AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 25 Februari 2013

APAM BERAS


      Hari Ahad lepas, jiran sebelah rumah datang untuk menjemput kami ke kenduri Aqiqah di rumahnya. Saya bercadang untuk membuat kuih untuk dibawa ke rumahnya. Yang paling senang bagi saya ialah apam. Fikir punya fikir terkeluarlah idea untuk buat Apam Beras ni, lagipun semua bahan yang diperlukan ada dalam stok.
      Saya google dan terjumpalah resepi Apam Beras dari blog Madiha tapi saya ubah sedikit. Apam ni memang sedap dan gebu. Yang paling penting cik abang dan anak-anak saya suka dan laju je mereka makan especially Hazim.



Saya warnakan apam ni kepada 3 warna yang berbeza.

APAM BERAS

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis mauripan
kelapa parut.

Cara-cara:
1. Nasi dikisar bersama air.
2. Kemudian campurkan gula pasir.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan tepung gandum, tepung
    beras dan yis. Gaul rata.
4. Campurkan ke dalam bahan yang dikisar tadi.
5. Bahagikan kepada 3 mangkuk kecil dan ditambah pewarna yang
     disukai.
6. Perap adunan selama 3 jam.
7. Setelah 3 jam, kukus apam tadi selama 15 minit.
8. Sejukkan dan potong. Boleh dimakan bersama kelapa putih 
    parut.


Tiada ulasan: