AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 27 Januari 2013

HAPPY BIRTHDAY HAZIM






          Muhammad Akmal Hazim adalah anak saya yang bongsu dari empat beradik. Hazim dilahirkan pada 7 Januari 2010. Hazim dilahirkan semasa usia kandungan saya 7 bulan dan ini bermakna Hazim dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat hanya 1.35 kg sahaja. Bayangkanlah saiznya ketika itu..kecil betul dan pertama kali saya melihat wajahnya yang kecil itu sebak tidak terkira dan saya hanya mampu menitiskan airmata. Sewaktu pemeriksaan bulanan pada bulan yang ke 7 itu, doktor telah menasihatkan saya untuk dimasukkan ke wad kerana darah tinggi dan kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Saya sendiri terkejut kerana sebelumnya saya tidak mempunyai masalah darah tinggi. Atas nasihat doktor saya dimasukkan ke wad dan dinasihatkan untuk melahirkan bayi saya bagi menyelamatkan nyawa saya dan Hazim ketika itu. Saya akur dan pada jam 1 pm saya telah dimasukkan ke bilik pembedahan dan keluar setelah 3 jam berikutnya. Doktor hanya menunjukkan wajah Hazim kepada saya hanya seketika dan kemudian dia dibawa ke ICU kanak-kanak. Hanya setelah dua hari dilahirkan barulah saya dapat melihat Hazim setelah dibawa oleh nurse ke ICU. Sedih sungguh saya ketika itu melihatkan Hazim diletakkan di dalam inkubator dengan disambungkan wayar pernafasan ke hidungnya dan wayar untuk penyusuan dimulutnya. Saya dan suami menitiskan airmata melihatkan keadaannya ketika itu. Doktor memaklumkan kepada kami bahawa Hazim mempunyai peluang 50% sahaja untuk hidup kerana jantung dan paru-parunya yang masih belum matang. Kami berdoa agar Hazim diberikan kekuatan dan setelah 32 hari berada di dalam inkubator dan beratnya mencecah 1.85 kg barulah dia dikeluarkan dari inkubator dan ditahan selama 3 hari di wad. Setelah itu Hazim dibenarkan balik dan kami menjaganya sebaik mungkin mengikut nasihat dan tunjukajar yang diberikan oleh doktor dalam menjaga bayi pra-matang. Alhamdulillah, pada 7 Januari lalu genaplah umurnya 3 tahun dan Hazim merupakan seorang kanak-kanak yang sihat, pintar dan keletahnya sentiasa mendapat perhatian ramai. Syukur kepada Allah dan saya berdoa kepadaNya agar Hazim menjadi anak yang soleh, sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupannya.



Hazim sewaktu umurnya 1 bulan lebih.(Tarikh pada gambar tu abaikan ye kerana saya ni selalu tak set tarikh terkini pd camera.) 


Hazim ketika umurnya 2 tahun.


Memang suka bergaya...


tengoklah tu...posing sakan...

Tiada ulasan: