Assalamualaikum,
Hari ni nak share resepi Kueh Teow Kungfu versi saya yang simple ni. Cuma kali ni saya letak tak banyak sayur disebabkan stok sayur kat rumah hampir kehabisan. Yang ada carrot so letaklah carrot aje. Yang penting rasanya yang sedapkan. Sebenarnya ini adalah hidangan untuk berbuka puasa saya Isnin lepas.
KUEH TEOW KUNGFU
Bahan-bahan:
1 bungkus kueh teow (saya gunakan yang saiz kecil)
2 butir telur
1 batang carrot - dihiris halus
1 keping fish cake - dihiris
5 -6 biji fish ball - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang merah - ditumbuk
lada hitam secukupnya
garam secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung dibancuh bersama air.
Cara-cara:
1. Telur dipukul dalam mangkuk dan digaulkan bersama kueh teow.
2. Panaskan minyak dan goreng sebentar kueh teow tadi. Angkat dan ketepikan.
Ini adalah rupanya kueh teow yang telah digaulkan bersama telur dan digoreng seketika.
3. Panaskan sedikit lagi minyak menggunakan kuali yang sama dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga
wangi.
4. Masukkan isi ayam, fish cake dan fish ball. Gaul rata.
5. Campurkan carrot, garam, sos tiram dan sedikit lada hitam.
6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung bersama air. Kacau sebati dan bolehlah diangkat setelah
masak dan dihidangkan.
7. Sedap dimakan bersama cili hijau jeruk atau sambal lada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan