AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 6 Julai 2014

MEE HAILAM


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Mee Hailam ni sebenarnya suami saya yang buat. Sedap sesangat dan bertambah-tambah anak-anak makan. Alhamdulillah. Hubby saya ni sekali sekala masuk dapur hasilnya boleh tahan sedapnya. Jom kita tengok resepinya ye.

MEE HAILAM

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning - saya basuh dan celur dahulu
2 sudu besar cili kering giling
2 ulas bawang putih - diblender
4 ulas bawang merah kecil -diblender
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
5 ulas fish ball - dibelah
1 keping fish cake - dihirs
2 keping dada ayam - dihiris
segenggam udang
2 biji telur
1 sudu makan sos tiram
3 - 4 sudu makan kicap manis
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
sedikit sawi
segenggam taugeh
sedikit bawang goreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga berbau wangi.
3. Masukkan cili kisar dan biarkan seketika.
4. Setelah itu masukkan hirisan dada ayam dan udang. Biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Masukkan fish ball dan fish cake.
6. Masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.
7. Masukkan telur dan dikacau seketika.
8. Masukkan sawi dan garam serta air campuran tepung jagung. Biarkan pekat. Campurkan taugeh.
9. Bolehlah dimasukkan mee dan dihidangkan.




Tiada ulasan: