AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Ahad, 13 Julai 2014

KUEH TEOW GORENG


Assalamualaikum,

Bila tiba bulan puasa ni, bila petang aje mulalah berfikir apa yang nak dimasak. So petang semalam saya buat kueh teow goreng sebagai pembuka selera.

KUEH TEOW GORENG

Bahan-bahan:
1 kilogram kueh teow
1 ulas bawang putih -ditumbuk
3 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 cawan kerang - direbus dan diambil isinya
segenggam udang putih
fish cake dan fish ball mengikut citarasa masing-masing
taugeh secukupnya
daun kucai - dipotong-potong sepanjang 1 inci
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
1 biji telur

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi
2. Masukkan udang putih dan kerang. Biarkan seketika.
3. Masukkan sos tiram, garam dan kicap manis.
4. Pecahkan telur ke dalamnya dan ditambah sedikit air panas.
5. Masukkan kueh teow dan digaul rata.
6. Masukkan taugeh dan daun kucai.
7. Apabila dah masak bolehlah diangkat.

Sabtu, 12 Julai 2014

SUP CENDAWAN



Assalamualaikum,

Simple jer resepi yang saya nak kongsi hari ni iaitu Sup Cendawan. Jom tengok bahan dan caranya ye.

Sup Cendawan

Bahan-bahan:
1 paket cendawan tiram
2 biji tomato - belah 4
4 - 5 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
garam secukupnya
1 ketul kuib ayam Knorr

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris.
2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan cendawan, garam, cili padi dan kiub ayam. Biarkan seketika.
4. Masukkan tomato dan bolehlah ditutupkan apinya.

Senangkan....

Jumaat, 11 Julai 2014

BISKUT BADAM RANGUP


Biskut badam yang telah siap.


Seperti biasa Hazim lah yang pertama akan merasa biskut ni. Tak sabar-sabar dia nak tunggu biskut ni masak. Asyik ke dapur dan bertanya bila boleh makan biskut.


Assalamualaikum,

Biskut badam ni merupakan biskut yang saya buat sebelum bulan puasa lagi. Saja nak try  dahulu sebelum buat untuk raya nanti. Saya perolehi dari blog Kak Yati (yatiememories.blogsot.com. Biskut ni memang rangup dan tidak terlalu manis. Mohon saya untuk share resepi ye kak yati.

BISKUT BADAM RANGUP
(Sumber: Yatie memories)

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)
kacang tanah -digoreng dan dihias atas biskut (ni saya tambah)

Untuk Hiasan:-1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul 
    hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung
     tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan 
     kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang
    pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. 
4.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.


 Lepas diterap dan disapukan telur serta saya diletakkan kacang tanah.


Rupanya setelah siap dibakar.




Khamis, 10 Julai 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG



Assalamualaikum,

Untuk berbuka semalam saya hanya memasak sup cendawan dan sambal tumis sotong. Bulan puasa ni selera pun kurang sedikit. Hari-hari mesti asyik fikir apa nak masak aje. Masak yang simple jer lagi mendapat sambutan dan yang penting tidak membazir.

SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahan:
1 kg sotong
2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
4 sudu besar cili kering kisar
1 keping asam keping
1 cawan santan
garam secukupnya
minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan cili kering kisar sehingga garing tetapi bukannya sampai hangus ye.
2. Masukkan sotong tadi dan dibiarkan seketika atau hingga sotong separuh masak.
3. Setelah itu m.asukkan bawang putih dan bawang besar. Biarkan seketika.
4. Masukkan santan serta asam keping dan dikacau rata
5. Apabila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Rabu, 9 Julai 2014

SWISS ROLL ZIRAFAH




Assalamualaikum,

Alhamdulillah tertunai juga hasrat di hati untuk membuat sendiri Zebra swiss roll ni setelah saya menjenguk ke blog citrarasawan dan alitamasammanis. Terima kasih kak wan dan kak ita. Memang dah lama saya nak membuatnya dan cuba mencabar diri dan akhirnya berjaya. Memang mudah mengikut step by step method yang mereka kongsikan. Cuma saya ni semasa mengulung kek tu saya tak gulung dengan padat so saiznya agak besar dan terlonggar sedikit. Tapi yang lebih penting ialah saya berjaya dan sedap keknya.

SWISS ROLL ZIRAFAH
(Diperolehi dari blog Citarasawan dan Azlitamasamanis)

Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inci
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak (seperti dibawah)
Sapukan butter. Terbalikkan kertas minyak dan letakkan di dalam loyang. Ketepikan


Inilah corak zirafah yang saya hasilkan. 


Sapukan butter di atas kertas minyak yang telah diterbalikkan tadi.


A -
3 biji putih telur
50 gram gula kastor
1/4 sudu cream of tartar

B
8 gram serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

1. Pukul putih telur hingga berbuih


2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan gula kaster
3. Pukul bahan ini sehingga ia kental/kaku/bertanduk


4. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan C. Gaul rata dengan kaup balik sahaja.


5. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaup balik hingga sebati.
6. Sekarang kita letakkan Bahan B dan serbuk koko.





7. Tambahkan juga coklat emulco




8. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan sehingga ia bergaul sempurna ketepikan.

C.
3 biji kuning telur
15 gram gula kastor
60 ml air
40 ml minyak mazola
75 gram tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla

1. Satukan gula dan telur
2. Pukul sehingga berkrim
3. Tambahkan esen vanilla, air dan minyak
4. Pukul sehingga adunan sebati, tambahkan tepung.
5. Kaup balik dengan rata
6. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk dicampurkan dengan adunan corak zirafah.


                                               


Adunan corak zirafah

1 putih telur
2 sudu besar gula kastor
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan C tadi yang telah diasingkan

1. Pukul putih telur bersama gula kastor sehingga bertanduk.


2. Tambahkan tepung dan kaup balik hingga sebati.
3. Masukkan pula adunan dari Bahan C yang telah diasingkan tadi. Gaul rata


4. Masukkan ke dalam piping bag.

Panaskan oven dahulu pada suhu 170C.

1. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukis di atas kertas minyak tadi.






 2. Bakar dalam oven selama 1 minit sahaja.


 3. Keluarkan dari oven apabila dah masak.


 4. Tuangkan pula adunan coklat tadi di atasnya dan ratakan sehingga ke penjuru loyang.



 5. Hentakkan loyang untuk membuang gelembung udara.


6. Bakar adunan dalam oven selama 10 - 15 minit sahaja atau hingga masak sempurna.
7. Bila dah masak terbalikkan kek atas redai dengan kertas minyaknya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila dah sejuk baru dikeluarkan kertas minyak itu.


Bahan Filling
100 gram krim putar
100 gram blueberry filling atau apa pun



Krim yang telah diputar sebati.


1. Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak yang lain dengan corak zirafah di bahagian bawah.



 2. Sapukan blueberry filling di atasnya dan ratakan.

3. Letakkan krim di atasnya dan ratakan juga.
4. Gulung kek dengan kemas
5. Balut kek dengan kertas minyak dan simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong

MURTABAK AYAM -STEP BY STEP




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ke 11 kita berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.

Saya mahu berkongsi resepi Murtabak Ayam yang hubby saya masak untuk kami sekeluarga. Murtabak ini dijadikan hidangan berbuka puasa kami pada Ahad yang lepas. Memang hubby mengemari murtabak dan apabila bulan puasa ni selalunya hubby saya akan membuatnya sendiri. Puas hati katanya dari yang dibeli. Anak-anak pun suka. Hubby buat 6 biji murtabak dan balik sahaja dari solat terawikh kami makan lagi maka tiadalah pembaziran yang berlaku. Memang sodap dan saya terlupa pula nak ambil foto sekali dengan kuahnya. Hubby masak murtabak dan saya menyediakan kuah dalnya.

Jom kita tengok resepinya ye.

MURTABAK AYAM

Bahan-bahan:
A.
120 g daging cincang jenama RAMLY
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dihiris 
1 ulas bawang putih - dihiris
sedikit daun sup
garam secukupnya
6 biji telur

B.
Kulit Murtabak
250 gram tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar marjerin
sedikit garam
air secukupnya.
- gaulkan kesemua bahan sehingga sebagi dan boleh dibentuk doh. Ketepikan


Cara-cara untuk buat murtabak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering kisar. Masak seketika.
3. Masukkan daging ayam tadi dan kentang dadu. Biarkan hingga kentang empuk.
4. Jika terlalu kering, bolehlah ditambahkan air sedikit.
5. Apabila dah masak ketepikan.


6. Dalam mangkuk kecil masukkan 3 sudu besar inti tadi, bawang besar dadu, daun sup dan pecahkan sebiji      telur ke dalamnya dan dikacau rata.



7. Panaskan kuali leper dan disapukan sedikit mentega.
8. Canaikan kulit murtabak seperti mencanai roti canai tu.


                                             

Inilah dia tepung yang telah dijadikan doh sama seperti membuat roti canai

                                                    
Kulit murtabak yang telah dicanai.

9. Ambil kulit murtabak yang telah dicanai tadi dan letak di atas kuali leper. 


10. Letakkan inti yang telah dikacau tadi (6) dan tutup kulit murtabak tadi.




11. Balik-balikkan kedua-dua belah dan apabila telah masak bolehlah diangkat.
12. Sedap dimakan panas bersama kuah dal.





Nilah hasilnya murtabak yang dimasak sendiri oleh my hubby. 








Selasa, 8 Julai 2014

NASI GORENG KAMPUNG




Assalamualaikum,

Salam Ramadhan semua rakan. Bulan puasa tahun ni saya dan hubby agak kurang selera untuk berbuka dan bersahur. Maklumlah anak-anak sudah tinggal berjauhan di asrama dan universiti. Sedih juga rasanya kerana apabila tiba bulan puasa selalunya anak-anaklah yang memeriahkan suasana takala berbuka puasa.

Sahur kali ni saya masak nasi goreng kampung sahaja. Sedap dimakan panas-panas. Yang makan nasi ketika sahur hanyalah hubby dan haziq. Saya cuma mengambil segelas oat atau nestum sudah memadai.

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan

2 cawan nasi putih
segenggam ikan bilis - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
5-6 tangkai cili padi - ditumbuk
1 biji telur

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak.
2. Goreng bahan-bahan tumbuk sehingga garing.
3. Tambahkan garam.
4. Pecahkan telur dan dikacau.
5. Masukkan nasi dan digaul rata.

Isnin, 7 Julai 2014

CAKEY CHOCOLATE BROWNIES




Sedap tau dan lembut.






CAKEY CHOCOLATE BROWNIES
(Resepi asal : Azie Kitchen)

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/2 cawan tepung naik sendiri - saya gunakan 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
1/3 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula perang lembut
1/2 cawan mentega dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla
hirisan badam, kismis dll - saya gunakan hirisan kacang tanah

Frosting:
3/4 cawan gula halus
3-4 sudu besar serbuk koko
50 g mentega dicairkan - saya gunakan 1/2 cawan mentega
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170C. Gliskan loyang pembakar dengan mentega.




2. Satukan mentega cair dengan gula, telur dan esen vanilla. Pukul sebati.




3. Masukkan tepung, serbuk koko dan dikacau rata.




4. Masukkan pula kacang tanah hiris tadi. Gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar.
6. Bakar selama 25 -30 minit.
7. Tuangkan frosting ketika brownies masih panas.



Cara untuk Frosting:
Gaulkan semua bahan-bahan dan bolehlah dituangkan ke atas brownies.