AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 8 Julai 2014

NASI GORENG KAMPUNG




Assalamualaikum,

Salam Ramadhan semua rakan. Bulan puasa tahun ni saya dan hubby agak kurang selera untuk berbuka dan bersahur. Maklumlah anak-anak sudah tinggal berjauhan di asrama dan universiti. Sedih juga rasanya kerana apabila tiba bulan puasa selalunya anak-anaklah yang memeriahkan suasana takala berbuka puasa.

Sahur kali ni saya masak nasi goreng kampung sahaja. Sedap dimakan panas-panas. Yang makan nasi ketika sahur hanyalah hubby dan haziq. Saya cuma mengambil segelas oat atau nestum sudah memadai.

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan

2 cawan nasi putih
segenggam ikan bilis - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
5-6 tangkai cili padi - ditumbuk
1 biji telur

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak.
2. Goreng bahan-bahan tumbuk sehingga garing.
3. Tambahkan garam.
4. Pecahkan telur dan dikacau.
5. Masukkan nasi dan digaul rata.

Tiada ulasan: