Inilah hasilnya Ayam Bakar Berempah saya
Ayam Bakar...memang menjadi kegemaran anak-anak saya. Apabila masak je terus dipotong dan sambutannya memang mengalakkan...Sambil makan anak-anak dok kata.."sedaplah ibu...nanti masak lagi ye...". Alhamdulillah.
Saya juga membuat sos lada hitamnya sendiri..memang sedap dan bukan nak memuji diri sendiri tapi rasanya memang sedaplah...
Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada saya untuk mencuba resepi-resepi dari pelbagai sumber dan menjadi komentar saya yang setia...
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar rempah kari (saya gunakan jenama BABAS)
2 sudu besar cili kering dikisar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
garam secukup rasa
Bahan tambahan
kentang - dipotong wedges
karot - dipotong memanjang
Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan.
2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan tumbuk, garam serta semua
rempah tadi.
3. Perap ayam lebih kurang 3 jam.
4. Bakar dalam oven selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Saya
bakar ayam ini bersama kentang dan karot.
Kepanasan oven mengikut jenis oven masing-masing. Saya
gunakan suhu 180C.
Saya perap ayam ini selama lebih dari 3 jam.
Saya letak sekali kentang dan karot sebelum dibakar dalam oven.
SOS LADA HITAM
1/2 cawan stok ayam (kiub ayam KNORR + air)
1/2 cawan susu segar
4 sudu serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - didadu
2 cm batang saderi - didadu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mentega
1/2 tin cendawan butang -dihiris halus
2 sudu besar tepung gandum + sedikit air
garam
gula
Cara-cara:
1. Panaskan stok ayam, susu, bawang, batang saderi
sehingga sedikit mendidih.
2. Campurkan lada hitam, kicap, mentega, sos tiram,
cendawan, garam dan gula.
3. Akhirnya campurkan bancuhan tepung gandum sedikit
demi sedikit sehingga kepekatannya mencukupi.
1 ulasan:
nampak sedap.saya akan cuba juga
Catat Ulasan