AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Memaparkan catatan dengan label WESTERN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WESTERN. Papar semua catatan

Rabu, 2 Julai 2014

CORNED BEEF PINWHEEL BREAD


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Ini merupakan entri tertunggak saya juga akibat dari kesuntukan masa untuk update blog. Agak sibuk sedikit dengan pembacaan jurnal dan menyiapkan tugasan saya. Resepi Corned beef pinwheel bread ni saya perolehi dari rozan.blogspot.com. Cuma intinya tu yang saya olah mengikut citarasa keluarga saya. Hasilnya sedap dan dohnya sangat lembut. 


Intinya:

120 gram daging kisar RAMLY
1 buku bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar serbuk kari + 1 sudu cili giling
segenggam mixed vegetables
sedikit mentega

1. Panaskan mentega.
2. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi.
3. Masukkan pula campuran serbuk kari dan cili giling. Tumis sehingga agak masak.
4. Masukkan daging kisar bersama sedikit air, garam dan serbuk perasa.
5. Apabila dah masak tutupkan api. Biarkan seketika.

DOH ROTI
(Dari Blog Rozan)

A
440 gram tepung roti -  saya hanya gunakan 450 gram tepung roti sahaja
60 gram tepung superfine - saya tak letak sebab tak ada
100 gram gula - saya gunakan 80 gram
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 paket yis segera - saya gunakan MAURIPAN

B
250 ml air
1 biji telur - dipukul sedikit

C
80 gram shortening

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Gaulkan rata.
2. Tuangkan telur sedikit sedikit ke dalam Bahan A sambil terus mengaul/menguli. Saya gunakan tangan
     sahaja. Kemudian masukkan air sedikit sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan licin.
3. Masukkan Bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi sehingga licin dan tidak melekat.
4. Biarkan doh rehat selama 30 - 40 minit.


Inilah doh sebelum direhatkan. Saya terlupa nak snap foto bila dia dah mengembang.

6. Tumbuk-tumbukkan doh yang mengembang tadi untuk mengeluarkan angin.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulat-bulatkan doh tersebut. Rehatkan doh selama 10 minit.
8. Canai doh hingga menjadi seperti dibawah.


9. Setelah doh dicanai, sapukan sedikit sos. Saya terlupa so tak diletakkan sos.
10. Letakkan inti daging tadi di atas doh dan ratakan.


Inti diletakkan dan diratakan di atas doh yang telah dicanai.


 11. Gulungkan doh yang telah diisikan inti tadi rapat-rapat.



12. Potong gulungan roti tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
13. Letakkan di atas mangkuk kertas yang bersaiz besar.
14. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 - 20 minit.


Inilah rupanya corned beef pinwheel bread saya sebelum dimasukkan ke dalam oven.




 Wah...bestkan


Ini yang dah siap dibakar. Tunggu masa je nak kena ngap.....

Jumaat, 20 Jun 2014

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU


YUMMY.....


Assalamualaikum,

Roti Lapis Daging, itulah resepi untuk saya dan keluarga tengahari ni. Memang sodap dan menyelerakan ditambah pula oleh cheese yang meleleh tu....yummy. If ikutkan hati mahu 2 - 3 keping saya habiskan tapi memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, saya memerhatikan ajelah hubby and anak-anak makan dengan begitu seleranya. Saya juga telah merujuk resepi ini dari blog Secubitgaramnor67. Terima kasih banyak ye Kak Nor.



Ini adalah intinya

INTI DAGING

250 gram daging kisar jenama RAMLY
1 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris
2 sudu besar serbuk kari
sedikit garam
sedikit air
3 sudu besar mixed vegetables
minyak zaitun

1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Biarkan seketika
3. Masukkan pula daging kisar dan biarkan sehingga air daging hampir kering.
4. Perasakan dengan garam dan apabila dah masak bolehlah diangkat.

12 keping roti gardenia
2 - 3 biji telur
200 ml susu segar
10 keping cheese
mozarella cheese - diparut untuk topping

1. Sapukan loyang dengan mentega.
2. Bancuh telur dengan susu segar.
3. Celupkan roti ke dalam bancuhan susu dan telur tadi. Susun roti ke dalam loyang  seperti dibawah.


Roti yang telah dicelup disusun dalam loyang

4. Setelah itu, taburkan inti daging tadi di atas roti dan ratakan.


5. Letakkaan cheese diatasnya. Cheese saya ni keras sedikit so dia pecah-pecah la pulak.


6. Ulang semula proses yang ke3 tadi sehingga 5


7. Akhir sekali taburkan mozarella cheese diatasnya

8. Bakar selama 30 - 40 minit dengan suhu oven 180C atau sehingga masak.



Tu dia...bestnya dimakan panas-panas. Selamat mencuba

Khamis, 19 Jun 2014

HOME MADE WEDGES



Assalamualaikum,

Alhamdulillah berjaya juga saya nak buat sendiri wedges ni. Dah lama nak membuatnya barulah dapat. Asyik google je dan simpan resepi tapi tak juga dibuat. Entah kenapa tiba-tiba teringin sangat so saya pun buat wedges ni dan juga burger untuk hidangan tengahari. Sedap juga dengan sos jalapeno atau apa-apa pun, sos cili sahaja pun dah memadai. Terima kasih kepada Madiha a.k.a Ratna kerana sudi berkongsi resepi yang enak ini.

WEDGES
(Resepi asal: mamawandiha.blogspot.com)

Bahan-bahan:
6 biji ubi kentan russet - saya gunakan 4 biji sahaja
1 1/4 cawan tepung beras - saya gunakan 1 cawan
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan + 2-3 sudu air
1 biji telur
1 1/2 sudu rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukupnya
minyak masak

Sos:
Jalapeno cheese
air panas secukupnya

Cara-cara:
1. Cuci kulit ubi kentang sehingga bersih. Rebus setengah masak. Sejukkan dan dipotong kepada 8
     bahagian.
2. Campurkan semua tepung dan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati. Campurkan
    air dan telur dan digaul sebati.
3. Panaskan minyak untuk deep fry. Masukkan separuh kentang tadi ke dalam batter.
4. Ambil kentang tadi satu-persatu dan digoreng dalam minyak yang panas.
5. Setelah garing dan kekuningakan, angkat dan toskan minyaknya.
6. Ulang sehingga habis kesemua kentang.
7. Campurkan pula japeno cheese dengan air panas secukupnya. Bolehlah dihidangkan wedges tadi
    bersama  jalapeno cheese tadi.

Rabu, 4 Jun 2014

PUFF KENTANG BERDAGING


Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi berkenaan Puff Kentang Berdaging yang saya buat untuk sarapan pagi minggu lepas. Baru hari ni dapat masukkan dan share dalam entri. Caranya sama sahaja dengan Puff yang saya buat sebelumnya.

PUFF KENTANG BERDAGING

Bahan-bahan:
1 bungkus Pastry Puff jenama Kawanku (ada 10 keping)
1 biji telur - untuk sapuan

Inti Kentang Berdaging
Daging kisar secukupnya - saya gunakan jenama RAMLY
5-6 biji kentang - dipotong dadu seperti nak buat inti karipap tu
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - didadu
1 tangkai daun kari - dicuci
2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar cili kering kisar - jika nak pedas bolehlah ditambah kuantitinya
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan campuran rempah kari dan cili kisar dan goreng sehingga betul-betul masak.
3. Masukkan daging kisar, daun kari dan garam. Biarkan seketika
4. Masukkan kentang dan biarkan sehingga kentang lembut.
5. Tutup api dan sejukkan dahulu

Cara membuat Puff
1. Letakkan pastry puff di atas dulang.
2. Isikan inti kentang berdaging tadi.
3. Tutup dan buatlah apa-apa bentuk yang disukai.
4. Matikan tepi puff dengan menggunakan garfu.
5. Sapukan atasnya dengan telur.
6. Bakar dalam oven selama 10 - 15 minit atau mengikut jenis oven yang digunakan.


Ini rupanya setelah diletakkan inti dan sebelum dibakar

Selasa, 3 Jun 2014

ROTI SOSEJ


Assalamualaikum,

Pagi ni saya buat Roti Sosej sebagai hidangan sarapan pagi kami sekeluarga. Dah beberapa kali juga saya membuatnya cuma kali ni nak gunakan resepi dari blog rozzan. Terima kasih rozzan kerana roti ni sangat lembut dohnya dan sedap. Saya buat 10 biji dalam 1 jam setengah selamat dimakan oleh anak-anak. Sempat juga saya mengasingkan sebiji untuk my hubby. Maklumlah cuti sekolah ni semuanya ada di rumah.

ROTI SOSEJ
(Sumber asal: Rozzan.blogspot)

Bahan-bahan:
A
 400 gram tepung roti
60 gram tepung hong kong (saya tak letak sebab tak ada)
100 gram gula kastor
1 sudu teh garam
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver
4 sudu besar yis kering (11 gram)

B -
250 ml air
1 biji telur

C-
80 gram shortening

D-
10 keping sosej
mixed vege
mozarella cheese

Cara-cara:
1. Masukkan kesemua bahan  A ke dalam mangkuk. Gaul rata dan diuli seketika.
2. Tuangkan telur dan air sedikit demi sedikit. Campurkan shortening dan teruskan menguli.
3. Uli lagi sehingga licin dan menjadi doh.
4. Biarkan doh naik sekali ganda (40 - 50 minit)
5. Tumbuk-tumbukkan doh dan uli lagi. Buatkan bentuk bulat-bulat seberat 300 gram. Rehatkan lagi selama
     10 minit.
6. Selepas itu ikut step kat bawah ni ye.


Canaikan doh tadi seperti diatas.


Letakkan sosej ditengah-tengah doh. 


Cantumkan hujung doh seperti dalam gambar
Kelar-kelarkan atas doh tapi jangan putus ye.


Kemudian tarik bahagian yang dikelar tadi bersama potongan sosej ke kiri dan ke kanan berselang seli.


So, inilah rupanya.


Saya letakkan mixed-vege dan mozarella cheese di atasnya.


Masukkan dalam oven dan bakar selama 15 - 25 minit.
Dah siap...jemput makan

Ahad, 1 Jun 2014

MAKARONI BAKAR


Assalamualaikum..

Makaroni adalah antara hidangan yang anak-anak saya suka, tak kiralah dimasak apa pun. Antara yang menjadi kegemaran anak-anak saya ialah Makaroni Goreng, Baked Makaroni atau pun Makaroni Carbonara. Kali ni saya nak share Baked Makaroni. Rasanya sedap dan tapi tak boleh dimakan sejuk sebab ia akan menjadi mual. So bila nak makan tu seelok-eloknya baru dimasak. Nak membuatnya tu agak leceh sedikit tapi senang jer...



Ini adalah sos merah macam kita buat sos sphagetti tu..

Bahan-bahan:
secukupnya daging ayam kisar (saya guna RAMLY)
1 botol sos prego tradisional
cendawan butang secukupnya
4 -5 batang crab stick
2 ulas bawang putih
sedikit garam, secubit lada hitam, rosemary

Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun
2. Tumis bawang putih sehingga wangi
3. Masukkan ayam kisar, masak sehingga daging ayam betul-betul masak
4. Tuangkan sos sphagetti tadi dan dicampur sedikit air.
5. Masukkan garam lada hitam dan rosemary. 
6. Apabila dah masak tutup api dan ketepikan.




Ini adalah makaroni yang telah direbus dan ditoskan. Makaroni ni perlu direbus dalam air mendidih yang telah dicampurkan sedikit mentega.


Ini pula sos putih. 

Bahan-bahan:
200 gram cheese philadelphia ( cheese apa pun bolah ye)
350 ml susu segar
3 sudu besar butter
secubit serbuk lada hitam

Cara-cara:
1. Panaskan butter dalam kuali non stick
2. Masukkan cheese dan kacau sehingga pekat.
3. Masukkan susu segar dan serbuk lada hitam.
4. Apabila dah cukup masak, matikan api dan ketepikan


Saya buat makaroni bakar ini dalam bekas yang kecil so senang anak-anak nak makan. Ambil jer satu mangkuk tu dan makan. Jom kita lapiskan makaroni ni sebelum dimasukkan ke dalam oven

So, mula-mula kita letakkan dulu makaroni yang telah direbus tadi di bahagian paling bawah.


Untuk lapisan kedua, letakkan pula sos merah tadi. Ratakan.


Kemudian letak pula mozarella cheese di atasnya. Cara nak melapiskan makaroni ni, bolehlah dibuat mengikut citarasa masing-masing. Saya pula ada yang selapis jer makaroninya dan ada yang saya buat dua lapis, ikut lah kreativiti anda.

Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit dengan suhu 160C


Tu dia Makaroni Bakar saya. Ada yang meleleh cheesenya tu...Sebenarnya lagi banyak cheese lagi sedap.

Selasa, 13 Mei 2014

PANCAKE COKLAT


Assalamualaikum,

Inilah dia menu breakfast yang paling mudah dan sedap. Pancake. Kali ni saya buat pancake coklat mengikut  resepi dari blog Rahel. Tq  Rahel for the marvelous recipe.

PANCAKE COKLAT

Bahan-bahan:
200 gram tepung gandum
10 g serbuk koko
1/2 sudu besar serbuk penaik
30 gram gula kastor
210 ml susu segar
30 gram marjerin yang dicairkan
4 putih telur
1/2 sudu teh garam

Cara-Cara:
1. Campurkan susu dan marjerin dalam bahan ayak. Gaul dan ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama garam dan gula.
3. Campurkan campuran telur ke dalam campuran 1.
4. Biarkan sekejap dan bolehlah di sendukkan 1 senduk kecil ke dalam non-stick pan.
5. Masaklah sehingga keperangan.
6. Enak dimakan bersama madu atau coklat atau apa-apa pun yang menjadi pilihan anda.



Selasa, 15 April 2014

POP CORN @ PANTAI


Pop corn...salah satu snek kegemaran mereka yang berada di pawagam sambil menonton wayang. Semacam dah jadi satu kemestian pulak kan Wayang dan Pop Corn. Tapi hari ni tak delah saya buat untuk menonton wayang. Cuma tetiba teringat kat dapur tu masih ada lagi jagung untuk pop corn yang masih belum dimasak. So, buka pak google and terjumpa resepi Pop Corn dari blog Tiffinbiru (Dapur Tanpa Sempadan) dan saya pun ikutlah langkah demi langkah. Terima kasih ye Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi. Memang mudah dan sedap hasilnya.



Menari sekejap kuali saya ni...meletup-letup jagung tu bila kembang. Best pulak mendengarnya. Patutlah ada lagu..tudung periuk, tudung periuk pandai menari....


Gula pasir dicampurkan air. Bila larut ditambah mentega.


Pop corn yang baru dikeluarkan dari periuk. Biarkan sekejap


Gaulkan pop corn tadi dengan air gula yang telah pekat tadi. Lepas tu bolehlah dimakan...Sedap, manis dan garing.

POP CORN
(Resepi Asal: Tiffinbiru (Blog Dapur Tanpa Sempadan)

Bahan-bahan:
1/3 cawan jagung pop corn
1 camca besar mentega
21/2 sudu besar minyak masak

Bahan Karamel:
1/3 cawan gula pasir
1 camca besar mentega

Cara-cara:

1.Panaskan periuk dan panaskan minyak. Masukkan mentega dan apabila telah cair bolehlah dicuba masukkan sebiji jagung. Apabila ia meletup dan kembang, bolehlah dimasukkan kesemua jagung lain. Tutup tudung periuk dan tunggu sehingga semua jagung tadi kembang dan berhenti bunyi meletup-letup tu. Tutup api dan pindahkan pop corn ke dalam mangkuk untuk disejukkan sebentar.

2. Untuk karamel; gula pasir dimasak sehingga bertukar warna keperangan dan masukkan mentega. Apabila mentega dah cair bolehlah dimasukkan pop corn tadi. Gaul rata.

3. Bila dah agak sejuk bolehlah dimakan. 

Isnin, 14 April 2014

PIZZA SEMPOI (BRUSCHETTA)


Assalamualaikum,

Pagi ni saya buat pizza sempoi untuk breakfast and dibekalkan juga untuk hubby ke pejabat. Sebenarnya semalam saya membeli 2 batang French bread yang masih lagi panas. So, terfikirlah nak buat pizza ni dari malam tadi lagi. Bawah pizza tu saya gunalah french bread tu dan atasnya untuk filling saya letak aje apa-apa sayur yang ada dalam fridge tu. Simple jer tapi sedap dan mudah.


Mulanya french bread tu dipotong sedikit bahagian atasnya untuk menyenangkan kita letakkan intinya nanti. Letakkan sos cili kegemaran masing-masing, lepas tu bolehlah diletakkan intinya diakhiri dengan cheese. Lagi banyak cheese lagi best tau. Bila makan tu bertali-tali jadinya. Bakar pun sekejap aje dalam 15 minit pun dah cukup. Makan panas-panas lagi best tau.


Ha..dah siap untuk dimasukkan ke dalam oven.


Suka tengok bila cheese tu cair apabila dibakar.


Sedapnya...bila nak makan tu boleh letak mayonis.

Pizza Sempoi

Bahan-bahan:
1 batang French Bread (potong 3 atau 4)
Cili sos
Mayonis
1 tangkai saderi -  dipotong dadu
1 biji tomato - didadu
1 capcisum merah - didadu
1/2 cawan cendawan butang - dihiris
sedikit garam
secubit lada hitam
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - didadu
1/2 paket ayam kisar Ramly

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan biarkan garing.
3. Masukkan serbuk kari, garam dan lada hitam.
4. Campurkan ayam kisar dan biarkan sehingga ayam masak.
5. Campurkan semua sayur-sayuran tadi dan kacau seketika 
    sebelum diangkat.
6. Sapukan roti  dengan sos cili dan letakkan inti yang dimasak tadi 
    diatasnya.
7. Taburkan cheese dan masukkan ke dalam oven untuk dibakar 
     selama 15 minit.