Assalamualaikum,
Saya banyak merujuk kepada beberapa blog untuk mendapatkan resepi-resepi yang boleh dijadikan panduan terutamanya Blog YatieMemories, Azie Kitchen, dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kerana sudi berkongsi dengan kami. Kesemua resepi itu sedap dan mudah untuk dimasak disamping menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi.
Sebelum ini saya telah mencuba daging masak palembang dan kali ini saya nak cuba pula Ayam masak palembang dengan menggunakan resepi yang sama. Hasilnya memang tidak mengecewakan dan sangat sedap. Jom kita layan resepinya.
AYAM PALEMBANG
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
2 batang serai
1/2 kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar kicap manis
3 biji kentang - dipotong dan digoreng
Bahan Kisar
5 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 - 15 tangkai cili kering
- semua bahan di atas diblender halus
Bahan tumis
kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan kisar, serai dan tumis lagi.
3. Masukkan ayam dan biarkan seketika.
4. Masukkan santan dan biarkan sehingga ayam agak empuk.
5. Tambahkan kerisik, garam dan kicap manis.
6. Biarkan agak-agak masak dan masukkan kentang goreng.
7. Setelah masak, tutup api dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan