AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Memaparkan catatan dengan label SOTONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOTONG. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG



Assalamualaikum,

Untuk berbuka semalam saya hanya memasak sup cendawan dan sambal tumis sotong. Bulan puasa ni selera pun kurang sedikit. Hari-hari mesti asyik fikir apa nak masak aje. Masak yang simple jer lagi mendapat sambutan dan yang penting tidak membazir.

SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahan:
1 kg sotong
2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
4 sudu besar cili kering kisar
1 keping asam keping
1 cawan santan
garam secukupnya
minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan cili kering kisar sehingga garing tetapi bukannya sampai hangus ye.
2. Masukkan sotong tadi dan dibiarkan seketika atau hingga sotong separuh masak.
3. Setelah itu m.asukkan bawang putih dan bawang besar. Biarkan seketika.
4. Masukkan santan serta asam keping dan dikacau rata
5. Apabila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Selasa, 29 Oktober 2013

SOTONG MASAK KICAP PEDAS


Assalamualaikum,

Minggu ni dah dua hari memandu sendirian untuk ke tempat kerja. Memang memenatkan, rakan-rakan yang berkongsi kereta semuanya out-station. Semasa dalam perjalanan lagi memikirkan apa yang nak dimasak untuk makan malam ni. Tadi dah mohon agar bibik keluarkan sotong. So fikir punya fikir cadangannya untuk masak sotong  kicap pedas aje lah...
Sampai di rumah jam dah menunjukkan angka 6.15 pm. Terus ke dapur dan menyediakan hidangan untuk kami sekeluarga. Jom layan resepinya yang simple ni....

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:
Sotong secukupnya - digaul dengan kunyit dan garam
2 buku bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 tangkai cili hijau - dihiris
5 tangkai cili padi - dihiris/diketuk
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
sedikit kayu manis
bunga cengkih

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Goreng seketika. (tak goreng pun tak pe). angkat dan toskan.
2. Minyak yang sama dipanaskan dan ditumis bahan-bahan hiris serta rempah tumis sehingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, air dan garam.
4. Apabila telah mendidih masukkan sotong tadi.
5. Biar seketika dan angkat.

Khamis, 17 Oktober 2013

SOTONG GORENG KUNYIT


Koleksi masakan yang ketinggalan untuk dimasukkan ke dalam entri.

SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:-
1/2 kilo sotong - dipotong bulat
2 bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
1 sudu kecil kunyit serbuk
sedikit minyak

Cara-cara:-
1. Sotong dibersihkan, dicuci dengan limau dan dipotong bulat.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah.
3. Masukkan sotong yang telah digaulkan dengan kunyit tadi, garam dan gula.
4. Jika terlalu kering, bolehlah ditambah sedikit air.
5. Apabila telah mendidih,  bolehlah diangkat.

Senangkan....

Ahad, 10 Februari 2013

GULAI LEMAK SOTONG DAN TERUNG


Hari Jumaat lepas, menu kami ringkas sahaja iaitu gulai lemak sotong dan terung. Tapi dapat sambutan juga...Penat balik dari Terengganu pun belum habis lagi...

Gulai Lemak Sotong dan Terung
1/2 kilogram sotong (sederhana)
1 cawan santan 
6 - 7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang kecil
1 batang serai
3 - 4 biji terung
garam

Cara:
1. Cili padi, kunyit hidup dan bawang ditumbuk halus.
2. Masukkan santan dan serai ke dalam periuk dan campurkan 
    bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan sotong dan masak sehingga santan benar-benar masak. 
    Hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.(nanti gulai 
    tak sedap)
4. Campurkan terung dan garam.
5. Kacau dan masak seketika. Kemudian boleh dihidangkan.