AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Memaparkan catatan dengan label AYAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AYAM. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

SUP AYAM




Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi resepi yang mudah sahaja iaitu Sup Ayam. Nak cepat ni so terus ke resepinya ye..

SUP AYAM

Bahan-bahan:

1 kg ayam - dibersihkan di potong kecil (taklah kecil sangat ye)
4 biji kentang - dipotong 4
1 batang karot - didadu
daun sup
bawang goreng
2 biji tomato - dibelah 5
1 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
6 ulas bawang merah - ditumbuk
garam
lada hitam
sup bunjut
kuib ayam Knorr

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumislah bahan-bahan tumbuk tadi sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga air ayam itu tinggal sedikit sahaja.
3. Masukkan air, kentang dan karot.
4. Campurkan garam, lada sulah dan kiub ayam. Biarkan sehingga kentang dan karot lembut atau empuk.
5. Kemudian tambahkan tomato, daun sup dan bawang goreng. 
6. Siap untuk dihidangkan.

Rabu, 9 Julai 2014

MURTABAK AYAM -STEP BY STEP




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ke 11 kita berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.

Saya mahu berkongsi resepi Murtabak Ayam yang hubby saya masak untuk kami sekeluarga. Murtabak ini dijadikan hidangan berbuka puasa kami pada Ahad yang lepas. Memang hubby mengemari murtabak dan apabila bulan puasa ni selalunya hubby saya akan membuatnya sendiri. Puas hati katanya dari yang dibeli. Anak-anak pun suka. Hubby buat 6 biji murtabak dan balik sahaja dari solat terawikh kami makan lagi maka tiadalah pembaziran yang berlaku. Memang sodap dan saya terlupa pula nak ambil foto sekali dengan kuahnya. Hubby masak murtabak dan saya menyediakan kuah dalnya.

Jom kita tengok resepinya ye.

MURTABAK AYAM

Bahan-bahan:
A.
120 g daging cincang jenama RAMLY
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dihiris 
1 ulas bawang putih - dihiris
sedikit daun sup
garam secukupnya
6 biji telur

B.
Kulit Murtabak
250 gram tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar marjerin
sedikit garam
air secukupnya.
- gaulkan kesemua bahan sehingga sebagi dan boleh dibentuk doh. Ketepikan


Cara-cara untuk buat murtabak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering kisar. Masak seketika.
3. Masukkan daging ayam tadi dan kentang dadu. Biarkan hingga kentang empuk.
4. Jika terlalu kering, bolehlah ditambahkan air sedikit.
5. Apabila dah masak ketepikan.


6. Dalam mangkuk kecil masukkan 3 sudu besar inti tadi, bawang besar dadu, daun sup dan pecahkan sebiji      telur ke dalamnya dan dikacau rata.



7. Panaskan kuali leper dan disapukan sedikit mentega.
8. Canaikan kulit murtabak seperti mencanai roti canai tu.


                                             

Inilah dia tepung yang telah dijadikan doh sama seperti membuat roti canai

                                                    
Kulit murtabak yang telah dicanai.

9. Ambil kulit murtabak yang telah dicanai tadi dan letak di atas kuali leper. 


10. Letakkan inti yang telah dikacau tadi (6) dan tutup kulit murtabak tadi.




11. Balik-balikkan kedua-dua belah dan apabila telah masak bolehlah diangkat.
12. Sedap dimakan panas bersama kuah dal.





Nilah hasilnya murtabak yang dimasak sendiri oleh my hubby. 








Sabtu, 28 Jun 2014

RENDANG AYAM


Assalamualaikum,

Saya adalah anak jati N9, so bila tiba nak sambut Ramadhan dan Syawal orang negeri sembilan akan 'Mantai' iaitu sehari sebelum berpuasa kami akan memasak rendang dan lemang untuk hidangan sekeluarga. Saya pun sama juga cuma yang bezanya saya tidaklah bakar lemang sendiri. Saya beli sahaja....
So pada kali ni saya merendang untuk dimakan bersama lemang. Dan juga akan saya bawa untuk makan tengahari bersama Nabila di asrama. 

RENDANG AYAM

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 1/2 kg santan
3 - 4 batang serai - dititik
* 5 ulas bawang putih
* 10 - 15 ulas bawang merah kecil 
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 inci kunyit hidup
* 10 - 15 tangkai cili padi (jika nak pedas bolehlah ditambahkan)
1 paket serbuk rendang Kak Nor
4 sudu besar kerisik
rempah menumis seperti kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dll
2  daun kunyit - diracik halus
secukupnya garam

Cara-cara:
1. Bahan-bahan bertanda * dikisar halus.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dikisar tadi bersama remah penumis sehingga wangi.



3. Masukkan serbuk rendang Kak Nor, garam.



4. Masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga airnya berkurangan.
5. Selepas itu masukkan santan. Biarkan mendidih.
6. Setelah nampak agak kering bolehlah dimasukkan kerisik dan dikacau.
7. Biarkan sehingga agak kering atau mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga ditaburkan daun kunyit.


8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama rendang.

Isnin, 19 Mei 2014

AYAM PALEMBANG


Assalamualaikum,

Saya banyak merujuk kepada beberapa blog untuk mendapatkan resepi-resepi yang boleh dijadikan panduan terutamanya Blog YatieMemories, Azie Kitchen, dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kerana sudi berkongsi dengan kami. Kesemua resepi itu sedap dan mudah untuk dimasak disamping menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi.

Sebelum ini saya telah mencuba daging masak palembang dan kali ini saya nak cuba pula Ayam masak palembang dengan menggunakan resepi yang sama. Hasilnya memang tidak mengecewakan dan sangat sedap. Jom kita layan resepinya.

AYAM PALEMBANG

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
2 batang serai
1/2 kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar kicap manis
3 biji kentang - dipotong dan digoreng

Bahan Kisar
5 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 - 15 tangkai cili kering
- semua bahan di atas diblender halus

Bahan tumis
kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan kisar, serai dan tumis lagi.
3. Masukkan ayam dan biarkan seketika.
4. Masukkan santan dan biarkan sehingga ayam agak empuk.
5. Tambahkan kerisik, garam dan kicap manis.
6. Biarkan agak-agak masak dan masukkan kentang goreng.
7. Setelah masak, tutup api dan hidangkan.


Sabtu, 17 Mei 2014

AYAM MASAK HALIA


Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi resepi Ayam Masak Halia yang saya rujuk dari pelbagi blog. Senang dan sedap sesangat. Alhamdulillah, berselera kami sekeluarga makan tengahari tu...



AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (saya ambil bahagian dagingnya dan dipotong kecil)
2 buku bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
5 inci hali - dihiris (namanya pun ayam masak halia, so lebihkan halia ye...)
1 tangkai cili merah - dihiris
1 tangkai cili hijau - dihiris
2 biji tomato - dibelah 4 (ikut suka)
3 tangkai daun bawang - dihiris
1 biji karot - di hiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air
secukup rasa garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, karot, sos tiram, lada hitam, air. Tutupkan 
    seketika.
3. Selepas itu, masukkan campuran air tepung jagung dan bahan-
    bahan lain.
4. Setelah masak, tutup api dan hidangkan.



Sedap dan menyelerakan

Ahad, 24 Februari 2013

AYAM BAKAR BEREMPAH





Inilah hasilnya Ayam Bakar Berempah saya


Ayam Bakar...memang menjadi kegemaran anak-anak saya. Apabila masak je terus dipotong dan sambutannya memang mengalakkan...Sambil makan anak-anak dok kata.."sedaplah ibu...nanti masak lagi ye...". Alhamdulillah.

Saya juga membuat sos lada hitamnya sendiri..memang sedap dan bukan nak memuji diri sendiri tapi rasanya memang sedaplah...

Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada saya untuk mencuba resepi-resepi dari pelbagai sumber dan menjadi komentar saya yang setia...

AYAM BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar rempah kari (saya gunakan jenama BABAS)
2 sudu besar cili kering dikisar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
garam secukup rasa

Bahan tambahan
kentang - dipotong wedges
karot - dipotong memanjang

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan.
2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan tumbuk, garam serta semua
     rempah tadi.
3. Perap ayam lebih kurang 3 jam.
4. Bakar dalam oven selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Saya
     bakar ayam ini bersama kentang dan karot.
    Kepanasan oven mengikut jenis oven masing-masing. Saya 
    gunakan suhu 180C.




Saya perap ayam ini selama lebih dari 3 jam.

Saya letak sekali kentang dan karot sebelum dibakar dalam oven.
SOS LADA HITAM
1/2 cawan stok ayam (kiub ayam KNORR + air)
1/2 cawan susu segar
4 sudu serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - didadu
2 cm batang saderi - didadu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mentega
1/2 tin cendawan butang -dihiris halus
2 sudu besar tepung gandum + sedikit air
garam
gula
Cara-cara:
1. Panaskan stok ayam, susu, bawang, batang saderi
    sehingga sedikit mendidih.
2. Campurkan lada hitam, kicap, mentega, sos tiram,
    cendawan, garam dan gula.
3. Akhirnya campurkan bancuhan tepung gandum sedikit
   demi sedikit sehingga kepekatannya mencukupi.