AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 29 Januari 2013

MELBOURNE PIE





    Anak-anak buah nak datang ke rumah Sabtu lepas dan saya buat Melbourne Pie yang saya perolehi resepi asalnya dari Azie Kitchen tapi saya ubah suai sedikitlah. Baru hari ni dapat nak share. Lagipun Nabila memang minta saya buatkan dia pie ni yang menurutnya intinya sedap dan boleh juga dimakan bersama roti. Siap aje dimasak, anak-anak tak sabar nak makan. Apa lagi....sekelip mata je selamat pie saya ni. Alhamdulillah tak penat saya membuatnya bila ada yang mengemarinya. Seronok melihat telatah mereka makan beramai-ramai.


 Kulit /Dasar pie sedia untuk dibakar.



Melbourne Pie
(Resepi asal: AzieKitchen)

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega
air secukupnya
garam

Gaulkan semua bahan untuk mendapatkan doh yang lembut. Canai 1/2 doh dan letakkan dalam acuan pie. Cucuk dasar doh yang telah diletakkan ke dalam acuan dengan garfu. Bakar dalam oven selama 5 - 10 minit. 1/2 lagi doh yang tinggal akan digunakan untuk menutup inti pie kita sebelum dibakar.

Bahan B
1 mangkuk ayam kisar (saya guna jenama RAMLY)
1 mangkuk kacang peas
1 tin cendawan butang  (dihiris)
1 tin mushroom cream 
1 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
rosemary

1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang merah dan bawang 
    putih.
2. Masukkan ayam kisar. Masak sehingga airnya tinggal sedikit.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain. 
4. Sejukkan sebelum diletakkan ke dalam kulit pie yang telah
    dibakar tadi.
5. Tutup pie dengan lapisan doh yang masih ada dan hias mengikut
    kesukaan sendiri. Sapu atas pie dengan kuning telur.
6. Bakar selama 25 minit (180C)



Inti/Isi pie yang telah diisikan setelah dasar pie dibakar.



Atas pie tu disapu dengan kuning telur.


Melbourne Pie saya setelah dibakar. 

Tiada ulasan: