AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 25 Mei 2014

PIZZA ROTI


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberikan nafas oleh Allah untuk kita menikmati kehidupan di dunia ini tanpa lalai dengan suruhanNya untuk persediaan di akhirat kelak. Segar rasanya bangun pagi ni...Seperti biasa usai solat subuh terus terfikir apa yang nak dihidangkan untuk sarapan. Hari ni saya nak buat sesuatu yang simple aje...Roti Pizza memandangkan roti gardenia tu hampir tiba tarikh luputnya. Pizza ni senang sangat dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membuatnya. Bila makan panas-panas lagi best.....garing gitu...

PIZZA ROTI

Bahan-bahan:
6 - 7 keping roti Gardenia putih
5 batang sosej - direbus dan dihiris
segenggam mixed-vege
sos cili secukupnya
cheese - saya guna mozarella cheese
(if nak tambah apa-apa bahan lain untuk intinya pun boleh juga...ikutlah selera masing-masing)

Cara-cara:
1. Letakkan roti gardenia di atas dulang pembakar.
2. Sapukan sedikit sos cili
3. Taburkan sosej yang dihiris tadi dan mixed-vege
4. Taburkan cheese.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 150C selama 10 - 15 minit.
6. Bolehlah dihidangkan.


Tiada ulasan: