AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Rabu, 30 Januari 2013

SOUTH KOREA 2




Sambung lagi catatan saya tentang perjalanan ke Korea Selatan. Ia menang menarik dan memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan buat suami dan saya. So, seterusnya ialah saya nak kongsi pengalaman ke Nami Island. Di Nami Island inilah pengambaran filem 'Winter Sonata' dilakukan. Tempatnya memang cantik, bersih dan menenangkan fikiran. Banyak juga kami mengambil foto di sini. Macam-macam pose...

Ni gambar di lokasi pengambaran filem Winter Sonata.


Berposing dengan latar belakang aktor dan aktres filem tu....Balik je dari Korea saya tonton semula filem tu...memang touching sangat...


Tengoklah tu....posing macam salah satu babak dalam filem tu...ehem...

Cantikkan background tu. Masa kami gi ni dah nak masuk Spring tapi masih lagi sejuk...



Hai...sempat lagi kami naik basikal ni...If tak larat berjalan kaki, boleh sewa basikal ni untuk mengelilingi Nami Island itu.



Atas bot balik dari Nami Island.
Itulah sedikit sebanyak tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati...nanti jika berkesempatan saya share lagi ye...

Selasa, 29 Januari 2013

BUTTER CUP CAKE



Hari ni cuti sempena Thaipusam. Saya bercadang untuk buat cup cake untuk anak-anak dan kemudiannya saya nak bawa ke pejabat esoknya sebab ada makan-makan sikit. Kek ni simple je and sedap serta gebu.

Butter Cup Cake
1/2 cawan mentega
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan gula kastor
2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder

1. Putar mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang.
2. Masukkan satu persatu telur. Putar lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan susu segar.
4. Masukkan adunan dalam paper cup.
5. Bakar 25 minit dengan suhu 180C.
6. Sejukkan dan hias mengikut citarasa sendiri
7. Untuk hiasan tu saya gunakan whipping cream aje.





KUIH KETAYAP



Minat untuk mencuba resepi-resepi memang menjadi kegemaran saya sejak dulu lagi cuma kini sejak tahun lepas baru nak berkongsi dalam blog ni. So, for last Sunday i membuat kuih ketayap yang simple je untuk my family. Intinya tu boleh diubahsuai mengikut kegemaran masing-masing

Kuih Ketayap

Bahan A - batter
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
air secukupnya
1/2 cawan air pandan (saya blender daun pandan dan tapis airnya)
atau pewarna yang digemari
sedikit garam

Bahan B
2 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah yang telah dihaluskan
1/2 cawan gula putih
daun pandan

Satukan semua bahan dan masak atas api kecil sehingga kelapa benar-benar sebati dengan gula.

Satukan semua bahan dan jadikan batter mengikut kepekatan yang diinginkan. Panaskan kuali non stick dan sendukkan batter dalam pan (jangan terlalu banyak coz jika tebal nanti kuih tak sedap). Angkat setelah masak. Isikan inti kelapa dan gulung.




Jemputlah minum...


Saya buat dua adunan iaitu warna hijau(pandan) dan kuning.


MELBOURNE PIE





    Anak-anak buah nak datang ke rumah Sabtu lepas dan saya buat Melbourne Pie yang saya perolehi resepi asalnya dari Azie Kitchen tapi saya ubah suai sedikitlah. Baru hari ni dapat nak share. Lagipun Nabila memang minta saya buatkan dia pie ni yang menurutnya intinya sedap dan boleh juga dimakan bersama roti. Siap aje dimasak, anak-anak tak sabar nak makan. Apa lagi....sekelip mata je selamat pie saya ni. Alhamdulillah tak penat saya membuatnya bila ada yang mengemarinya. Seronok melihat telatah mereka makan beramai-ramai.


 Kulit /Dasar pie sedia untuk dibakar.



Melbourne Pie
(Resepi asal: AzieKitchen)

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega
air secukupnya
garam

Gaulkan semua bahan untuk mendapatkan doh yang lembut. Canai 1/2 doh dan letakkan dalam acuan pie. Cucuk dasar doh yang telah diletakkan ke dalam acuan dengan garfu. Bakar dalam oven selama 5 - 10 minit. 1/2 lagi doh yang tinggal akan digunakan untuk menutup inti pie kita sebelum dibakar.

Bahan B
1 mangkuk ayam kisar (saya guna jenama RAMLY)
1 mangkuk kacang peas
1 tin cendawan butang  (dihiris)
1 tin mushroom cream 
1 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
rosemary

1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang merah dan bawang 
    putih.
2. Masukkan ayam kisar. Masak sehingga airnya tinggal sedikit.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain. 
4. Sejukkan sebelum diletakkan ke dalam kulit pie yang telah
    dibakar tadi.
5. Tutup pie dengan lapisan doh yang masih ada dan hias mengikut
    kesukaan sendiri. Sapu atas pie dengan kuning telur.
6. Bakar selama 25 minit (180C)



Inti/Isi pie yang telah diisikan setelah dasar pie dibakar.



Atas pie tu disapu dengan kuning telur.


Melbourne Pie saya setelah dibakar. 

Ahad, 27 Januari 2013

SARDINE PUFF





Assalamualaikum, kali ni nak share tentang cara membuat sardine puff. Memang sedap sardine puff ni. Anak-anak buah nak datang ke rumah jadi saya merancang nak masak sardine puff dan melbourne pie aje. Memang mereka pun suka. Untuk intinya tu if tak suka sardin boleh buat inti macam inci kuih karipap. So, jom layan resepinya....

Bahan-bahan:
1 bungkus pastri puff (saya guna jenama KAWAN)
1 tin sardin - saya goreng dahulu sebentar
1 biji bawang besar - dihiris/tumbuk
1 ulas bawang putih - dihiris/tumbuk
2 sudu cili kering kisar
1 keping asam keping
garam
telur untuk disapukan atasnya






1. Panaskan minyak. Tumis cili kering kisar sehingga garing.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.
3. Masukkan sardin, asam keping dan garam.
4. Angkat setelah masak.
5. Ambil sekeping pastri puff, isikan inti sardin ke dalamnya.
6. Gulung sardine puff itu, kelar sedikit atasnya dan disapukan
    telur.
7. Masukkan ke dalam oven dan bakar 15 minit dengan suhu 180C






HAPPY BIRTHDAY HAZIM






          Muhammad Akmal Hazim adalah anak saya yang bongsu dari empat beradik. Hazim dilahirkan pada 7 Januari 2010. Hazim dilahirkan semasa usia kandungan saya 7 bulan dan ini bermakna Hazim dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat hanya 1.35 kg sahaja. Bayangkanlah saiznya ketika itu..kecil betul dan pertama kali saya melihat wajahnya yang kecil itu sebak tidak terkira dan saya hanya mampu menitiskan airmata. Sewaktu pemeriksaan bulanan pada bulan yang ke 7 itu, doktor telah menasihatkan saya untuk dimasukkan ke wad kerana darah tinggi dan kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Saya sendiri terkejut kerana sebelumnya saya tidak mempunyai masalah darah tinggi. Atas nasihat doktor saya dimasukkan ke wad dan dinasihatkan untuk melahirkan bayi saya bagi menyelamatkan nyawa saya dan Hazim ketika itu. Saya akur dan pada jam 1 pm saya telah dimasukkan ke bilik pembedahan dan keluar setelah 3 jam berikutnya. Doktor hanya menunjukkan wajah Hazim kepada saya hanya seketika dan kemudian dia dibawa ke ICU kanak-kanak. Hanya setelah dua hari dilahirkan barulah saya dapat melihat Hazim setelah dibawa oleh nurse ke ICU. Sedih sungguh saya ketika itu melihatkan Hazim diletakkan di dalam inkubator dengan disambungkan wayar pernafasan ke hidungnya dan wayar untuk penyusuan dimulutnya. Saya dan suami menitiskan airmata melihatkan keadaannya ketika itu. Doktor memaklumkan kepada kami bahawa Hazim mempunyai peluang 50% sahaja untuk hidup kerana jantung dan paru-parunya yang masih belum matang. Kami berdoa agar Hazim diberikan kekuatan dan setelah 32 hari berada di dalam inkubator dan beratnya mencecah 1.85 kg barulah dia dikeluarkan dari inkubator dan ditahan selama 3 hari di wad. Setelah itu Hazim dibenarkan balik dan kami menjaganya sebaik mungkin mengikut nasihat dan tunjukajar yang diberikan oleh doktor dalam menjaga bayi pra-matang. Alhamdulillah, pada 7 Januari lalu genaplah umurnya 3 tahun dan Hazim merupakan seorang kanak-kanak yang sihat, pintar dan keletahnya sentiasa mendapat perhatian ramai. Syukur kepada Allah dan saya berdoa kepadaNya agar Hazim menjadi anak yang soleh, sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupannya.



Hazim sewaktu umurnya 1 bulan lebih.(Tarikh pada gambar tu abaikan ye kerana saya ni selalu tak set tarikh terkini pd camera.) 


Hazim ketika umurnya 2 tahun.


Memang suka bergaya...


tengoklah tu...posing sakan...

Jumaat, 25 Januari 2013

MENU CUTI MAULIDUL RASUL

      Alhamdulillah, pagi ni masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk sama-sama menyambut Maulidul Rasul dan masih berkesempatan untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya ini. Hari cuti sebegini memang saya mengambil kesempatan untuk berehat bersama keluarga dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Kami masih lagi belum habis berkemas sepenuhnya walaupun telah sebulan berpindah ke rumah baru ini. Alhamdulillah juga kerana akhirnya kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru kami. Suasana di sini memang tenang, sejuk dan nyaman. Memang saya dan suami selama ini mencari-cari lokasi yang terbaik untuk kami sekeluarga membina mahligai ini. Lokasinya juga tidak berapa jauh dari bandar Seremban (cuma mengambil masa 15 minit), suasana kampung dengan bunyi kicauan burung, udara yang bersih dan nyaman, sejuk di malam hari dan kehijauan yang masih lagi dapat dilihat disekeliling kawasan ini. 
     So, hari ni masakan saya ringkas sahaja. Saya menyediakan daging masak kerutub (rempahnya saya kirim dari kawan yang berasal dari Kelantan-memang sedap rempah ni). Untuk minum petang saya membuat Kek Buah yang ringkas.

Kerutub Daging



1/2 kilo daging batang pinang
2 ulas bawang besar - dikisar
1 inci halia- dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 sudu besar rempah kerutub
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
2 batang serai - dititik
garam

1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kerutub. Masak sehingga garing.
3. Masukkan daging batang pinang dan serai. Biarkan hingga air daging kering sebentar.
4. Masukkan santan, kerisik dan garam.
5. Masak sehingga kuahnya pekat.
6. Sedap dimakan bersama nasi panas atau pulut kuning.


KEK BUAH




 Rupanya adunan yang telah dibancuh untuk dimasukkan ke dalam oven. Sebenarnya telah banyak kali saya mencuba buat  kek buah tapi selalunya buah-buahan campurannya akan tenggelam ke dasar kek. Tapi kali ini alhamdulillah, bolehlah dikatakan menjadi. Tapi lain masa dan ketika saya ingin cuba resepi kek buah yang lain pula.










KEK BUAH

200 g mentega
3 biji telur
250 g buah campuran - digaul dengan sedikit tepung dahulu
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila

1. Panaskan ketuhar 180C.
2. Putar mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang.
3. Campurkan telur satu persatu. Putar lagi
4. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak.Gaul rata dengan senduk kayu.
5. Campurkan separuh buah-buahan campuran. Gaul lagi dan kemudian campurkan separuh lagi buah-
    buahan campuran yang masih ada.
6. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 30 - 40 minit.

Khamis, 24 Januari 2013

BIRTHDAY HAZIM N NABILA

       HAPPY BIRTHDAY NABILA

Sebenarnya birthday anak-anak saya ni adalah pada 7 dan 8 Januari yang lalu. Baru 19 Januari hari tu dapat celebrate sama-sama kerana menunggu semua ahli keluarga ada baru nak celebrate. Nur Nabila Husna adalah anak saya yang kedua dan satu-satunya anak perempuan saya. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1998 di Hospital Besar Kuala Pilah. Berat semasa dilahirkan ialah 2.3 kg sahaja melalui pembedahan dan bagi kami Nabila pada masa itu sangat kecil. Setelah 4 hari diwad saya dibenarkan pulang tetapi pada petang esoknya Nabila dimasukkan semula ke wad di Hospital Seremban kerana jaundis. Jaundisnya tinggi dan terpaksa ditukarkan darah. Sedih saya ketika itu memang tak boleh nak digambarkkan. Bayangkan anak sekecil itu badannya dipenuhi dengan jarum dan wayar. Tidak habis disitu, Nabila juga terpaksa menjalani pemeriksaan susulan sehingga umurnya 6 tahun. Akhirnya setelah 6 tahun berulang-alik ke hospital pakar, alhamdulillah Nabila sihat sepenuhnya seperti kanak-kanak lain.
   Nabila memang seorang anak yang ceria dan cerdik. Beliau memasuki tadika seawal umurnya 3 tahun kerana menangis untuk bersama abangnya Danial. Saya pun mendaftarkan beliau ke tadika. Nabila sangat suka ke sekolah dan boleh membaca seawal umurnya 4 tahun. Pencapaiannya di sekolah memang membanggakan kami dan cemerlang sehingga ditawarkan ke Kolej Tunku Khursiah, Seremban semasa di tingkatan satu. Kini usianya telah pun 15 tahun dan akan menduduki PMR. Semoga beliau akan lebih cemerlang lagi dalam apa jua yang dilakukannya dan dapat menjadi seorang doktor seperti yang diimpikannya. InsyaAllah.


Ini kek birthday untuk Nabila and Hazim. Kami celebrate serentak untuk kedua-duanya.












Nur Nabila Husna semasa umurnya memasuki 2 tahun. Puas juga mencari gambar-gambar lama untuk dimasukkan dalam blog ni sebagai kenang-kenangan. Gambar tak berapa terang coz diambil dari foto lama menggunakan camera digital ni.








Nabila dulu...






Nabila kini....

Nanti sambung dengan kisah Hazim pula di lain page.

MENU LUNCH LAST SATURDAY

Lambat sikit dapat update blog ni. Busy la...
Last Saturday, untuk lunch saya prepare yang ringkas je untuk family. Nak cepat-cepat sebab ada hal lain. So saya masak lala goreng bercili, ikan siakap sweet sour dan pucuk paku masak lemak.


Ini lala goreng bercili yang memang digemari oleh Nabila dan saya sendiri. Tapi tak boleh makan selalu...

Lala goreng bercili (resepi sendiri je)

Lala secukupnya
8 tangkai Cili padi - dikisar
2 ulas bawang besar -dikisar
1 ulas bawang putih -dikisar
2 batang serai - diketuk
sekeping asam keping
2 keping daun limau purut

1. Basuh lala dengan limau untuk membuang lumpur. Basuh bersih agar tidak berbau bila 
    dimasak
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masukkan sekali serai.
3. Setelah garing, masukkan lala dan sedikit air. Tambahkan asam keping, garam dan daun 
    limau purut.
4. Biarkan masak baru diangkat.





Pucuk paku masak cili padi. Ini antara kegemaran my hubby.

Pucuk paku masak lemak

1 ikat pucuk paku
secukupnya cili padi - dikisar (jika nak pedas bolehlah letak banyak)
1 inci kunyit hidup - dikisar
2 ulas bawang merah -dikisar
sedikit ikan bilis
santan
garam

1. Pucuk paku dibersihkan dipotong.
2. Masukkan santan dalam periuk, campurkan bahan-bahan kisar dan ikan bilis.
3. Masak sehingga santan mengelegak, baru dimasukkan pucuk paku dan garam.
4. Biarkan betul-betul masak baru ditutup apinya.




Ikan siakap sweet sour

Seekor ikan siakap - digoreng dahulu
2 ulas bawang besar -dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 biji tomato - belah 4
sos tomato
sos cili
garam
gula


1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang dikisar.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan sedikit gula.
3. Masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.


Siakap sweer sour. Ini pula favourite Haziq and Danial.


Petang tu saya buat cucur udang yang memang saya dah plan dua hari lepas. Sedap.....

Cucur Udang

2 cawan  tepung
2 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
air secukupnya
daun kucai -dihiris
Udang secukupnya

1. Gaulkan tepung, soda bikarbonat, baking powder, garam dan daun kucai dengan air sehingga rata. Saya 
     lebihkan airnya sedikit. Jangan terlalu pekat nanti cucur udang tu keras.
2. Panaskan minyak, celupkan senduk dalam minyak yang betul2 panas.
3. Ambil sedikit adunan tadi, tuangkan dalam senduk panas tadi dan letakkan udang.
4. Kemudian celupkan semula senduk yang telah diisi dengan adunan tadi ke dalam minyak panas.
5. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Kuahnya.

5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
sedikit sos cili

Blender semuanya. Masak semuanya atas api yang kecil sehingga pekat.

Ahad, 20 Januari 2013

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA

Assalamualaikum,
Saya kongsikan kata-kata dibawah sebagai renungan kita semua semoga kita bersemangat untuk memulakan hari Isnin ini.

Sabtu, 19 Januari 2013

MEE GORENG PAGI SABTU





Pagi ni saya menyediakan sarapan ringkas sahaja untuk hubby and anak-anak. Buka fridge and terus ambil mee kuning dan terus memasak mee goreng basah. 

Bahan-bahan:

1 bungkus mee kuning
2 keping fish cake
1 bungkus kecil fish ball
udang
sawi
taugeh
daun sup
cili merah dihiris
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar cili kering yang dikisar
sos tiram
kicap manis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga berbau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak. (Jika tidak betul-betul masak nanti sakit perut)
3. Masukkan udang, fish ball dan fish cake. Goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.
5. Masukkan juga sawi dan pecahkan telur ke dalamnya.
6. Masukkan mee kuning. Campurkan garam dan digaul rata.
7. Setelah masak, angkat dan sedap dimakan panas.


GARLIC ROLL TANPA TELUR



Memandangkan hari Khamis 17/1/2013 saya cuti rehat. Untuk sarapan saya menyediakan Garlic Roll tanpa menggunakan telur. Saya dapat resepi ni dari blog Madiha. Thank you for sharing Madiha. Memang sedap Garlic Roll ni tambahan lagi sewaktu proses membakarnya tu ia mengeluarkan bau yang sangat harum.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung roti (saya gunakan tepung gandum)
1 cawan air suam
2 sudu kecil yis segera (saya gunakan jenama Mauripan)
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil  

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dengan air suam kecuali olive oil.
2. Uli untuk mendapatkan doh yang lembut.
3. Masukkan olive oil dan uli lagi sehingga doh sebati dan lembut.
4. Rehatkan doh tadi selama 45 minit.
5. Setelah itu, tumbuh2 doh dan bahagikan kepada beberapa  
    bahagian kecil.
6. Canai doh, isikan garlic spread dan gulung.
7. Kemudian gulungan tadi dipotong2 dan disusun dalam dulang 
    pembakar.
8. Sapukan telur atasnya diikuti oleh lebihan garlic spread.
9. Bakar 20 minit dengan suhu 200C




Doh yang siap diuli




Canai doh
                                       



Isikan/sapukan doh dengan garlic spread dan digulung



                                                                   
   Gulung dan potong doh



                        Susun dalam loyang pembakar. Rehatkan 1/2 jam.



Bakar garlic roll tadi.


Garlic Roll ini memang sedap dan harum baunya. Makan panas-panas lagi sedap. Ini adalah cubaan pertama saya untuk menghasilkan roti. Lain kali saya nak cuba roti kentang pula yang memang saya sukai. InsyaAllah.