AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Memaparkan catatan dengan label PASTRY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASTRY. Papar semua catatan

Rabu, 4 Jun 2014

PUFF KENTANG BERDAGING


Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi berkenaan Puff Kentang Berdaging yang saya buat untuk sarapan pagi minggu lepas. Baru hari ni dapat masukkan dan share dalam entri. Caranya sama sahaja dengan Puff yang saya buat sebelumnya.

PUFF KENTANG BERDAGING

Bahan-bahan:
1 bungkus Pastry Puff jenama Kawanku (ada 10 keping)
1 biji telur - untuk sapuan

Inti Kentang Berdaging
Daging kisar secukupnya - saya gunakan jenama RAMLY
5-6 biji kentang - dipotong dadu seperti nak buat inti karipap tu
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - didadu
1 tangkai daun kari - dicuci
2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar cili kering kisar - jika nak pedas bolehlah ditambah kuantitinya
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan campuran rempah kari dan cili kisar dan goreng sehingga betul-betul masak.
3. Masukkan daging kisar, daun kari dan garam. Biarkan seketika
4. Masukkan kentang dan biarkan sehingga kentang lembut.
5. Tutup api dan sejukkan dahulu

Cara membuat Puff
1. Letakkan pastry puff di atas dulang.
2. Isikan inti kentang berdaging tadi.
3. Tutup dan buatlah apa-apa bentuk yang disukai.
4. Matikan tepi puff dengan menggunakan garfu.
5. Sapukan atasnya dengan telur.
6. Bakar dalam oven selama 10 - 15 minit atau mengikut jenis oven yang digunakan.


Ini rupanya setelah diletakkan inti dan sebelum dibakar

Isnin, 2 Jun 2014

POPIA SAYUR


Assalamualaikum,

Alhamdulillah cuti sekolah dah hampir 5 hari bermula. Seronok saya anak-anak berada disamping keluarga. Cuma anak yang sulung pula mula memasuki alam universiti. So, masih tidak lengkaplah bilangan ahli rumah saya ni. Biasalah apabila anak-anak telah membesar masing-masing mempunyai peluang dan ruang yang tersendiri. Inilah kehidupan. Apa-apa pun kita sebagai ibu bapa mendoakan agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Biasalah bila petang-petang ni terfikir apa yang nak dimasak sebagai hidangan petang. Buka peti sejuk dan ambillah apa yang ada dan saya buatlah popia sayur yang mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Bahan-bahannya pun memang dah ada dalam peti sejuk...jom

POPIA SAYUR

Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya (saya beli yang dijual di GIANT tu)
2 keping tauhu - dipotong dadu
segenggam taugeh
1/2 batang carrot - dihiris halus
1/4 biji sengkuang - dihiris halus
sedikit garam
6 - 7 tangkai cili merah*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar cili sos*
1 sudu besar gula pasir*

1. Bahan-bahan bertanda * dikisar dan dimasak atas api sederhana sehingga pekat. Ini adalah kuahnya.
2. Kulit popia tu diletakkan di atas dulang
3. Kemudian diisikan dengan sayur-sayuran tadi.
4. Digulung  kemas.
5. Bolehlah digoreng sehingga keperangan.


Sabtu, 12 April 2014

CREAM PUFF


      Cream Puff....saya adalah antara pengemar cream puff. Puff ni memang sedap, gebu dan mengenyangkan tapi nak membuatnya tulah yang menjadi masalah. Ini merupakan kali ke 3 saya membuatnya dan baru kali ni menjadi. Sebenarnya sewaktu saya ke Johor Baharu dan singgah di rumah sahabat saya Zeemah, beliau menghidangkan saya dengan Cream Puff dan memang menjadi keinginan saya untuk balik nanti dan mesti buat. 
       Baru minggu lepas saya berkesempatan untuk membuatnya dan sahabat saya telah memberikan saya panduan dari YouTube untuk membuatnya. Ini saya sertakan addressnya untuk sesiapa yang minat ye
http://www.youtube.com/watch?v=kYHGO4rvelo&feature=youtube_gdata_player

Saya pun layanlah video ni dan ikut step-by-step cara membuatnya. Terima kasih banyak-banyak ye Zeemah atas perkongsian ini. Memang menjadi, gebu gebana dan sedap. Jom kita layan resepinya yang mudah ni.

CREAM PUFF

Bahan-bahan:
100 ml air
60 g butter
secubit garam
3 biji telur
60 g tepung kek/roti

Caranya:
1. Masukkan air, butter dan garam ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api kecil sehingga butter cair dan mendidih 
    seketika. Tutup api.
3. Campurkan tepung dan kacau seketika.
4. Hidupkan semula api kecil dan kacau adunan tadi sehingga 
    menjadi lembut dan berkilat. Tutup api.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan kacau sekejap sehingga sejuk 
    dan sebati.
6. Campurkan telur tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan 
    menjadi likat atau berkilat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan atas dulang 
    pembakar mengikut bentuk yang dikehendaki.
8. Bakar selama 25 minit (180C)
9. Biarkan sejuk dahulu baru dibelah untuk diisi dengan whipping
    cream atau apa-apa inti yang dikehendaki. 

Selamat Mencuba



Sabtu, 9 Februari 2013

PUFF KENTANG

PUFF KENTANG



Saya ni masih lagi tak berkesempatan untuk update entri setiap hari. Tapi tak pe, saya nak berkongsi tentang puff kentang yang saya buat minggu lepas. Senang je buatnya..saya gunakan pastri puff jenama kawan dan intinya saya buat seperti inti karipap je..

Puff Kentang

1 paket pastri puff jenama KAWAN
1 biji kuning telur - untuk disapu
3 biji kentang - didadu
2 sudu rempah kari
1 cawan ayam kisar (saya guna jenama RAMLY)
1 biji bawang besar - dihiris
2 tangkai daun sup - dihiris
rempah tumis (bunga lawang, kayu manis dan cengkih)

 Untuk buat intinya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan rempah tumis dan rempah kari. 
2. Setelah garing, masukkan daging ayam kisar, bawang, kentang
    dan tambahkan sedikit air.
3. Masak sehingga kentang empuk.
4. Kemudian masukkan daun sup dan daun kari( saya tak letak pun)
5. Apabila kentang sudah empuk. Tutup api dan sejukkan.





Pastri puff jenama KAWAN



Letakkan isi kentang tadi



Saya buat bentuk tiga segi pulak kali ni



Tekan tepi puff dengan garfu untuk menutupnya


Untuk buat puff:
1. Ambil sekeping puff pastri.
2. Letakkan inti kentang tadi dan 
    bolehlah dibentukkan 
    mengikut kesukaan masing-
    masing.
3. Saya buat bentuk triangle 
    pulak kali ni.
4. Sapukan permukaan puff   
    dengan kuning telur.                 Sapukan dengan kuning telur.

5. Bakar 20 minit dengan suhu 
    150C.


Ahad, 27 Januari 2013

SARDINE PUFF





Assalamualaikum, kali ni nak share tentang cara membuat sardine puff. Memang sedap sardine puff ni. Anak-anak buah nak datang ke rumah jadi saya merancang nak masak sardine puff dan melbourne pie aje. Memang mereka pun suka. Untuk intinya tu if tak suka sardin boleh buat inti macam inci kuih karipap. So, jom layan resepinya....

Bahan-bahan:
1 bungkus pastri puff (saya guna jenama KAWAN)
1 tin sardin - saya goreng dahulu sebentar
1 biji bawang besar - dihiris/tumbuk
1 ulas bawang putih - dihiris/tumbuk
2 sudu cili kering kisar
1 keping asam keping
garam
telur untuk disapukan atasnya






1. Panaskan minyak. Tumis cili kering kisar sehingga garing.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.
3. Masukkan sardin, asam keping dan garam.
4. Angkat setelah masak.
5. Ambil sekeping pastri puff, isikan inti sardin ke dalamnya.
6. Gulung sardine puff itu, kelar sedikit atasnya dan disapukan
    telur.
7. Masukkan ke dalam oven dan bakar 15 minit dengan suhu 180C