AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 26 Mei 2014

BUBUR CANDIL


Assalamualaikum pembuka bicara pagi ini,

Cuaca hari ini sejuk dan mendung aje. Alhamdulillah. Sejak dua minggu ni apabila petang aje hujan pun turut mencurah-curah. Biasalah bila hujan tu perut pun mulalah teringin je nak dipenuhkan. Sebenarnya bubur ini saya masak untuk minum petang semalam. Baru pagi ni berkesempatan untuk update blog so saya pun sharelah apa-apa yang tertinggal. Bubur Candil ini selalunya saya dan keluarga gemar dijadikan sebagai hidangan untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan tapi kali ini saya buat untuk minum petang..Jom layan resepinya

BUBUR CANDIL

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawaan air 
sedikit garam
- Campurkan semua bahan-bahan di atas sehingga menjadi doh. (boleh letakkan pewarna yang disukai)
- Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
- Doh tadi dibentukkan bulat atau oval dan masukkan ke dalam air yang mendidih.
- Setelah doh kecil tadi terapung bolehlah diangkat, tapis dan masukkan ke dalam air biasa.


1 kotak santan MS
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar sagu mata ikan
sehelai daun pandan
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
-Perlu dikacau sentiasa agar tidak pecah minyak santan tu ye. 
-Masukkan sagu mata ikan tadi.
- Masukkan doh-doh warna-warni tadi dan masaklah lebih kurang 10 minit
-Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan: