AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2014

NASI GORENG KAMPUNG




Assalamualaikum,

Salam Ramadhan semua rakan. Bulan puasa tahun ni saya dan hubby agak kurang selera untuk berbuka dan bersahur. Maklumlah anak-anak sudah tinggal berjauhan di asrama dan universiti. Sedih juga rasanya kerana apabila tiba bulan puasa selalunya anak-anaklah yang memeriahkan suasana takala berbuka puasa.

Sahur kali ni saya masak nasi goreng kampung sahaja. Sedap dimakan panas-panas. Yang makan nasi ketika sahur hanyalah hubby dan haziq. Saya cuma mengambil segelas oat atau nestum sudah memadai.

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan

2 cawan nasi putih
segenggam ikan bilis - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
5-6 tangkai cili padi - ditumbuk
1 biji telur

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak.
2. Goreng bahan-bahan tumbuk sehingga garing.
3. Tambahkan garam.
4. Pecahkan telur dan dikacau.
5. Masukkan nasi dan digaul rata.

Khamis, 26 Jun 2014

NASI GORENG CINA



Assalamualaikum,

Nasi goreng Cina lagi. Tak apa yang penting sedap dan cepat dimasak.

NASI GORENG CINA

Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih
1 genggam udang putih
mixed vege
2 biji telur
1 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
4 biji fish ball - dibelah dua

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan udang putih dan dibiarkan seketika.


3. Masukkan mixed vege dan masak sebentar.


4. Pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau rata


5. Masukkan nasi dan digaul rata.
6. Masak sehingga nasi agak garing. If tak nak garing pun tak pe.



Inilah hasilnya....sedap.

Rabu, 11 Jun 2014

NASI KERABU


Assalamualaikum,

Nasi kerabu lagi ye. Almaklumlah nasi kerabu ni antara kegemaran anakanda saya Nabila. So, sewaktu cuti sekolah yang lepas saya pun masaklah apa sahaja menu yang digemarinya. Sebenarnya resepi nasi kerabu ini pernah saya share resepinya dalam entri yang terdahulu. Memang sedap dan menyelerakan. Jom layan resepinya.

NASI KERABU
(Resepi Asal: Azie Kitchen)


Nasi
Masak nasi seperti biasa dan saya letakkan sedikit serbuk kunyit.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

1. Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. 
3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 
5. Masukkan asam keping, budu dan gula. Masak sehingga pecah minyak. 

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  
2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.  Masukkan garam dan gula.

Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Taugeh
1. Kesemua ulam ulaman ini dihiris halus.

Sambal Cili
Cili padi - ditumbuk dan digaulkan bersama cuka, gula dan garam secukup rasa.

Lauk Pauknya
Ikan kembung digoreng tepung
Telur masin

Solok lada
(Resepi Asal: MyResepi)

Bahan-bahan 

  • 5-8 biji cili hijau
  • 3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
  2. Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
  5. Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan


Jumaat, 6 Jun 2014

NASI GORENG TOMYAM

 Nasi Goreng Tom Yam. Inilah menu hidangan makan malam kami. Cepat dimasak dan sedap dimakan. Biasalah bila musim malas telah melanda....apatah lagi saya sedang sibuk menyiapkan thesis ni , so inilah yang termampu hari ini. Yang penting, suami dan anak-anak suka.


Inilah bahan-bahannya. Sedikit mixed-vege, 2 butir telur, fish ball, daun limau purut, daging ayam dicincang halus, sedikit udang putih, daun limau purut, cili padi, bawang putih dan merah dikisar serta 2 sudu besar perencah tomyam Adabi.


Mula-mula, panaskan minyak. Tumiskan bawang kisar dan cili padi. Bila dah wangi tu masukkan ayam dan udang, biarkan seketika agar masak. Masukkan perencah tomyam Adabi tadi bersama sedikit garam.


Lepas tu, masukkan fish ball, telur, mixed-vege dan daun limau purut. Biarkan seketika.


Akhirnya masukkan nasi dan kacar rata serta sebati. Bila dah masak boleh lah dihidangkan.

Ahad, 26 Januari 2014

NASI KERABU VERSI PANTAI



Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi pulak antara makanan kegemaran Nabila dan saya iaitu Nasi Kerabu. Memang best...Tapi resepinya saya ikut Azie Kitchen. Thanks kak Azie. Memang sedap. Solok lada pula saya cari kat pak google dari My resepi. Sedap juga...

Sebenarnya ni sedang kursus di Melaka tapi sempat lagi nak update blog. Ringkas aje..so bila ada masa nanti saya update lagi ye...

Jumaat, 18 Oktober 2013

NASI LEMAK SEMPOI


Jangan marah ye coz minggu ni adalah minggu untuk mengupdate blog dengan koleksi masakan2 dari camera lama yang masih belum dikongsi di laman blog saya ini.

NASI LEMAK SEMPOI

Bahan-bahan:-

A. untuk nasi
2 cawan beras
1 kotak santan segera
sedikit garam
daun pandan

1. Basuh beras.
2. Masukkan santan dan sedikit air mengikut jenis beras yang digunakan.
3. Campurkan garam dan daun pandan.
4. Masak dalam rice cooker seperti biasa.

B. Aksesori
ikan bilis - digoreng garing
telur - digoreng mata kerbau
timun - dipotong untuk ulam
kacang tanah goreng

C. Sambal
3 bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar cili boh
air asam jawa
segenggam ikan bilis
garam
sedikit gula

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan pula cili boh dan dimasak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan ikan bilis.
5. Masak secukupnya dan boleh dihidangkan bersama nasi lemak


Jumaat, 12 April 2013

BUBUR NASI


Assalamualaikum,

Lama tak menulis kerana kesibukan kerja yang melampau. Banyak koleksi masakan yang tergendala untuk dikongsikan. Tak pelah...Bila ada masa ni ambil peluangkan.

Bubur ni pun saya masak pada dua minggu lepas. Boring berfikir nak masak apa, saya pun masaklah bubur nasi yang simple ni dan dimakan bersama daging masak kicap berempah. Sedap....anak-anak mengulang makan lagi.

BUBUR NASI

Bahan-bahan:
2 cawan beras dibasuh bersih dan ditoskan
1 cawan santan
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
sedikit udang
sedikit daging ayam yang dihiris halus
rempah ratus untuk menumis
1 kiub pati ayam Knorr
garam
sedikit minyak
hirisan daun bawang
bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis rempah tumisan bersama bahan-bahan hirisan.
2. Setelah wangi, masukkan udang seerta daging ayam dan biar seketika.
3. Masukkan beras dan air. Biarkan masak sehingga beras mengembang.
4. Setelah betul-betul kembang, masukkan santan, garam dan pati ayam.
5. Biar seketika dan apabila telah masak bolehlah diangkat.
6. Hiaskan dengan daun bawang dan bolehlah dimakan panas atau sejuk.


Rabu, 13 Februari 2013

NASI ARAB


    Hari Selasa lepas masih lagi dalam 'holiday mood'. Hubby requested untuk saya masak Nasi Arab. Alamak...first time nak masak Nasi Arab ni..so apalagi..google punya google jumpalah resepi Nasi Arab Berempah dalam blog fiza-sham. Tq for sharing and saya pun ikut tapi saya ubah sedikitlah yang mana perlu.
    Memang sedap betul resepi ni..cuma lain kali saya rasa perlu lebihkan garam sedikit. Hubby and anak-anak pun suka dan  sedang saya memasak ayah pula telefon memberitahu ada anak buahnya yang tinggal di Kapar akan bertandang ke rumah saya dan lunch sekali. Rezeki merekalah dan saya memang masak nasi ni lebih. Tapi..terdetik juga dalam hati..sedap ke Nasi Arab saya ni...boleh ke mereka makan nanti.. Tetamu yang datang saya hidangkan Nasi Arab ni dan Alhamdulillah tetamu juga turut memuji Nasi Arab saya ni walaupun baru pertama kali mencuba..
NASI ARAB BEREMPAH
A. Bahan-bahan:
2 ekor ayam ( boleh potong ikut suka)
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 sudu besar rempah kurma
6 cawan air
Bahan B:
5 cawan beras Basmathi - basuh dan toskan
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 cawan sos tomato
garam
Cara-cara:
1. Dalam periuk, campurkan bahan-bahan A.
2. Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
Ni ayam yang telah dicampurkan bahan A untuk dijadikan sup.
3. Keluarkan ayam dan toskan. Bahan-bahan rempah dalam sup
    tadi dikeluarkan dan dikisar halus( tapi saya tak buat langkah
    yang ini)
4. Dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang
   besar yang telah dihiris sehingga wangi.

Tumis bawang besar setelah minyak sapi panas.


Campurkan air sup rebusan ayam tadi dan biar mendidih.
5. Masukkan bahan rempah yang dikisar tadi, sos tomato, beras dan
    sup. Tambahkan garam dan gula. Setelah mendidih tutupkan api.
6. Selepas itu, di dalam periuk nasi, untuk lapisan 1 saya masukkan
    beras, lapisan 2 diletakkan ayam tadi dan tuangkan sedikit sup.
    Ulang lagi sehingga habis beras dan ayam.

Selang selikan lapisan beras dan ayam, kemudian tuangkan sup


7. Masaklah seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker.
8. Bila dah siap boleh ditaburkan daun sup dan bawang goreng.


Saya masukkan ke dalam rice cooker dan inilah hasilnya setelah hampir masak.


Inilah Nasi Arab Berempah cubaan pertama saya. Sedap dimakan bersama
Acar. Alhamdulillah sedap and disukai oleh my family.


Isnin, 11 Februari 2013

NASI GORENG CINA



Hari ni cuti CNY so bangun pagi tengok nasi masih ada and terus plan buat nasi goreng cina yang simple je and buat juga sosej bersalut roti. Memang simple tapi yang penting sedap. Jom layan...

Bahan-bahan:
3 cawan nasi sejuk
1/2 cawan mixed vege
1 keping fish cake
sedikit  ikan bilis - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
6 - 7 tangkai cili padi - ditumbuk
garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan fish cake dan mixed vege. Kacau rata dan biarkan 
    sebentar.
4. Masukkan nasi dan garam. Gaul rata
5. Angkat setelah masak.



Ahad, 14 Oktober 2012

NASI AYAM GORENG BEREMPAH

Hujung minggu macam biasa, tanya anak-anak nak makan apa and mereka sepakat mohon dimasakkan nasi ayam berempah. Hidangan ni memang selalu dimasak dalam keluarga saya kerana anak-anak suka. Memang seronok memasak jika habis dimakan oleh hubby and anak-anak. Resepi ni boleh diubahsuai mengikut kesukaan. 


NASI AYAM BEREMPAH

Untuk nasinya:

4 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam
seinci halia
bawang merah
sedikit mentega (ikut rasa)
daun pandan
seinci kulit kayu manis
bunga lawang

1. Panaskan mentega. Tumis halia, bawang, kulit kayu manis dan bunga 
    lawang.
2. Masukkan beras dan air rebusan ayam serta daun pandan. Boleh campurkan
    sedikit garam jika suka.





3. Masak seperti biasa dalam rice cooker hingga nasi masak.

Bahan untuk cili sos:

6 tangkai cili merah (dibuang bijinya)
5 ulas bawang putih
satu sudu besar cili boh
sedikit gula
secubit garam

Semua bahan dikisar halus. Masak atas api perlahan sehingga mendidih.




Bahan untuk Sup

4 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
seinci halia (dikisar)
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
daun sup
sedikit karot
ayam bahagian tulangnya
1 kiub ayam maggi

Cara-cara:
 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan rempah 
    penumis.
2. Masukkan air dan bahan-bahan yang lain. Campurkan garam.
3. Masak sehingga mendidih.







Ayam Rempah

Seekor ayam dipotong 8 dan direbus.
seinci halia
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
4 batang serai
2 sudu besar rempah kari
satu sudu kecil serbuk kunyit


1. Kesemua bahan dikisar halus.
2. Gaulkan bersama ayam dan diperap selama 1/2 jam. (lagi lama lagi sedap)
3. Goreng ayam seperti biasa. 




Ayam yang diperap






Ayam yang telah siap digoreng. 



Hidangan tengahari Ahad kami sekeluarga. Juice oren tu my hubby yang prepare. Sejuk dan nyaman. Jemput makan....