AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 26 Februari 2013

KUIH KERIA


Sebenarnya dah agak seminggu lebih saya buat kuih keria ni tapi tak sempat nak share....biasalah sibuk memanjang je.... Saya beli dua jenis keledek dari pasar iaitu yang berwarna oren dan merah. Saya rebus keledek merah dan saya buat keria keledek yang oren ni. Memang sedap sangat apatah lagi dihidangkan bersama lemon tea tu...Fuhh....sekejap je selesai. Petang tu pulak Haziq dan Hazim bermain bola kat laman sambil makan keria ni. Laju je mereka berdua tu makan sambil bermain...
Saya buat keria ni ikut cara saya sendiri je...nasib baik jadi..


KUIH KERIA

Bahan-bahan:
500 gram Keledek
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
air secukupnya.

Cara-cara:
1. Keledek dikupas kulitnya dan direbus. Semasa masih panas tu lenyek keledek tu hingga halus.
2. Campurkan kedua-dua tepung dan keledek hingga sebati dan agak tidak melekat di tangan.
3. Bentukkan seperti gelang/keria.

          Ini rupanya setelah dibentukkan. Bentuknya tu tak berapa sekata kan...



4. Goreng kuih tadi sehingga keperangan.



Ini pula setelah digoreng keperangan.
5. Untuk menyira gula pula, masukkan gula pasir ke dalam kuali dan biarkan cair dan campurkan air sedikit.
6. Apabila ia dah agak bertali halus, masukkan kuih keria tadi dan gaul sebati.
7. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan: