AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Jun 2014

CENDOL LEMAN DAWI TERHEBAT


Assalamualaikum pembuka bicara,

Alhamdulillah hari ini diberikan kesihatan dan kudrat oleh Allah saw untuk berada di muka buminya. Semoga hari ini akan memberikan lebih kebaikan dari semalam. 
Sebenarnya, Cendol Leman Dawi ini memang terkenal di Negeri Sembilan dan pernah juga dipaparkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3 tetapi baru-baru ini dalam perjalanan pulang ke kampung nenek di Rembau, saya berkesempatan untuk singgah dan menikmati cendolnya yang memang sedap dan yang lebih menarik ialah Tuan Leman Dawi yang sememangnya pandai mengambil hati pelanggan dengan celotehnya. Tapi jangan disangka celotehnya itu hanya omongan kosong. Setiap apa yang diperkatakan oleh Leman Dawi ini mempunyai maksud yang mendalam. Saya memang tertarik dengan sikapnya yang tidak jemu-jemu memperkatakan tentang pelbagai perkara seperti keluasan negeri sembilan, nama-nama pulau yang berada di Pulau Langkawi dan pelbagai lagi. Yang menariknya setiap apa yang keluar dari mulutnya itu memang tepat dan betul. Kagum saya dengan ilmu pengetahuannya itu serta kemahiran mengingatnya yang tinggi. 

Yang menariknya di gerai Leman Dawi ini ialah pelanggan boleh menambah cendol secara percuma. Bagi rakan-rakan yang ingin mencuba cendol ini, lokasinya ialah Dari Seremban arah ke Rembau berhampiran Stesen Keretapi di Senawang. 


Inilah cendolnya. Sedap dan lemak


Ini pula cendol yang diletakkan di setiap meja dan pelanggan bolehlah menambah tak kira berapa banyak pun.


Seperti biasalah ye....Hazim yang paling berselera.


Cik Abang saya dan Haziq pun sama menikmati cendol ini.

Jumaat, 18 April 2014

TOM YAM DI SECRET RECIPE


Laparkan bila nampak makanan yang menyelerakan ni. Sebenarnya inilah hidangan untuk 'lunch' saya pada hari Jumaat ni. After kelas di Institute of Educational Leadership, Universiti Malaya saya dan sahabat saya yang sama-sama melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di sini pergilah ke Menara Telekom dan terus ke Secret Recipe. Yang kami order ialah Tom Yam and Green Apple Juice with lime. Sodap gak Tom Yam ni dengan dua ekor udang yang bosar-bosar tu ha....tapi podeh jugak...tapi dah lapar tu habis juga satu mangkuk.


Isnin, 10 Jun 2013

JJCM DI JOHOR BAHARU

     Bulan April yang lalu saya dan suami 'outstation' ke Johor. First day tu saya melawat peserta penandaarasan NPQEL di Kulaijaya. Ada dua sekolah yang saya lawati di Kulaijaya dan sebuah sekolah di Gelang Patah. Sambil kerja tu sambil JJCM ler kami suami isteri. Selesai tugas saya, kami ke Johor Baharu pula untuk tugasan suami di Larkin dan Pasir Gudang.

     Antara kedai makan yang kami pergi ialah di Kampung Majidee dan menikmati Murtabak yang memang famous di situ. Lokasinya ialah berhampiran Masjid Kg. Majidee dan ini bukanlah merupakan kali pertama kami ke situ. Pernah kami ke sini bersama anak-anak tahun lepas. Selain murtabak, suami tersayang order Mee Rebus juga. Boleh tahan juga kenyangnya tu....


Inilah Restoran di Kg. Majidee, Johor Baharu yang memang terkenal dengan Murtabaknya. Memang sedap dan garing...



Inilah Murtabaknya...



Mee Rebus yang suami order...Sedap juga

Dalam perjalanan balik ke Seremban setelah selesai tugasan kerja, kami singgah di Batu Pahat bertemu rakan-rakan dari cawangan Batu Pahat. Malamnya dibawa makan oleh rakan-rakan.
   

Cikgu Shidan membawa kami untuk makan malam di Restoran Ceria Maju yang diusahakan oleh bekas anak muridnya.


Hubby bersama Cikgu Shidan, Saufi, Tn. Hj. Zakaria dan En. Sam


Nasi Goreng Paprik...sodap dan pedas...


Jus Limau Asam Boi yang menyegarkan...

Isnin, 25 Februari 2013

BURGER BAKAR ABANG BURN




Burger bakar Abang Burn ni memang dah lama terkenal tapi di N9 ni baru je. Anak saya Danial dah lama mengajak kami ke gerai ni, hari ini baru berkesempatan. Gerai ni terletak di Taman Seri Pulai, Seremban. Agak ramai juga pelanggan ketika kami tiba di situ. Saya memesan dua jenis burger ayam yang saya sendiri lupa namanya tapi secara umumnya kedua-dua burger ni boleh tahanlah rasanya. Kami anak-beranak merasakan kami lebih suka Burger Ijan di Paroi Jaya, Seremban yang sememangnya sedap sehingga menjilat jari. 



Inilah burger ayam yang kami order, ada cheese dan cendawan. 


Ahad, 10 Februari 2013

KUALA TERENGGANU 2

   
   Hari kedua di Terengganu, cam biasalah dari pagi sehingga jam 4.00 petang saya berada di lokasi. Pukul 5.30 pm saya dan Haniza telah dijemput oleh seorang staf dan kami dibawa menikmati jus buah pior... Di gerai ni jus buahnya memang fresh dan boleh dinikmati dalam 3 saiz gelas iaitu gelas kecil , sederhana dan besar. Saya order jus apple asam boi gelas sederhana sahaja. Takut tak habis pula..Memang tak habis pun saya minum..perut jadi tegak rasanya.

ha..nilah jus dalam gelas saiz sederhana

Bayangkanlah jika anda minum jus dalam gelas yang disebelah kiri tu...

Selain dari itu, kami juga makan laksam dan laksa terengganu serta keropok lekor lagi...Memang best. 


Ini adalah laksa terengganu..sepatutnya kuah merah tapi dah habis kami makan dengan kuah laksam..tapi tetap sedap..


Pulut pagi
Mee goreng basah

Keesokannya sebelum berangkat pulang, kami telah dibekalkan pula dengan keropok lekor dan keropok kering. Alhamdulillah, terima kasih rakan-rakan. Semoga berjumpa lagi...

Sabtu, 9 Februari 2013

KUALA TERENGGANU

     Pada 5 - 7 Februari yang lalu saya telah terbang ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Negeri ni memang terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisionalnya terutama keropok lekor. Setelah mendarat lebih kurang jam 9.10 am, telah ada pegawai yang menunggu dan saya terus dibawa untuk bersarapan dan menurutnya yang istimewa di gerai itu ialah Nasi Dagang. Memang best nasi dagangnya. Habis jugalah sepinggan saya bersarapan. Setelah itu saya meneruskan destinasi ke tujuan sebenarnya. Hampir jam 4 pm baru selesai dan saya terus check in di hotel. 


SubhanAllah ...Cantikkan kepulan awan tu..

    Lebih kurang jam 5.30 pm dua pegawai wanita dari institusi yang saya lawati telah datang ke hotel untuk membawa saya dan seorang lagi rakan untuk makan malam. Kami dibawa ke Seberang Takir untuk menikmati ICT (Ikan Celup Tepung) Hai...memang tolak ke tepi sekejap diet saya. Memang sedap..tengoklah gambar-gambar di bawah tu apa yang kami nikmati. Restoran itu pula terletak di tepi pantai...apa lagi ..layan jer la...


Ni la kedai yang kami gi makan tu...


Ni hidangan yang Shikin dan Yusnita pilihkan...


Udangnya nih...segar dan manis...


Ada cucur bilis dan pisang lagi....


Keropok lekor yang semestinya wajib jika ke Terengganu.

Lepas makan balik hotel, dengan perut kenyang tu...tonton Buletin Utama sekejap dan lepas tu zzzzzzzzzzzzz.....
Nanti saya share pula tentang perjalanan hari ke dua ye..

Ahad, 7 Oktober 2012

SOUTH KOREAN DISHES

Pada 15 - 19 April 2012 yang lalu saya dan suami telah berkesempatan melawat Korea Selatan. So...kat sini saya nak berkongsi antara makanan yang dihidangkan kepada kumpulan kami sepanjang berada di sana. Untuk foto-foto yang lain saya akan upload di lain masa ye..



Makanan yang dihidangkan di dalam flight dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6 jam setengah.






Ini pula hidangkan makan malam kami pada hari pertama di sebuah restoran ala-ala Pakistan gitu. Sedap juga dan jus tu yang paling best. Ada salad, roti nan dan kuah kari.




Hidangan sarapan pagi di hotel penginapan Paradise Hotel. Kami memakan buah-buahan dan roti kosong disamping bekalan yang dibawa oleh rakan-rakan dan saya. Ada yang bawa ketupat mini, serunding daging dan sambal bilis.




Antara kimci yang dihidangkan.Kimchi adalah makanan Korea yang diperbuat daripada kobis dan dijerukkan. Rasanya masam-masam manis.




Tak ingat pula apa benda nama makanan ni tapi ia seperti mee yang bersaiz besar. Rasanya agak tawar so kena makan dengan kim chi tu.




Saya dan suami menikmati makan tengahari kami di salah sebuah restoran di Seoul.


Ini pula ialah sup telur bersama sayur yang dihidangkan panas-panas. Sewaktu hidangan ini di depan kami ia masih lagi mengelegak. Sedap juga...







Sebahagian besar hidangan kami ialah nasi, sup telur dan pelbagai jenis ikan panggang. Ada ikan salmon, ikan cencaru dan keli.




Kim chi lagi...


   Ini pula macam salad la pulak....




Ini ialah hidangan makan malam di salah sebuah restoran di tengah-tengah bandaraya Seoul. Kat sinilah kami jumpa ramai orang Melayu. Ada yang dari Brunei dan Malaysia sendiri.





Hidangan pada hari akhir kami di sana sebelum berlepas ke Incheon International Airport. Ada udang, kepah, sayur dan macam-macam makanan laut. Sebenarnya saya tak lalu nak makan hidangan ni...so kami makan nasi dan serunding yang dibawa.



Hidangan dalam flight semasa perjalanan balik ke Malaysia.