Assalamualaikum,
Selepas ketam yang saya beli di Pasar Tawau saya masak black pepper sekarang ni udang pula saya nak masak butter. Lama juga saya goggle tentang cara untuk membuat Butter Prawn ni. Saya pernah memasak butter prawn menggunakan resepi dari Kak Azie Kitchen. Kali ni nak ubah selera. Ada kawan-kawan yang mencadangkan pelbagai cara dan saya nak cuba pula resepi yang rakan saya Ona berikan. Memang senang dan saya pun membelilah rempahnya di Cosway. Balik terus masak mengikut panduan yang diberikan di bungkusannya. Sedap dan boleh tahan juga rasanya.
Kat bawah nanti saya akan share satu lagi cara memasak butter prawn yang diajar oleh rakan saya Zeemah. Juga senang dan sedap tau.
Inilah dia butter cereal yang saya gunakan untuk membuat Butter Prawn.
Butter Prawn
(Resepi Asal: Zeemah)
Bahan-bahan:
Ketam
Cili padi
Daun kari
Nestum
gula
garam
butter
Cara-cara:
1. Goreng ketam dengan minyak dicampur butter. Sekejap jer tau untuk mengelakkan manis ketam hilang.
2. Gunakan minyak yang sama, masukkan sedikit lagi butter.
3. Campurkan daun kari, gula dan garam.
4. Masukkan nestum 3 sudu makan. Goreng sehingga garing.
5. Boleh juga dimasukkan cili padi yang dipotong dua.
6. Selepas itu bolehlah dimasukkan ketam. Siap....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan