Pecel
merupakan antara masakan orang Jawa. Saya dulu tak berapa pandai nak masak
pecel ni tapi bila dah berkahwin dengan orang Jawa ni kenalah belajar masakan
mereka. Alhamdulillah, suami banyak memberikan tunjuk ajar. Kali ni saya nak
share masak Pecel Ikan Keli. Sebenarnya mak cik suami saya selalu menggunakan
Ikan Pari tapi kali ni saya tukar Ikan Keli pula. Senang aje nak memasaknya
cuma perlu ada cekur yang mana ada sesetengah orang tidak berapa sukakan baunya
tu..
Selain
dari itu, saya juga nak berkongsi tentang khasiat Cekur ini yang sememangnya
baik untuk kesihatan kita semua di akhir entri nanti ye...
Antara bahan-bahan yang saya gunakan
PECEL IKAN KELI
Bahan-bahan:
Ikan keli (saya gunakan 6 ekor)
10 tangkai cili padi - ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 cawan santan
daun cekur - dihiris halus-halus
ubi cekur - ditumbuk
sedikit garam
Cara-cara:
1. Ikan keli seelok-eloknya dibakar dahulu.
2. Santan dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dimasukkan ke
dalam periuk. Campurkan garam dan saya masakkan sekejap
atas api sederhana. (Sebenarnya ia tidak perlu dimasak.)
4. Masukkan ikan keli serta daun cekur yang dihiris halus.
5. Angkat dan hidangkan.
Ini pokok cekur yang suami saya tanam...Banyak jasanya pada kami ni...
Khasiat
Cekur
Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi
mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit
sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk,
mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda
dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan
masakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan