Assalamualaikim,
Alhamdulillah, apa khabar rakan-rakan? Saya sebenarnya memang dah lama mengintai kek buah yang Kak Azie buat dan memang menyelerakan. Saya pernah juga dua tiga kali membuat kek buah ni dan ada yang menjadi dan ada yang buahnya akan jatuh ke bawah. Kali ini saya mencuba pula resepi Kek Buah Kukus mengikut cara Kak Azie dan hasilnya memang tidak mengecewakan. Sangatlah sedap dan lembap, yang paling best mixed fruits tu tidak jatuh ke bawah. Selalu saya mencuba resepi-resepi dari Kak Azie ni dan hasilnya memang best, sedap dan menarik.
So, kek buah yang saya masak ini juga mendapat pujian dari hubby dan anak-anak. Memang sedap...
KEK BUAH KUKUS
(Resepi Asal: Azie Kitchen)
Bahan-bahan:
A - Gula Hangus - 2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 250 g butter
B - Bahan untuk diayak - 300 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/4 sudu kecil cream of tartat
- 1 sudu kecil serbuk buah pala - saya tak letak sebab tak ada dalam stok
C - 3 biji telur
- 250 g mixed fruits
- 1 sudu kecil esen vanilla
Panaskan gula dalam kuali dengan api sederhana sehingga gula cair dan keperangan.
Tuangkan air, kacau dahulu dan masukkan butter, masak sehingga butter cair.
Masukkan mixed fruits dan masak sehingga mendidih. Tutupkan api dan ketepikan sebentar.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar. Tuangkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam campuran gula dan mixed fruits tadi. Kacau rata dan kemudian campurkan pula telur dan esen vanilla. Jangan terlalu lama dikacau kerana dikhuatiri buahnya akan mendap. tuangkan adunan ke dalam loyang.
Balut/Tutup dahulu loyang dengan aluminium foil di atasnya. Kukus kek selama 4 jam atau sehingga 6 jam. Biarkan dahulu kek sejuk dalam kukusan (jangan keluarkan terus ye). Bolehlah dihidangkan tetapi sebenarnya kek buah sangat sedap bila disimpan 2-3 hari baru dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan