AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Rabu, 9 Julai 2014

MURTABAK AYAM -STEP BY STEP




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ke 11 kita berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.

Saya mahu berkongsi resepi Murtabak Ayam yang hubby saya masak untuk kami sekeluarga. Murtabak ini dijadikan hidangan berbuka puasa kami pada Ahad yang lepas. Memang hubby mengemari murtabak dan apabila bulan puasa ni selalunya hubby saya akan membuatnya sendiri. Puas hati katanya dari yang dibeli. Anak-anak pun suka. Hubby buat 6 biji murtabak dan balik sahaja dari solat terawikh kami makan lagi maka tiadalah pembaziran yang berlaku. Memang sodap dan saya terlupa pula nak ambil foto sekali dengan kuahnya. Hubby masak murtabak dan saya menyediakan kuah dalnya.

Jom kita tengok resepinya ye.

MURTABAK AYAM

Bahan-bahan:
A.
120 g daging cincang jenama RAMLY
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dihiris 
1 ulas bawang putih - dihiris
sedikit daun sup
garam secukupnya
6 biji telur

B.
Kulit Murtabak
250 gram tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar marjerin
sedikit garam
air secukupnya.
- gaulkan kesemua bahan sehingga sebagi dan boleh dibentuk doh. Ketepikan


Cara-cara untuk buat murtabak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering kisar. Masak seketika.
3. Masukkan daging ayam tadi dan kentang dadu. Biarkan hingga kentang empuk.
4. Jika terlalu kering, bolehlah ditambahkan air sedikit.
5. Apabila dah masak ketepikan.


6. Dalam mangkuk kecil masukkan 3 sudu besar inti tadi, bawang besar dadu, daun sup dan pecahkan sebiji      telur ke dalamnya dan dikacau rata.



7. Panaskan kuali leper dan disapukan sedikit mentega.
8. Canaikan kulit murtabak seperti mencanai roti canai tu.


                                             

Inilah dia tepung yang telah dijadikan doh sama seperti membuat roti canai

                                                    
Kulit murtabak yang telah dicanai.

9. Ambil kulit murtabak yang telah dicanai tadi dan letak di atas kuali leper. 


10. Letakkan inti yang telah dikacau tadi (6) dan tutup kulit murtabak tadi.




11. Balik-balikkan kedua-dua belah dan apabila telah masak bolehlah diangkat.
12. Sedap dimakan panas bersama kuah dal.





Nilah hasilnya murtabak yang dimasak sendiri oleh my hubby. 








Tiada ulasan: