AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 16 Jun 2014

KETAM BLACK PEPPER


Assalamualaikum,

Hai, biasalah kan. Sibuk sedikit sekarang ni so resepi kali ni adalah entri yang tertunggaklah ye. Tak sempat nak update on time. Inilah dia ketam yang saya beli dari Pasar Tawau tu. Saya masak Black Pepper. Sodap jugak sebab ketamnya segar gitu.


Tu dia ketamnya. Banyak isi dan ada telurnya juga. Ketam-ketam ni peniaga tu yang pilihkan untuk saya. Saya tak berapa pandai nak memilih yang mana banyak isi atau tidak.

KETAM BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

5 ekor ketam - dibersihkan dan direbus dengan air yang sedikit
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
daun kucai secukupnya
2 biji tomato - dibelah 4

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan sos tiram dan air rebusan ketam tadi.
4. Masukkan garam dan biarkan pekat sedikit.
5. Masukkan ketam, daun kucai dan tomato.
6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Tiada ulasan: