AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 19 Februari 2013

KUEH TEOW GORENG


Pagi Ahad lepas, menu sarapan saya sekeluarga ialah Kueh Teow Goreng basah. Senang aje and semua bahan dah memang ada dalam fridge. Lagipun nak cepat coz Danial ada tuition Add Math.

Kueh Teow Goreng

Bahan-bahan

1 bungkus kueh teow ( saya gunakan kueh teow yang saiznya kecil)
2 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 keping fish cake- dihiris
4 -5 ketul fish ball - dibelah 2
1 biji telur
daun kucai
segenggam taugeh
daging ayam - dihiris
sedikit garam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram

Caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan cili 
    kisar.
2. Setelah cili boh betul-betul garing, masukkan daging ayam. 
    Masak sebentar.
3. Masukkan fish cake dan fish ball. Gaul rata.
4. Masukkan kicap manis, sos tiram dan sedikit air. 
5. Pecahkan sebiji telur ke dalamnya dan kacau sedikit.
6. Setelah itu, masukkan garam dan kueh teow. Kacau rata.
7. Apabila hampir masak, masukkan daun kucai dan taugeh. 
    (setelah dimasukkan taugeh jangan digoreng 
    terlalu lama nanti tak sedap)
8. Angkat dan boleh dihidangkan.

Tiada ulasan: