AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 16 Februari 2013

KEK LOBAK MERAH


Hajat hati dah lama nak buat Carrot Cake tapi baru hari ni berkesempatan. Banyak juga dah dikumpul resepi dan hari ni saya gunakan respi dari blog IntanBerlian yang saya dah olah sedikit.  Saya tidak bakar dalam loyang tapi saya buat cup cake je. Senang anak-anak nak makan. Kek yang saya buat ni memang gebu sesangat, disamping rasa carrotnya, serbuk kulit kayu manis dan walnut cincang tu. Memang sedap dan boleh dicuba. Sekejap aje lepas diletakkan cream cheese frosting tu kek ni mendapat sambutan hangat dari anak-anak...

Kek lobak merah
(resepi asal : IntanBerlian)
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
11/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (saya gunakan 1  st aje)
4 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan walnut - saya panggang dan cincang
1 biji parutan kulit lemon ( saya tak letak yang ni)
21/2 cawan karot diparut. 

1. Panaskan oven 180C.
2. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder, soda
  bikarbonat, garam dan serbuk kulit kayu manis. Gaul rata gunakan
  whisk.

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan ye..



Bahan-bahan kering yang telah disatukan

3. Dalam bekas yang lain pula, pukul telur sehingga kembang dan
   dicampurkan gula kastor. Pukul seketika.


Telur yang telah dipukul kembang.


Campurkan gula
4. Kemudian campurkan minyak, esen vanilla dan tepung sedikit-
    sedikit.
5. Campurkan lobak parut dan walnut. Gaul rata.


  campurkan lobak merah parut


Setelah dicampurkan walnut

6. Masukkan adunan 3/4 penuh dalam acuan cup cake.


Setelah dimasukkan ke dalam oven

7. Bakar 45 minit selama 30 minit.


Tengok tu...kek dah naik kembang


Setelah diletakkan cream cheese dan hiasannya 


Gebu kan kek lobak merah  ni..Jomlah jemput...

8. Dah masak, sejukkan dan boleh hias dengan cream cheese 
    frosting.

Tiada ulasan: