Assalamualaikum,
Nasi kerabu lagi ye. Almaklumlah nasi kerabu ni antara kegemaran anakanda saya Nabila. So, sewaktu cuti sekolah yang lepas saya pun masaklah apa sahaja menu yang digemarinya. Sebenarnya resepi nasi kerabu ini pernah saya share resepinya dalam entri yang terdahulu. Memang sedap dan menyelerakan. Jom layan resepinya.
NASI KERABU
(Resepi Asal: Azie Kitchen)
Nasi
Masak nasi seperti biasa dan saya letakkan sedikit serbuk kunyit.
Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)
1. Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk.
1. Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.
3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
4. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
5. Masukkan asam keping, budu dan gula. Masak sehingga pecah minyak.
Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3. Masukkan garam dan gula.
3. Masukkan garam dan gula.
Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Taugeh
Taugeh
1. Kesemua ulam ulaman ini dihiris halus.
Sambal Cili
Sambal Cili
Cili padi - ditumbuk dan digaulkan bersama cuka, gula dan garam secukup rasa.
Lauk Pauknya
Lauk Pauknya
Ikan kembung digoreng tepung
Telur masin
Solok lada
(Resepi Asal: MyResepi)
Bahan-bahan
- 5-8 biji cili hijau
- 3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
- 1/2 cawan kelapa parut putih
- 3-4 biji bawang merah
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
- Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
- Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
- Angkat dan bolehlah dihidangkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan