AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Khamis, 24 Januari 2013

BIRTHDAY HAZIM N NABILA

       HAPPY BIRTHDAY NABILA

Sebenarnya birthday anak-anak saya ni adalah pada 7 dan 8 Januari yang lalu. Baru 19 Januari hari tu dapat celebrate sama-sama kerana menunggu semua ahli keluarga ada baru nak celebrate. Nur Nabila Husna adalah anak saya yang kedua dan satu-satunya anak perempuan saya. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1998 di Hospital Besar Kuala Pilah. Berat semasa dilahirkan ialah 2.3 kg sahaja melalui pembedahan dan bagi kami Nabila pada masa itu sangat kecil. Setelah 4 hari diwad saya dibenarkan pulang tetapi pada petang esoknya Nabila dimasukkan semula ke wad di Hospital Seremban kerana jaundis. Jaundisnya tinggi dan terpaksa ditukarkan darah. Sedih saya ketika itu memang tak boleh nak digambarkkan. Bayangkan anak sekecil itu badannya dipenuhi dengan jarum dan wayar. Tidak habis disitu, Nabila juga terpaksa menjalani pemeriksaan susulan sehingga umurnya 6 tahun. Akhirnya setelah 6 tahun berulang-alik ke hospital pakar, alhamdulillah Nabila sihat sepenuhnya seperti kanak-kanak lain.
   Nabila memang seorang anak yang ceria dan cerdik. Beliau memasuki tadika seawal umurnya 3 tahun kerana menangis untuk bersama abangnya Danial. Saya pun mendaftarkan beliau ke tadika. Nabila sangat suka ke sekolah dan boleh membaca seawal umurnya 4 tahun. Pencapaiannya di sekolah memang membanggakan kami dan cemerlang sehingga ditawarkan ke Kolej Tunku Khursiah, Seremban semasa di tingkatan satu. Kini usianya telah pun 15 tahun dan akan menduduki PMR. Semoga beliau akan lebih cemerlang lagi dalam apa jua yang dilakukannya dan dapat menjadi seorang doktor seperti yang diimpikannya. InsyaAllah.


Ini kek birthday untuk Nabila and Hazim. Kami celebrate serentak untuk kedua-duanya.












Nur Nabila Husna semasa umurnya memasuki 2 tahun. Puas juga mencari gambar-gambar lama untuk dimasukkan dalam blog ni sebagai kenang-kenangan. Gambar tak berapa terang coz diambil dari foto lama menggunakan camera digital ni.








Nabila dulu...






Nabila kini....

Nanti sambung dengan kisah Hazim pula di lain page.

Tiada ulasan: