Assalamualaikum, Hujan lebat petang semalam dan saya terasa seperti perut dah mula lapar ni.... Apa lagi terus google dan tercari-cari resepi apa nak buat. Bila buka blog Kak Yatie memories terus ternampak Talam Permata Zamrud yang sangat cantik hasilnya. Tapi saya tak ada sagu berwarna hijau....yang ada sagu merah. So, dengan izin ye Kak Yatie saya menukar nama talam ni kepada Talam Permata Delima kerana warnanya yang merah. Terima kasih Kak Yatie kerana resepi yang sedap dan senang dibuat ni.
Hubby dan anak-anak memuji kesedapan talam ni. Berselera mereka nampaknya. Alhamdulillah.
Tengoklah tu, saya menggunakan loyang berbentuk jantung (LOVE).
Bahan-bahannya pun mudah aje, tu yang saya suka coz tak perlu mencari bahan yang pelik-pelik.
Talam Permata Delima
Bahan-bahan:
250 gm sagu besar (cuci dan toskan)
Bahan A
- 2 1/2 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan tepung ubi
- 1 cawan santan pekat MS
- 3 cawan air
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 1/2 cawan gula
- 1 1/2 cawan air
- 3 helai daun pandan- simpulkan
- Pewarna merah
Cara-cara
- Masak bahan B hingga gula larut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan dulu.
- Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapiskan
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna merah. Bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
- Satu bahagian lagi biarkan warna asal dan bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
- Panaskan kukusan, sapu loyang dengan sedikit minyak dan sapu minyak lagi.
- Tuang 1 bahagian dari adunan merah, kukus selama 10 minit. Setelah siap, cakarkan sikit permukaannya dan tuangkan 1 bahagian adunan asal/putih dan taburkan separuh sagu.
- Kukus lagi selama 10 minit. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaannya.
- Tuangkan satu lagi adunan merah dan kukus selama 10 minit.
- Setelah siap, tuangkan lagi satu bahagian adunan asal/putih dan taburkan rata sagu.
- Kukus selama 25 minit. Setelah siap angkat kuih dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan