Daging blackpepper ni saya masak Isnin lepas, baru sekarang dapat nak share...banyak kerja la tak sempat nak berblog blog ni...bila dah free sikit ni bolehlah.... Masa cuti CNY pun sibuk juga..nama aje cuti tapi masih banyak urusan. CNY kali ni kami tak ke mana-mana, we enjoyed staying at home and be with the children. Sambil tu kemas rumah sikit-sikit, maklumlah banyak lagi barang-barang yang belum di 'unpacked' sejak berpindah... Jom kita layan daging black pepper ni.
1 bungkus rempah daging black pepper (saya gunakan jenama
MAGGIE)
1/2 kilogram daging batang pinang ( saya rebus dahulu dan dihiris)
2 biji kentang ( potong serong dan goreng)
daun sup
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar (saya guna bawang kuning - sedap dan garing)
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 cawan air rebusan daging
secubit garam
minyak untuk menumis
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan daging. Biarkan seketika.
4. Masukkan rempah daging black pepper jenama MAGGIE tadi.
Kacau seketika
5. Masukkan air rebusan daging tadi, garam dan serbuk perasa.
Biarkan hingga ia mendidih dan
pekat.
6. Masukkan kentang goreng, lada merah dan kacau.
7. Padamkan api. Boleh dihiaskan dengan daun sup.
Sedap daging black pepper, boleh juga dimakan dengan roti putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan