AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 10 Februari 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE




   Moist Chocolate Cake ni adalah resepi yang telah lama saya gunakan jika nak buat kek coklat. Memang digemari oleh family. In fact pernah juga mendapat tempahan dari rakan-rakan di pejabat terutamanya menjelang Hari Raya. Resepinya saya perolehi dari seorang kawan lama. 
    Kali ni saya buat kek ni untuk Birthday my hubby yang ke 44 tahun. Walaupun agak lambat membuatnya, kami dah sambut dah pada 1 Februari yang lalu. Selamat Hari Lahir sayang, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas segala-galanya. 
        Bahan untuk kek ni pun mudah aje...

Bahan-bahan:-
A - 250 g mentega
      330 g gula kastor
       6 biji telur
       220 g tepung gandum
       1 sudu teh baking powder
       1 sudu teh soda bikarbonat
       1 sudu teh esen vanilla

B  - 50 g serbuk koko
       50 g gula kastor
       3/4 cawan air 
        - semua bahan dimasak atas api yang kecil sehingga pekat.

C  - 50 g butter
       50 g serbuk koko
       3 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang.
2. Setelah itu dimasukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
3. Campurkan tepung yang telah diayak bersama baking powder
    dan soda bikarbonat. Gaul rata.
4. Campurkan pula bahan B yang telah disejukkan tadi. Gaul rata
5. Masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit
     mentega.
6. Bakar 45 minit dengan suhu 180C.
7. Untuk membuat topping, campurkan semua bahan C dan masak
    atas api perlahan sehingga pekat.
8. Apabila kek telah sejuk, bolehlah disapukan topping tadi dan hias 
    mengikut kreativiti masing-masing.



Tiada ulasan: