AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Jumaat, 11 Julai 2014

BISKUT BADAM RANGUP


Biskut badam yang telah siap.


Seperti biasa Hazim lah yang pertama akan merasa biskut ni. Tak sabar-sabar dia nak tunggu biskut ni masak. Asyik ke dapur dan bertanya bila boleh makan biskut.


Assalamualaikum,

Biskut badam ni merupakan biskut yang saya buat sebelum bulan puasa lagi. Saja nak try  dahulu sebelum buat untuk raya nanti. Saya perolehi dari blog Kak Yati (yatiememories.blogsot.com. Biskut ni memang rangup dan tidak terlalu manis. Mohon saya untuk share resepi ye kak yati.

BISKUT BADAM RANGUP
(Sumber: Yatie memories)

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)
kacang tanah -digoreng dan dihias atas biskut (ni saya tambah)

Untuk Hiasan:-1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul 
    hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung
     tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan 
     kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang
    pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. 
4.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.


 Lepas diterap dan disapukan telur serta saya diletakkan kacang tanah.


Rupanya setelah siap dibakar.




Tiada ulasan: