AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Khamis, 28 Februari 2013

HAPPY BIRTHDAY DANIAL HAKIM

HAPPY BIRTHDAY DANIAL,



Dengan ucapan

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,

akhlak yang terpuji,

pekerti yang mulia,

umur yang bermanafaat,

rezeki yang halal,

ilmu yang berguna,

jodoh yang membahagiakan,

hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
       Danial Hakim adalah anakanda saya yang sulung yang lahir pada 28 Februari 1996. Semasa tu bulan puasa dan saya sakit untuk melahirkan Danial lebih kurang 10 jam. Azan Maghrib sedang berkemundang semasa saya melahirkannya. Alhamdulillah proses melahirkan Danial sangat mudah dan berat semasa kelahirannya ialah 2.95 kg. Suami dan saya memang menanti-nantikan kelahiran Danial dan beliau merupakan anugerah yang tidak ternilai buat kami suami isteri. Semoga Danial akan terus cemerlang dalam kehidupannya dan apa jua yang dilakukan. Saya turut berkongsi beberapa foto lama Danial sejak dari bayi lagi.
Danial sewaktu berusia 4 bulan.
Foto ini saya ambil semula menggunakan camera digital saya, so tak berapa terang.
Danial bersama datuknya. Cucu sulunglah katakan so manjanya lebih sikit...

Danial bersama Nabila semasa usianya 3 tahun lebih sewaktu kami bercuti di Genting Highlands.



Danial sewaktu badannya agak tembam...



Danial memang suka berenang...Tapi sejak akhir-akhirnya kurang sikit..



Ni la dia anak bujang kesayangan saya...
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..Amin
We love you very much.....





Rabu, 27 Februari 2013

PUDING LAICI



PUDING LAICI
(sumber asal : Hanieliza's Cooking)

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar (11 gram)
6 cawan air
8 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 tin laici - blend buah laici dengan airnya tapi jangan terlalu halus.

Cara-cara:
1. Agar-agar tadi dimasak sehingga larut.
2. Campurkan gula dan kacau.
3. Masukkan laici yang telah diblend tadi bersama-sama airnya.
4. Kacar dan tuang dalam acuan yang digemari.

Selasa, 26 Februari 2013

KUIH KERIA


Sebenarnya dah agak seminggu lebih saya buat kuih keria ni tapi tak sempat nak share....biasalah sibuk memanjang je.... Saya beli dua jenis keledek dari pasar iaitu yang berwarna oren dan merah. Saya rebus keledek merah dan saya buat keria keledek yang oren ni. Memang sedap sangat apatah lagi dihidangkan bersama lemon tea tu...Fuhh....sekejap je selesai. Petang tu pulak Haziq dan Hazim bermain bola kat laman sambil makan keria ni. Laju je mereka berdua tu makan sambil bermain...
Saya buat keria ni ikut cara saya sendiri je...nasib baik jadi..


KUIH KERIA

Bahan-bahan:
500 gram Keledek
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
air secukupnya.

Cara-cara:
1. Keledek dikupas kulitnya dan direbus. Semasa masih panas tu lenyek keledek tu hingga halus.
2. Campurkan kedua-dua tepung dan keledek hingga sebati dan agak tidak melekat di tangan.
3. Bentukkan seperti gelang/keria.

          Ini rupanya setelah dibentukkan. Bentuknya tu tak berapa sekata kan...



4. Goreng kuih tadi sehingga keperangan.



Ini pula setelah digoreng keperangan.
5. Untuk menyira gula pula, masukkan gula pasir ke dalam kuali dan biarkan cair dan campurkan air sedikit.
6. Apabila ia dah agak bertali halus, masukkan kuih keria tadi dan gaul sebati.
7. Angkat dan hidangkan.

Isnin, 25 Februari 2013

APAM BERAS


      Hari Ahad lepas, jiran sebelah rumah datang untuk menjemput kami ke kenduri Aqiqah di rumahnya. Saya bercadang untuk membuat kuih untuk dibawa ke rumahnya. Yang paling senang bagi saya ialah apam. Fikir punya fikir terkeluarlah idea untuk buat Apam Beras ni, lagipun semua bahan yang diperlukan ada dalam stok.
      Saya google dan terjumpalah resepi Apam Beras dari blog Madiha tapi saya ubah sedikit. Apam ni memang sedap dan gebu. Yang paling penting cik abang dan anak-anak saya suka dan laju je mereka makan especially Hazim.



Saya warnakan apam ni kepada 3 warna yang berbeza.

APAM BERAS

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis mauripan
kelapa parut.

Cara-cara:
1. Nasi dikisar bersama air.
2. Kemudian campurkan gula pasir.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan tepung gandum, tepung
    beras dan yis. Gaul rata.
4. Campurkan ke dalam bahan yang dikisar tadi.
5. Bahagikan kepada 3 mangkuk kecil dan ditambah pewarna yang
     disukai.
6. Perap adunan selama 3 jam.
7. Setelah 3 jam, kukus apam tadi selama 15 minit.
8. Sejukkan dan potong. Boleh dimakan bersama kelapa putih 
    parut.


BURGER BAKAR ABANG BURN




Burger bakar Abang Burn ni memang dah lama terkenal tapi di N9 ni baru je. Anak saya Danial dah lama mengajak kami ke gerai ni, hari ini baru berkesempatan. Gerai ni terletak di Taman Seri Pulai, Seremban. Agak ramai juga pelanggan ketika kami tiba di situ. Saya memesan dua jenis burger ayam yang saya sendiri lupa namanya tapi secara umumnya kedua-dua burger ni boleh tahanlah rasanya. Kami anak-beranak merasakan kami lebih suka Burger Ijan di Paroi Jaya, Seremban yang sememangnya sedap sehingga menjilat jari. 



Inilah burger ayam yang kami order, ada cheese dan cendawan. 


Ahad, 24 Februari 2013

AYAM BAKAR BEREMPAH





Inilah hasilnya Ayam Bakar Berempah saya


Ayam Bakar...memang menjadi kegemaran anak-anak saya. Apabila masak je terus dipotong dan sambutannya memang mengalakkan...Sambil makan anak-anak dok kata.."sedaplah ibu...nanti masak lagi ye...". Alhamdulillah.

Saya juga membuat sos lada hitamnya sendiri..memang sedap dan bukan nak memuji diri sendiri tapi rasanya memang sedaplah...

Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada saya untuk mencuba resepi-resepi dari pelbagai sumber dan menjadi komentar saya yang setia...

AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar rempah kari (saya gunakan jenama BABAS)
2 sudu besar cili kering dikisar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
garam secukup rasa

Bahan tambahan
kentang - dipotong wedges
karot - dipotong memanjang

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan.
2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan tumbuk, garam serta semua
     rempah tadi.
3. Perap ayam lebih kurang 3 jam.
4. Bakar dalam oven selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Saya
     bakar ayam ini bersama kentang dan karot.
    Kepanasan oven mengikut jenis oven masing-masing. Saya 
    gunakan suhu 180C.




Saya perap ayam ini selama lebih dari 3 jam.

Saya letak sekali kentang dan karot sebelum dibakar dalam oven.
SOS LADA HITAM
1/2 cawan stok ayam (kiub ayam KNORR + air)
1/2 cawan susu segar
4 sudu serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - didadu
2 cm batang saderi - didadu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mentega
1/2 tin cendawan butang -dihiris halus
2 sudu besar tepung gandum + sedikit air
garam
gula
Cara-cara:
1. Panaskan stok ayam, susu, bawang, batang saderi
    sehingga sedikit mendidih.
2. Campurkan lada hitam, kicap, mentega, sos tiram,
    cendawan, garam dan gula.
3. Akhirnya campurkan bancuhan tepung gandum sedikit
   demi sedikit sehingga kepekatannya mencukupi.

Sabtu, 23 Februari 2013

PECEL IKAN KELI



Pecel merupakan antara masakan orang Jawa. Saya dulu tak berapa pandai nak masak pecel ni tapi bila dah berkahwin dengan orang Jawa ni kenalah belajar masakan mereka. Alhamdulillah, suami banyak memberikan tunjuk ajar. Kali ni saya nak share masak Pecel Ikan Keli. Sebenarnya mak cik suami saya selalu menggunakan Ikan Pari tapi kali ni saya tukar Ikan Keli pula. Senang aje nak memasaknya cuma perlu ada cekur yang mana ada sesetengah orang tidak berapa sukakan baunya tu..

Selain dari itu, saya juga nak berkongsi tentang khasiat Cekur ini yang sememangnya baik untuk kesihatan kita semua di akhir entri nanti ye...


Antara bahan-bahan yang saya gunakan

PECEL IKAN KELI

Bahan-bahan:

Ikan keli (saya gunakan 6 ekor)

10 tangkai cili padi - ditumbuk

4 ulas bawang merah - ditumbuk

1 inci kunyit hidup - ditumbuk

2 cawan santan

daun cekur - dihiris halus-halus

ubi cekur - ditumbuk

sedikit garam

Cara-cara:

1. Ikan keli seelok-eloknya dibakar dahulu.

2. Santan dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dimasukkan ke

     dalam periuk. Campurkan garam dan saya masakkan sekejap
      atas api sederhana. (Sebenarnya ia tidak perlu dimasak.)

4. Masukkan ikan keli serta daun cekur yang dihiris halus.

5. Angkat dan hidangkan.


Ini pokok cekur yang suami saya tanam...Banyak jasanya pada kami ni...

Khasiat Cekur

Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

Jumaat, 22 Februari 2013

GULAI LEMAK IKAN JELAWAT DAUN ASAM



Masak lomak cili api lagi...Biasanya tu..orang N9 tak boleh dipisahkan dengan masak lomak cili api. Ikan jelawat ni pun saya suka juga cuma tulangnya tu yang agak halus menyukarkan kita untuk memakannya.

Gulai Lemak Ikan Jelawat Daun Asam

Bahan-bahan:

1 ekor ikan jelawat (dibersihkan dan dibasuh dengan limau utk hilangkan hanyirnya)
7-8 tangkai cili padi - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ikat daun asam gelugor (saya beli di Pasar Tani) - dihiris halus
2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
garam

Cara-cara:
1. Di dalam periuk, masukkan ikan jelawat, santan dan bahan-
    bahan yang telah ditumbuk.
2. Masukkan juga garam. Masak sehingga kuahnya mendidih. (perlu 
   dikacau selalu agar santan tidak pecah   minyak, nanti gulai lomak 
   tu tak sedap)
3.Setelah mendidih, masukkan daun asam gelugor yang telah dihiris 
    tadi.
4. Teruskan memasaknya seketika sehingga kuah benar-benar 
     masak.
5. Angkat dan hidangkan. 

Khamis, 21 Februari 2013

KACANG BUNCIS GORENG BERDAGING


Kacang buncis adalah sejenis sayuran jenis kekacang yang sangat digemari oleh ahli keluarga saya. Kali ni saya cuba tukar pula cara memasak sayuran ini. Selalunya goreng dengan ikan bilis je or gulai dengan ikan. Hari ni saya masak kacang buncis goreng bersama daging...Boleh tahan juga and laju juga kami menikmatinya. Satu petua memasak sayur ni ialah jangan digoreng terlalu lama, sekejap aje digoreng dan yang lagi best ialah bila kita kunyah ia masih rangup. So jom tengok resepinya yang mudah ni..

Kacang Buncis Goreng Berdaging

Kacang buncis (agak-agak la ye nak banyak mana)
Sedikit daging ( nak rebus  dulu pun boleh juga)
2 ulas bawang putih - dihiris/tumbuk
4 ulas bawang merah - dihiris/tumbuk
2 tangkai cili merah/capsicum
1 biji tomato
garam

Cara:
1. Kacang buncis dipotong kecil.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dihiris/tumbuk 
    sehingga wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah/capsicum.
4. Masukkan daging yang telah direbus tadi serta 1/2 cawan air 
    rebusan daging.
5. Masukkan garam dan rasakan.
6. Angkat apabila dah masak.


Ha...senangkan. Mudah aje tapi yang penting rasanya sedap...Jom makan...

Rabu, 20 Februari 2013

TAUHU JEPUN GORENG


Hidangan tauhu jepun ni saya masak last week and baru hari ni dapat nak share. Saya pun tak tahu nak namakan apa masakan ni. Saya gunakan TAUHU JEPUN yang boleh didapati di pasaraya. Yang ni saya beli di TESCO. Tauhu ni sangat lembut dan apabila memasaknya tak perlu lama-lama. 

Tauhu Jepun Goreng 

3 keping tauhu jepun (saya gunakan yang bentuknya bulat tu)
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar -  dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1 biji toamato - dipotong 4
daun sup 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung + 1/2 cawan air
garam

Cara:
1. Tauhu Jepun digoreng dengan minyak yang sedikit. Ketepikan.
2. Gunakan minyak mengoreng tauhu tadi dan tumiskan bahan-
    bahan yang dihiris.
3. Masukkan sos tiram dan garam serta sedikit air
4. Setelah sebati, masukkan tauhu jepun tadi dan juga tomato.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air tadi dan kacau hingga 
    agak pekat.
6. Rasakan garam dan apabila telah masak diangkat.

INGATLAH....




I came across this image while browsing for information related to my assignment. It is true that sometimes you never thought of these 3 things which are very important. I would like to share my opinion about the saying.....

1. Time 
     Time is very precious to everybody. Once it is gone, you will never be able to gain it back. That is why you have to appreciate the moment you have especially with your love ones. Start doing things you like together with them, love them, care for them and be with them. Time is said to be eternal. It is said that it has  neither a beginning nor an end. Yet men are able 
to measure it as years, months, days, hours, minutes and seconds. They have also given meanings to the words – past, present and future. True, time has a meaning. It moves. What was yesterday is not today. What is today will not be tomorrow. Yesterday is gone. Today is and tomorrow is yet to come. Yet time is said to have no holiday. It exists always. Watch the time that is given to you and make full use of it.

2. Words - 
     Words are powerful, but time is long and memory if frail. 


3. Opportunity
     A wise man will make more opportunities than he finds.


Selasa, 19 Februari 2013

KUEH TEOW GORENG


Pagi Ahad lepas, menu sarapan saya sekeluarga ialah Kueh Teow Goreng basah. Senang aje and semua bahan dah memang ada dalam fridge. Lagipun nak cepat coz Danial ada tuition Add Math.

Kueh Teow Goreng

Bahan-bahan

1 bungkus kueh teow ( saya gunakan kueh teow yang saiznya kecil)
2 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 keping fish cake- dihiris
4 -5 ketul fish ball - dibelah 2
1 biji telur
daun kucai
segenggam taugeh
daging ayam - dihiris
sedikit garam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram

Caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan cili 
    kisar.
2. Setelah cili boh betul-betul garing, masukkan daging ayam. 
    Masak sebentar.
3. Masukkan fish cake dan fish ball. Gaul rata.
4. Masukkan kicap manis, sos tiram dan sedikit air. 
5. Pecahkan sebiji telur ke dalamnya dan kacau sedikit.
6. Setelah itu, masukkan garam dan kueh teow. Kacau rata.
7. Apabila hampir masak, masukkan daun kucai dan taugeh. 
    (setelah dimasukkan taugeh jangan digoreng 
    terlalu lama nanti tak sedap)
8. Angkat dan boleh dihidangkan.

Isnin, 18 Februari 2013

SOSEJ ROLL




Tengok la tu si Hazim...dia makan 3 biji Sosej Roll ni...

Last week end, teringin sangat nak buat roti so kat sini saya nak share roti yang first time saya buat. Saya buat Sosej roll ni mengikut resepi Kak Nannie Khuzaifah. Cubaan pertama ni Alhamdulillah menjadi dan lembut betul roti ni. Cuma nyer....tak berapa pandai la nak decorate roti ni. Tengoklah tu...ada yang tak berapa menarikkan tapi yang paling penting rasanya tu...aduh...aduh...sedap betul and lembut. Anak-anak apa lagi, masih panas pun mereka dah makan and tak habis-habis memuji yang roti ni sedap la...lembut la...Lain kali saya nak perbaiki rupa bentuknya pula..he...he...

Sosej Roll Bun
(Sumber : Resepi Nannie)

Bahan-bahan:
A - 330 gram tepung protein tinggi ( saya guna tepung roti)
    - 1/2 sudu teh garam
    - 11/2 sudu besar susu tepung
    - 60 g gula kastor

B   - 1 biji telur

C   - 120 ml air
      - 10 gram yis segera ( saya guna yis mauripan)

D   - 40 gram butter

Sapuan atas bun - 1 biji telur dipukul sedikit

Inti - sausage

Cara:
1. Satukan bahan-bahan A dan adun mesra ( saya gunakan tangan
    aje)
2. Campurkan B, C dan adun selama 10 minit.
3. Campurkan D dan uli sehingga menjadi doh lembut.
4. Biarkan doh rehat selama 45 minit atau sehingga doh naik dua
    kali ganda.
5. Setelah itu, tumbuk-tumbukkan doh dan uli lagi.
6. Bahagikan doh kepada beberapa doh kecil seberat 50 gram.
7. Uli doh memanjang dan lilitkan di sekeliling sosej.
8. Susun bun dalam dulang pembakar. 
9. Sapukan dengan telur yang dipukul tadi di atas bun.
10. Bakar dalam oven 180C selama lebih kurang 15 minit.


Tak berapa cantikkan Sosej Roll Bun saya ni...tapi rasanya sedap tau dan lembut.. tak pelah. lain kali cuba lagi kan..

Ahad, 17 Februari 2013

OSENG TEMPE


Tempe sememangnya menjadi kegemaran buat kami sekeluarga. Jika digoreng begitu aje pun mendapat sambutan hangat dari anak-anak. Peminat utama tempe di rumah saya ni ialah suami tersayang. Memang banyak khasiat apabila kita makan tempe ni. Saya tengok blog mamawandiha dan terjumpalah resepi Oseng Tempe. Apa lagi saya pun teruslah salin and tengaharinya memasaknya. Thank you kak, sedap juga apabila bertukar selera ni. Asyik tempe goreng kosong je boring juga yek...Nanti selepas resepi ni ada beberapa khasiat tempe yang sempat saya google ye..Bacalah dan mungkin boleh membantu meningkatkan lagi ilmu yang ada.

OSENG TEMPE
(Sumber : mamawandiha)
-saya olah sedikit resepi ni mengikut citarasa saya.

Tempe secukupnya (saya gunakan tempe yang dibungkus dalam daun) - digoreng
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili hijau - dibelah 4
1 tangkai cili merah - dihiris
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis
garam secukupnya.

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan sos tomato, kicap cair, sos tiram dan sedikit air. Tunggu sehingga ia sedikit mendidih.
3. Masukkan cili merah dan cili hijau. Kacau sebati
4. Masukkan tempe dan garam.
5. Angkat setelah masak. Sedap dimakan panas-panas.



10 Khasiat Tempe:
(sumber : blog ardini humaira)


1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi keracunan makanan.

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.

3. Mengandung superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi pesakit jantung.

4. Membantu pesakit anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak yang tinggi dalam tempe mampu menurunkan kadar kolesterol

7. Memiliki sifat anti oksidan, mengelakkan kanser

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi mampu mencegah berlakunya osteoporosis.

Sabtu, 16 Februari 2013

GULAI PUCUK PAKU DAN UDANG


Hai...apa nak masak ye? Jom masak gulai cili padi lah..sebagai orang N9 saya memang tak boleh dipisahkan dengan cili api. Hari ni nak masak pucuk padu gulai cili api campur udang. Senang aje nak memasaknya..dan sedap. Lagi pedas lagi sodap..

Bahan-bahan:

2 ikat pucuk paku
2 cawan santan
10 tangkai cili padi - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 cawan udang putih
garam
1 asam keping

1. Dalam periuk, masukkan santan dan bahan-bahan tumbuk.
2. Masukkan juga udang putih.
3. Masak sehingga kuah mendidih. Jangan ditinggalkan dan 
    hendaklah sentiasa dikacau..If not pecah minyak  gulai nanti tak
    sodap.
4. Kemudian masukkan pucuk paku, asam keping dan garam.
5. Angkat bila dah masak.


KEK LOBAK MERAH


Hajat hati dah lama nak buat Carrot Cake tapi baru hari ni berkesempatan. Banyak juga dah dikumpul resepi dan hari ni saya gunakan respi dari blog IntanBerlian yang saya dah olah sedikit.  Saya tidak bakar dalam loyang tapi saya buat cup cake je. Senang anak-anak nak makan. Kek yang saya buat ni memang gebu sesangat, disamping rasa carrotnya, serbuk kulit kayu manis dan walnut cincang tu. Memang sedap dan boleh dicuba. Sekejap aje lepas diletakkan cream cheese frosting tu kek ni mendapat sambutan hangat dari anak-anak...

Kek lobak merah
(resepi asal : IntanBerlian)
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
11/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (saya gunakan 1  st aje)
4 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan walnut - saya panggang dan cincang
1 biji parutan kulit lemon ( saya tak letak yang ni)
21/2 cawan karot diparut. 

1. Panaskan oven 180C.
2. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder, soda
  bikarbonat, garam dan serbuk kulit kayu manis. Gaul rata gunakan
  whisk.

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan ye..



Bahan-bahan kering yang telah disatukan

3. Dalam bekas yang lain pula, pukul telur sehingga kembang dan
   dicampurkan gula kastor. Pukul seketika.


Telur yang telah dipukul kembang.


Campurkan gula
4. Kemudian campurkan minyak, esen vanilla dan tepung sedikit-
    sedikit.
5. Campurkan lobak parut dan walnut. Gaul rata.


  campurkan lobak merah parut


Setelah dicampurkan walnut

6. Masukkan adunan 3/4 penuh dalam acuan cup cake.


Setelah dimasukkan ke dalam oven

7. Bakar 45 minit selama 30 minit.


Tengok tu...kek dah naik kembang


Setelah diletakkan cream cheese dan hiasannya 


Gebu kan kek lobak merah  ni..Jomlah jemput...

8. Dah masak, sejukkan dan boleh hias dengan cream cheese 
    frosting.

Khamis, 14 Februari 2013

DAGING BLACKPEPPER


Daging blackpepper ni saya masak Isnin lepas, baru sekarang dapat nak share...banyak kerja la tak sempat nak berblog blog ni...bila dah free sikit ni bolehlah.... Masa cuti  CNY pun sibuk juga..nama aje cuti tapi masih banyak urusan.  CNY kali ni kami tak ke mana-mana, we enjoyed staying at home and be with the children. Sambil tu kemas rumah sikit-sikit, maklumlah banyak lagi barang-barang yang belum di 'unpacked' sejak berpindah... Jom kita layan daging black pepper ni.
DAGING BLACK PEPPER

1 bungkus rempah daging black pepper (saya gunakan jenama
    MAGGIE)
1/2 kilogram daging batang pinang ( saya rebus dahulu dan dihiris)
2 biji kentang ( potong serong dan goreng)
  daun sup
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar (saya guna bawang kuning - sedap dan garing)
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 cawan air rebusan daging
secubit garam
minyak untuk menumis

1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan daging. Biarkan seketika.
4. Masukkan rempah daging black pepper jenama MAGGIE tadi.
    Kacau seketika
5. Masukkan air rebusan daging tadi, garam dan serbuk perasa.
    Biarkan hingga ia mendidih dan
    pekat.
6. Masukkan kentang goreng, lada merah dan kacau.
7. Padamkan api. Boleh dihiaskan dengan daun sup.


Sedap daging black pepper, boleh juga dimakan dengan roti putih.

Rabu, 13 Februari 2013

NASI ARAB


    Hari Selasa lepas masih lagi dalam 'holiday mood'. Hubby requested untuk saya masak Nasi Arab. Alamak...first time nak masak Nasi Arab ni..so apalagi..google punya google jumpalah resepi Nasi Arab Berempah dalam blog fiza-sham. Tq for sharing and saya pun ikut tapi saya ubah sedikitlah yang mana perlu.
    Memang sedap betul resepi ni..cuma lain kali saya rasa perlu lebihkan garam sedikit. Hubby and anak-anak pun suka dan  sedang saya memasak ayah pula telefon memberitahu ada anak buahnya yang tinggal di Kapar akan bertandang ke rumah saya dan lunch sekali. Rezeki merekalah dan saya memang masak nasi ni lebih. Tapi..terdetik juga dalam hati..sedap ke Nasi Arab saya ni...boleh ke mereka makan nanti.. Tetamu yang datang saya hidangkan Nasi Arab ni dan Alhamdulillah tetamu juga turut memuji Nasi Arab saya ni walaupun baru pertama kali mencuba..
NASI ARAB BEREMPAH
A. Bahan-bahan:
2 ekor ayam ( boleh potong ikut suka)
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 sudu besar rempah kurma
6 cawan air
Bahan B:
5 cawan beras Basmathi - basuh dan toskan
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan sos tomato
garam
Cara-cara:
1. Dalam periuk, campurkan bahan-bahan A.
2. Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
Ni ayam yang telah dicampurkan bahan A untuk dijadikan sup.
3. Keluarkan ayam dan toskan. Bahan-bahan rempah dalam sup
    tadi dikeluarkan dan dikisar halus( tapi saya tak buat langkah
    yang ini)
4. Dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang
   besar yang telah dihiris sehingga wangi.

Tumis bawang besar setelah minyak sapi panas.


Campurkan air sup rebusan ayam tadi dan biar mendidih.
5. Masukkan bahan rempah yang dikisar tadi, sos tomato, beras dan
    sup. Tambahkan garam dan gula. Setelah mendidih tutupkan api.
6. Selepas itu, di dalam periuk nasi, untuk lapisan 1 saya masukkan
    beras, lapisan 2 diletakkan ayam tadi dan tuangkan sedikit sup.
    Ulang lagi sehingga habis beras dan ayam.

Selang selikan lapisan beras dan ayam, kemudian tuangkan sup


7. Masaklah seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker.
8. Bila dah siap boleh ditaburkan daun sup dan bawang goreng.


Saya masukkan ke dalam rice cooker dan inilah hasilnya setelah hampir masak.


Inilah Nasi Arab Berempah cubaan pertama saya. Sedap dimakan bersama
Acar. Alhamdulillah sedap and disukai oleh my family.