AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Memaparkan catatan dengan label MY FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY FAMILY. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

LAWATAN HAZIM KE ZOO MELAKA


Assalamualaikum,

Pada bulan April yang lalu saya telah mengikuti rombongan PASTI AL-IKHWAN, Taman Paroi Jaya melawat Zoo Melaka. Hazim adalah salah seorang pelajar di sini. Cikgu-cikgu di situ memohon bantuan dari ibu bapa yang berkelapangan untuk sama-sama menyertai rombongan ini. 

Saya turut sama membantu cikgu-cikgu itu mengawal murid-murid PASTI ni yang memang excited untuk melihat haiwan yang terdapat di zoo tersebut. Kami bertolak seawal jam 8.00 pagi dan tiba di Paroi Jaya jam 5.00 pm. Agak memenatkan tapi menyeronokkan melihat gelagat anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun ini yang memang cerdik dan cergas. Jom kita tengok foto-foto yang sempat saya rakam ye.


Gambar bersama guru-guru dan ibu bapa yang mengikuti rombongan ini. Ada juga ibu bapa yang menaiki kenderaan sendiri dan menyertai kami di sana.


Hazim ketakutan apabila petugas zoo mengeluarkan ular sawa dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk memegangnya. 


Hazim menunggu giliran untuk memegang burung kakak tua yang bijak ni. Pandai berkata-kata dan membuat aksi yang menarik


Gembiranya Hazim dapat memegang anak ayam ni. Geli katanya apabila anak ayam tu mencakar tapak tangan Hazim.


Melihat itik-itik yang diberikan makan oleh petugas zoo.


Menaiki tram untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Isnin, 6 Januari 2014

PLKN

Assalamualaikum dan Salam pagi Isnin,

Hari ni hari yang sedih sedikit tetapi ada juga terselit perasaan gembira kerana anakanda sulung saya iaitu Danial Hakim akan bertolak ke Kem Titian Bintangor, Rembau bagi menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Pertama kali nak berpisah lama dengan anakanda saya ni rasa sedih pulak. Semasa nak hantar dia naik bas tu relax lagi tapi bila bas bergerak meninggalkan perkarangan Stadium Paroi, airmata saya pun mulalah mengalir. Sedih.... Semoga Danial akan dapat menyelesaikan latihannya dengan cemerlang dan pulang dengan selamat dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibu, ayah dan keluarga sentiasa mendoakan keselamatan dan  kesejahteraan Danial sepanjang berkursus. We love you very much and hope enjoy yourself.



Modul-modul yang disediakan memang baik untuk anak-anak muda remaja ini. Semoga setelah tamat program ini mereka akan menjadi aset yang berguna kepada negara. Semoga jatidiri anak muda kita akan lebih kental.

Jumaat, 3 Januari 2014

GELAGAT HAZIM KE SEKOLAH


Aksi Hazim sebelum ke sekolah


Sempat lagi posing sebelum naik kereta.

Assalamualaikum pembuka bicara,

      Hari pertama persekolahan dibuka pada 2 Januari 2014 tu memang merisaukan saya kerana inilah hari pertama Hazim akan kami hantar ke sekolah. Umurnya baru 4 tahun tetapi kami berpendapat ada kebaikkannya menghantar Hazim ke sekolah kerana jika di rumah bersama bibik asyik menonton TV aje si Hazim ni...asyik Oggy dan dinasours aje.
   Mula-mula memang risau, takut dia menangis. Tapi Alhamdulillah, bangun pagi senang and bila sampai di sekolah berlari dia masuk apabila nampak rakan-rakan. Padahal bukannya dia kenal pun mereka tu. Hazim pun terus salam ustazahnya dan main gelongsor dengan budak-budak lain. Selepas bersalaman dengan saya, dia siap cakap bye..bye lagi dan dia tak kisahpun pada saya. Saya pun keluar dari perkarangan sekolah dan mengintai dari jauh (dalam kereta). Memang dia happy kerana dapat berkawan.
           Apabila jam 12 tgh, semasa menjemput Hazim balik pun, dia biasa je. Ustazah dia kata, dia ok dan good boy. Alhamdulillah dan semoga Hazim seronok belajar dan saya sentiasa berdoa agar beliau menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidupnya kelak. Amin...

Selasa, 17 Disember 2013

KEPUTUSAN PMR

Ya Allah, berdebar-debar hati sambil menunggu keputusan PMR 2013 diumumkan. Puteri tunggal saya akan memperoleh keputusannya. So setelah selesai memasak untuk makan tengahari saya dan Nabila bergerak ke SMK KGV. Sampai di sekolah, rakan-rakan Nabila ramai yang telah menunggu. Ada yang gembira dan sedih kerana ada antara mereka yang telah mengetahui keputusan mereka terlebih awal melalui sms dan sebagainya. Nabila tenang sahaja air mukanya, saya, hubby dan Danial yang risau dibuatnya. Setelah cikgu mengarahkan pelajar-pelajar memasuki dewan lagi berdebar-debar.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana keputusan Nabila cemerlang dengan mendapat 8A. Semua ini adalah hasil usaha dan kerja kerasnya belajar tanpa jemu. Tahniah dari ibu, ayah, abang dan adik-adik. Semoga hari yang mendatang akan memberikan kejayaan dan seterusnya Nabila dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.


Berdebar menunggu keputusan dari guru kelas...


Bersama-sama pelajar lain yang memperoleh 8A


Bersama sahabat baiknya, Dania serta ibunya


Tahniah dari ayah dan ibu


Bersama Dania

Khamis, 19 September 2013

RAYA 2013


Gambar di pagi hari raya sebelum bergerak ke rumah mak dan ayah.


Anak-anak kesayangan saya...

Khamis, 28 Februari 2013

HAPPY BIRTHDAY DANIAL HAKIM

HAPPY BIRTHDAY DANIAL,



Dengan ucapan

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,

akhlak yang terpuji,

pekerti yang mulia,

umur yang bermanafaat,

rezeki yang halal,

ilmu yang berguna,

jodoh yang membahagiakan,

hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
       Danial Hakim adalah anakanda saya yang sulung yang lahir pada 28 Februari 1996. Semasa tu bulan puasa dan saya sakit untuk melahirkan Danial lebih kurang 10 jam. Azan Maghrib sedang berkemundang semasa saya melahirkannya. Alhamdulillah proses melahirkan Danial sangat mudah dan berat semasa kelahirannya ialah 2.95 kg. Suami dan saya memang menanti-nantikan kelahiran Danial dan beliau merupakan anugerah yang tidak ternilai buat kami suami isteri. Semoga Danial akan terus cemerlang dalam kehidupannya dan apa jua yang dilakukan. Saya turut berkongsi beberapa foto lama Danial sejak dari bayi lagi.
Danial sewaktu berusia 4 bulan.
Foto ini saya ambil semula menggunakan camera digital saya, so tak berapa terang.
Danial bersama datuknya. Cucu sulunglah katakan so manjanya lebih sikit...

Danial bersama Nabila semasa usianya 3 tahun lebih sewaktu kami bercuti di Genting Highlands.



Danial sewaktu badannya agak tembam...



Danial memang suka berenang...Tapi sejak akhir-akhirnya kurang sikit..



Ni la dia anak bujang kesayangan saya...
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..Amin
We love you very much.....





Ahad, 27 Januari 2013

HAPPY BIRTHDAY HAZIM






          Muhammad Akmal Hazim adalah anak saya yang bongsu dari empat beradik. Hazim dilahirkan pada 7 Januari 2010. Hazim dilahirkan semasa usia kandungan saya 7 bulan dan ini bermakna Hazim dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat hanya 1.35 kg sahaja. Bayangkanlah saiznya ketika itu..kecil betul dan pertama kali saya melihat wajahnya yang kecil itu sebak tidak terkira dan saya hanya mampu menitiskan airmata. Sewaktu pemeriksaan bulanan pada bulan yang ke 7 itu, doktor telah menasihatkan saya untuk dimasukkan ke wad kerana darah tinggi dan kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Saya sendiri terkejut kerana sebelumnya saya tidak mempunyai masalah darah tinggi. Atas nasihat doktor saya dimasukkan ke wad dan dinasihatkan untuk melahirkan bayi saya bagi menyelamatkan nyawa saya dan Hazim ketika itu. Saya akur dan pada jam 1 pm saya telah dimasukkan ke bilik pembedahan dan keluar setelah 3 jam berikutnya. Doktor hanya menunjukkan wajah Hazim kepada saya hanya seketika dan kemudian dia dibawa ke ICU kanak-kanak. Hanya setelah dua hari dilahirkan barulah saya dapat melihat Hazim setelah dibawa oleh nurse ke ICU. Sedih sungguh saya ketika itu melihatkan Hazim diletakkan di dalam inkubator dengan disambungkan wayar pernafasan ke hidungnya dan wayar untuk penyusuan dimulutnya. Saya dan suami menitiskan airmata melihatkan keadaannya ketika itu. Doktor memaklumkan kepada kami bahawa Hazim mempunyai peluang 50% sahaja untuk hidup kerana jantung dan paru-parunya yang masih belum matang. Kami berdoa agar Hazim diberikan kekuatan dan setelah 32 hari berada di dalam inkubator dan beratnya mencecah 1.85 kg barulah dia dikeluarkan dari inkubator dan ditahan selama 3 hari di wad. Setelah itu Hazim dibenarkan balik dan kami menjaganya sebaik mungkin mengikut nasihat dan tunjukajar yang diberikan oleh doktor dalam menjaga bayi pra-matang. Alhamdulillah, pada 7 Januari lalu genaplah umurnya 3 tahun dan Hazim merupakan seorang kanak-kanak yang sihat, pintar dan keletahnya sentiasa mendapat perhatian ramai. Syukur kepada Allah dan saya berdoa kepadaNya agar Hazim menjadi anak yang soleh, sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupannya.



Hazim sewaktu umurnya 1 bulan lebih.(Tarikh pada gambar tu abaikan ye kerana saya ni selalu tak set tarikh terkini pd camera.) 


Hazim ketika umurnya 2 tahun.


Memang suka bergaya...


tengoklah tu...posing sakan...

Khamis, 24 Januari 2013

BIRTHDAY HAZIM N NABILA

       HAPPY BIRTHDAY NABILA

Sebenarnya birthday anak-anak saya ni adalah pada 7 dan 8 Januari yang lalu. Baru 19 Januari hari tu dapat celebrate sama-sama kerana menunggu semua ahli keluarga ada baru nak celebrate. Nur Nabila Husna adalah anak saya yang kedua dan satu-satunya anak perempuan saya. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1998 di Hospital Besar Kuala Pilah. Berat semasa dilahirkan ialah 2.3 kg sahaja melalui pembedahan dan bagi kami Nabila pada masa itu sangat kecil. Setelah 4 hari diwad saya dibenarkan pulang tetapi pada petang esoknya Nabila dimasukkan semula ke wad di Hospital Seremban kerana jaundis. Jaundisnya tinggi dan terpaksa ditukarkan darah. Sedih saya ketika itu memang tak boleh nak digambarkkan. Bayangkan anak sekecil itu badannya dipenuhi dengan jarum dan wayar. Tidak habis disitu, Nabila juga terpaksa menjalani pemeriksaan susulan sehingga umurnya 6 tahun. Akhirnya setelah 6 tahun berulang-alik ke hospital pakar, alhamdulillah Nabila sihat sepenuhnya seperti kanak-kanak lain.
   Nabila memang seorang anak yang ceria dan cerdik. Beliau memasuki tadika seawal umurnya 3 tahun kerana menangis untuk bersama abangnya Danial. Saya pun mendaftarkan beliau ke tadika. Nabila sangat suka ke sekolah dan boleh membaca seawal umurnya 4 tahun. Pencapaiannya di sekolah memang membanggakan kami dan cemerlang sehingga ditawarkan ke Kolej Tunku Khursiah, Seremban semasa di tingkatan satu. Kini usianya telah pun 15 tahun dan akan menduduki PMR. Semoga beliau akan lebih cemerlang lagi dalam apa jua yang dilakukannya dan dapat menjadi seorang doktor seperti yang diimpikannya. InsyaAllah.


Ini kek birthday untuk Nabila and Hazim. Kami celebrate serentak untuk kedua-duanya.












Nur Nabila Husna semasa umurnya memasuki 2 tahun. Puas juga mencari gambar-gambar lama untuk dimasukkan dalam blog ni sebagai kenang-kenangan. Gambar tak berapa terang coz diambil dari foto lama menggunakan camera digital ni.








Nabila dulu...






Nabila kini....

Nanti sambung dengan kisah Hazim pula di lain page.

Sabtu, 29 September 2012

WAJAH-WAJAH KESAYANGAN HAMBA


Hubby kesayanganku. Thank you for everything. 

Putera sulung - Danial Hakim. Semoga menjadi seorang insan yang berguna kepada Agama, bangsa dan negara.


Satu-satunya puteri dalam keluarga kami - Nur Nabila Husna. Semoga menjadi anak yang solehah dan wanita yang berjaya di dunia dan akhirat.

Muhammad Haziq Haikal - Semoga sentiasa diberikan kekuatan untuk menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.
Muhammad Akmal Hazim - Semoga  sihat selalu dan menjadi anak yang soleh. 

Inilah wajah-wajah kesayangan saya dalam hidup ini. Semoga kami kekal bahagia dan mendapat keberkatan dari Allah dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Saya sentiasa berdoa agar anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Isnin, 3 September 2012

SELAMAT HARI RAYA 2012


                                                   Gambar di pagi Hari Raya pertama

Bersama putera-putera dan puteri kami

Khamis, 16 Julai 2009

Ketentuan Ilahi...



Rabu 15 julai 2009, saya, sheeda dan kak yatie rahman telah ke ipk untuk menghantar kertas projek kami. Teringat juga zaman buat first degree dulu. Thesis pun kena buat juga dan masih lagi disimpan rapi sebagai kenangan dan tanda usaha keras selama 4 tahun di UPM.


Kali ni buat lagi kertas projek tapi berlainan pula bidangnya. Tak pelah.. apa-apa pun semuanya telah selesai dan hanya menunggu masa untuk konvokesyen pada Ogos ni. Hai... naik pentas berdualah nampaknya kali ni. Berita yang tidak kusangka. Mengejutkan juga tapi mengembirakan seisi keluarga. Yang sedihnya pulak...perjalanan untuk ke Tanah Suci pada tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat kebenaran dari Lembaga Tabung Haji. Tiga suntikan (meningitis, penumococcal dan H1N1) yang akan diambil nanti membahayakan diri saya dan si kecil... so tahun depanlah nampaknya. Sedih betul sebab semua kursus, ujian, latihan amali tawaf, saie dan melontar serta kursus intensif telah selesai dilalui. Ingatkan boleh bawa sekali supaya dapat 'haji kecil'. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Doa suami untuk mendapatkan seorang zuriat lagi di depan kaabah lalu telah termakbul. Allah lebih mengetahui. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

Khamis, 28 Mei 2009

Terima kasih






Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa dorongan, sokongan dan semangat dari insan tersayang dan juga keluarga yang dikasihi. Semoga apa yang dilakukan akan terus cemerlang dan diberkati. Kejayaan ini juga diharap akan menjadi teladan dan ikutan anak-anak tersayang. Terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan.






Kepada rakan-rakan SM1, terima kasih juga atas kerjasama, semangat kumpulan, kejelekitan dan usaha sama yang telah ditunjukkan sepanjang dua tahun bersama. Segala kenangan manis akan diingati sepanjang hayat. Semoga kalian berjaya menjadi pemimpin yang dihormati, berkaliber dan berwawasan. Sememangnya kalian adalah yang terbaik dalam kalangan yang terpilih.


Jumaat, 28 November 2008

Tahniah buat anakanda tersayang di dalam upsr.


Tahniah buat anakanda tersayang Danial Hakim bin Shahrin yang berjaya dengan cemerlang di dalam UPSR yang baru diumumkan. Tahniah juga kerana keputusan cemerlang (8A) di dalam Peperiksaan UPKK yang lalu. Ibu dan ayah amat bangga dengan kejayaan itu. Semoga keputusan itu menjadi pembuka jalan untuk kecemerlangan yang seterusnya. Begitu juga jangan lupa akan cabaran yang bakal ditempuhi. Jadilah anak yang soleh, baik dan ingatlah Allah sentiasa.

Khamis, 18 September 2008

perwiraku


Sesungguhnya tiada yang lebih baik dari menerima kasih sayang darimu. Semoga berkekalan ke anak cucu. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan dorongan atas segala yang dilakukan. Tanpa restumu tidaklah saya maju ke hadapan sehingga kini. Thank you very much.