B   - 1 biji telur

C   - 120 ml air
      - 10 gram yis segera ( saya guna yis mauripan)

D   - 40 gram butter

Sapuan atas bun - 1 biji telur dipukul sedikit

Inti - sausage

Cara:
1. Satukan bahan-bahan A dan adun mesra ( saya gunakan tangan
    aje)
2. Campurkan B, C dan adun selama 10 minit.
3. Campurkan D dan uli sehingga menjadi doh lembut.
4. Biarkan doh rehat selama 45 minit atau sehingga doh naik dua
    kali ganda.
5. Setelah itu, tumbuk-tumbukkan doh dan uli lagi.
6. Bahagikan doh kepada beberapa doh kecil seberat 50 gram.
7. Uli doh memanjang dan lilitkan di sekeliling sosej.
8. Susun bun dalam dulang pembakar. 
9. Sapukan dengan telur yang dipukul tadi di atas bun.
10. Bakar dalam oven 180C selama lebih kurang 15 minit.


Tak berapa cantikkan Sosej Roll Bun saya ni...tapi rasanya sedap tau dan lembut.. tak pelah. lain kali cuba lagi kan..

Tiada ulasan: