AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Jumaat, 13 Jun 2014

SAMBAL BERLADA TELUR PUYUH


Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Apa khabar semua. Hari ni saya nak share menu lunch saya yang simple coz badan dah penat. Memang dah lama tak makan telur puyuh ni rasanya. So, bila nampak kat pasar tadi terus saya membeli 20 biji. Mula-mula rasa macam nak dimasak gulai kuning dicampur kacang panjang tapi last minute bibik kata buat sambal pun sodap. So kita ubahlah selera kepada Telur Puyuh Masak Sambal.

SAMBAL BERLADA TELUR PUYUH

20 biji telur puyuh - direbus dan dibuangkan kulitnya
3 sudu besar cili kering giling
2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 asam keping
sedikit air
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan cili giling sehingga masak dan pecah minyak. Jangan terhangit pulak nanti tak
    sedap.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, garam dan asam keping.
3. Bila bawang dah layu masukkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan telur dan apabila dah masak bolehlah diangkat.


Tiada ulasan: