AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Selasa, 15 April 2014

POP CORN @ PANTAI


Pop corn...salah satu snek kegemaran mereka yang berada di pawagam sambil menonton wayang. Semacam dah jadi satu kemestian pulak kan Wayang dan Pop Corn. Tapi hari ni tak delah saya buat untuk menonton wayang. Cuma tetiba teringat kat dapur tu masih ada lagi jagung untuk pop corn yang masih belum dimasak. So, buka pak google and terjumpa resepi Pop Corn dari blog Tiffinbiru (Dapur Tanpa Sempadan) dan saya pun ikutlah langkah demi langkah. Terima kasih ye Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi. Memang mudah dan sedap hasilnya.



Menari sekejap kuali saya ni...meletup-letup jagung tu bila kembang. Best pulak mendengarnya. Patutlah ada lagu..tudung periuk, tudung periuk pandai menari....


Gula pasir dicampurkan air. Bila larut ditambah mentega.


Pop corn yang baru dikeluarkan dari periuk. Biarkan sekejap


Gaulkan pop corn tadi dengan air gula yang telah pekat tadi. Lepas tu bolehlah dimakan...Sedap, manis dan garing.

POP CORN
(Resepi Asal: Tiffinbiru (Blog Dapur Tanpa Sempadan)

Bahan-bahan:
1/3 cawan jagung pop corn
1 camca besar mentega
21/2 sudu besar minyak masak

Bahan Karamel:
1/3 cawan gula pasir
1 camca besar mentega

Cara-cara:

1.Panaskan periuk dan panaskan minyak. Masukkan mentega dan apabila telah cair bolehlah dicuba masukkan sebiji jagung. Apabila ia meletup dan kembang, bolehlah dimasukkan kesemua jagung lain. Tutup tudung periuk dan tunggu sehingga semua jagung tadi kembang dan berhenti bunyi meletup-letup tu. Tutup api dan pindahkan pop corn ke dalam mangkuk untuk disejukkan sebentar.

2. Untuk karamel; gula pasir dimasak sehingga bertukar warna keperangan dan masukkan mentega. Apabila mentega dah cair bolehlah dimasukkan pop corn tadi. Gaul rata.

3. Bila dah agak sejuk bolehlah dimakan. 

Tiada ulasan: