Assalamualaikum,
Masakan yang berasaskan daging memang menjadi antara menu kegemaran keluarga saya. Ada yang dimasak kicap, goreng lada hitam, gulai lemak cili padi, kari dan sebagainya. Kali ini saya nak berkongsi menu daging masak merah ala-ala gerai gitu. Nanti resepinya saya kongsi di akhir entri ini ye.
Sebelum tu saya nak berkongsi berkaitan khasiat daging kepada kita semua. Ini adalah kerana terdapat sedikit kekeliruan berkaitan pengambilan daging. Ada yang kata daging tidak baik untuk kesihatan kita dan sebaliknya. So...jom kita baca ye
KOMPOSISI NUTRIEN DAGING MERAH
Daging merah daripada haiwan seperti lembu dan kambing merupakan sumber protein utama bagi tubuh manusia. Badan kita memerlukan protein terutamanya untuk proses pertumbuhan dan membaik pulih selsel. Protein juga merupakan komponen utama setiap otot, tisu dan organ yang penting untuk proses yang berlaku
dalam tubuh badan manusia seperti metabolisme dan penghadaman. Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi berbanding daging putih seperti ayam. Bagaimanapun ia juga mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu yang lebih tinggi. Jumlah lemak keseluruhannya boleh dikurangkan
dengan memilih daging yang telah dibuang atau di’trim’ lemaknya. Selain itu, daging merah merupakan sumber utama bagi zat besi dan zink. Ia juga merupakan sumber baik bagi niasin, vitamin B12 dan riboflavin. Pilihan daging yang baik ialah daging yang telah dibuang lemaknya terlebih dahulu. Ini akan mengurangkan kandungan lemak secara keseluruhan tetapi masih mengekalkan kandungan vitamin dan mineral yang sama. Daging merah yang terproses seperti sosej, daging dalam tin dan daging cencang mengandungi kandungan garam (yang dimasukkan sebagai pengawet) dan lemak (bahagian haiwan yang lain) yang lebih tinggi berbanding dengan daging biasa.
ISU KESIHATAN BERKAITAN DENGAN DAGING MERAH
Mungkin anda pernah terbaca beberapa isu berkaitan dengan daging merah. Sehingga kini memang terdapat banyak pendapat tentang kesan pengambilan daging merah dari segi kaitannya dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kanser kolon. Ada kajian yang menyokong pandangan ini terutamanya apabila ia dikaitkan dengan kandungan lemak tepu dan garam yang tinggi seperti yang terdapat apabila ia melibatkan daging yang belum dibuang lemaknya a tau daging yang telah diproses (seperti daging ditinkan, sosej dan daging cincang). Selain itu daging yang dibakar juga terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan kanser. Ia juga boleh memberi masalah kesihatan jika tidak dimasak dengan sempurna.
DAGING MERAH DALAM DIET HARIAN
Ibadah korban yang disunatkan dalam Islam membuktikan keikhlasan kita sebagai hamba Allah serta mensyukuri segala nikmatnya. “Sesungguhnya Kami telah memberi engkau wahai Muhammad akan kebaikan yang banyak. Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al- Kauthar:ayat 1-2) Daging merah mempunyai khasiat tersendiri yang boleh memberi faedah kepada manusia sekiranya diambil dengan cara betul dan jumlah yang bersesuaian. Mesej keenam dalam Garis Panduan Diet Malaysia 2010 perlu diikuti iaitu, “Makan ikan, daging, ayam, telur, kacang dan kekacang dalam jumlah yang sederhana.” Saya menggalakkan supaya pembaca MIDI mengamalkan saranan berikut dengan mengikuti tip pemilihan dan pemakanan daging
merah.
KESEDERHANAAN
Tidak dinafikan daging merah memang mempunyai banyak khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahaya pengambilan daging merah biasanya dikaitkan dengan pengambilan yang melebihi daripada saranan dan juga pengambilan daging sudah diproses. Oleh yang demikian, kesederhanaan dalam pengambilan daging merah merupakan kunci utama dalam pengambilan diet seimbang anda. Berdasarkan kepada tip yang telah saya berikan, diharapkan pembaca MIDI mendapat gambaran yang lebih jelas dari segi pengambilan daging merah dalam diet harian untuk membantu anda mendapatkan kesihatan optimum.
DAGING MASAK MERAH
Bahan-bahan:
1/2 kilo dagiing batang pinang (saya rebus dahulu bersama sedikit pewarna merah)
2 bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 buah tomato - dibelah 4
1 tangkai saderi - dihiris serong
1 helai daun limau purut
1 batang serai
1 tangkai cili merah - dihiris
4 - 5 tangkai cili padi - dihiris
sos tomato
sos cili
sos tiram
1 sudu cili kering kisar
Cara-cara:
1. Daging yang direbus tadi dihiris nipis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris sehingga wangi.
3. Masukkan serai dan semua sos beserta garam.
4. Masukkan juga sedikit air rebusan dan bahan-bahan lain.
5. Angkat dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan