AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 15 Jun 2014

PERCUTIAN KE MABUL ISLAND 1

Assalamualaikum rakan-rakan.

Semasa cuti penggal persekolahan pada bulan Jun yang lepas saya dan hubby serta sahabat-sahabat semasa zaman bersekolah di STJ dulu telah pergi ke Mabul Island untuk bercuti. Kami ke sana selama 4 hari 3 malam. Memang satu pengalaman manis yang tak akan saya lupakan. 

Melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah saw membuatkan saya terpesona dan berterima kasih kepada Allah kerana memberikan saya kesempatan dan peluang untuk menikmatinya. Cukup indah pengalaman saya di sana. Kami bertolak pada jam 10.05 am menaiki AIRASIA yang telah kami tempah sekitar bulan Oktober 2012. Lama betul kami menunggu saat dan ketikanya untuk ke sana. Di samping itu teruja juga saya kerana inilah kali pertama menaiki pesawat dari KLIA2. Sesampai kami di KLIA2 terpesona juga dengan kemudahan dan ruang legarnya yang agak luas dan terdapat banyak ruang niaga di situ. Memang lebih besar dan canggih dari LCCT. Kami tiba agak awal dan perut pun lapar so kami pun bergerak ke Marybrown untuk bersarapan. Kami sebenarnya seramai 6 orang sahabat gegurls sahaja dan jika dijumlahkan kesemuanya termasuk keluarga adalah dalam sekitar 20 orang. Yang mengikuti rombongan ini ialah saya dan hubby, Nana dan family, Zeemah dan hubby, Ona dan family, Anoi dan Anjib, Aina dan anak-anaknya. Nana telah pergi sehari awal dari kami sementara Ona menaiki flight pada petangnya. So kami berempat je yang naik pesawat yang sama.


Ini sewaktu kami berjalan ke terminal di LT Tawau. 

Sempat lagi posing sebelum menaiki pesawat ke Tawau. Dari kiri Anoi, Aina, Zeemah dan Pineh.


Hubby and me depan hotel penginapan. Kami menginap di Dragon Inn Hotel. Memang best hotel ni, di atas air dan yang paling best masuk ke bilik airnya boleh nampak air laut kat bawah tu. Semulajadilah katakan.


Selesa dan cantikkan. Cuma kadang-kadang saya rasakan seperti bilik ini bergoyang-goyang lah pulak.


Pemandangan Hotel Dragon Inn dari seberang. Cantikkan.


Ini pula posing sebelum menaiki bot Uncle Chang untuk ke Pulau Mabul
Yang tengah tu ialah Ona dan anaknya.


Bot Uncle Chang yang memabawa kami ke Pulau Mabul.
Perjalanan lebih kurang 45 minit rasanya.

 .

Sebaik sampai dapat tengok nelayan tempatan menjual ketam yang fresh ni. Nana membeli kesemuanya untuk hidangan makan malam kami nanti. Yang memasaknya ialah chef dari chalet Uncle Chang tu.



Inilah Chalet Uncle Chang yang kami tempah. Best sangat, nyaman dan pemandangannya sangat memukau


Tu dia, promosi Chalet ni sikit.


Ini goreng pisang Mabul Island. Lepas penat gi snorkelling kami jalan-jalan kat kampung air tu dan makan pisang goreng.  


Minum petang beramai-ramai di perkampungan nelayan Pulau Mabul.

Cafe Seri Melaka, makanannya sedap dan murah. Dua malam kami dinner kat sini beramai-ramai.


Foto menarik dan inilah kali pertama saya dapat melihat secara total proses matahari terbenam. Memang cantik sangat. Subhanallah.


Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah.

Tiada ulasan: