Assalamualaikum,
Sempena cuti sekolah ni, macam-macam permintaan dari anak-anak saya. Sedaya upaya saya akan cuba untuk memenuhi permintaan mereka sebelum mereka bergerak balik ke asrama. Memang saya semakin sibuk dengan penulisan thesis saya tapi demi anak-anak yang disayangi, permintaan mereka saya penuhi.
Hari ni saya buat Cornflakes Madu yang memang menjadi antara kegemaran anak-anak saya. Tak kiralah Hari Raya ke tidak selalu juga saya membuatnya. Tambahan pula senang dan cepat untuk dimasak.
Bahan-bahannya pun saya gunakan apa yang ada dirumah aje dan diolah sendiri. Tapi saya tetap juga merujuk pada resepi-resepi dari blog rakan-rakan lain. Kali ni saya gunakan resepi asas dari Kak Yati dari blog Yatie Memories. Terima kasih ye kak Yatie.
CORNFLAKES MADU
(Resepi Asal: Kak Yatie Memories)
Bahan A
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu
Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm) - saya guna 2 1/2 cawan je
1 cwn kismis - saya tak letak sebab tak de stok
1 cwn badam cincang panggang/gajus - saya guna badam
Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
- Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
- Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
- Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan