AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 10 Jun 2014

LEMON CUP CAKE YANG LAZAT DAN HARUM


Assalamualaikum,

Sebenarnya ini adalah entri saya yang tertunggak. Lemon cup cake ni saya perolehi resepinya dari blog Azie Kitchen yang sememangnya sentiasa saya rujuk dan lawati untuk mendapatkan resepi-resepi yang mudah, sedap dan cepat dimasak. Hasilnya pun tidak mengecewakan dan Alhamdulillah menjadi belaka dan mendapat pujian dari keluarga saya. Terima kasih Kak Azie atas perkongsian ini.

Kek ni memang sedap kemenjadiannya. Berbau harum pula tu dek kerana haruman dari lemon tu kot. Memang best. Saya letak sedikit icing lemon di atasnya dan manik warna warni. Ditambah pula dengan Ice Lemon Tea. Fuhhh....memang sodap.

Lemon Cup Cake
(Resepi Asal: Azie Kitchen)

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur 
1 cawan tepung naik sendiri - saya guna tepung gandum jer + 1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 biji parutan kulit lemon

Bahan Ising:
21/4 cawan gula ising
3 sudu besar jus lemon
1 sudu besar air panas

Bahan hiasan:
Manik warna warni

Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu  180C. 
2. Putar butter dan gula. Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.
3. Masukkan tepung, garam dan parutan lemon dan kacau.
4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.
5. Sejukkan kek atas redai.

Untuk Ising
1. Ayak gula ising di dalam mangkuk dan perlahan lahan masukkan jus lemon dan air panas secukupnya sehingga pekat dan licin gebu.
2. Sudukan ising ke atas kek dan ratakan permukaannya dengan menggunakan pisau.
3. Taburkan manik warna warni.




Tiada ulasan: