AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Rabu, 16 April 2014

OATMEAL COOKIES


Tu dia...cookies saya yang rangup dan sedap.


 Oatmeal raisin cookies ni memang sedap dan senang dibuat. Saya perolehi resepi ni dari youtube (Joy of Baking). If Hari Raya buat cookies ni tapi saiznya kecil sedikit, memang laku dan sekejap jer licin...Bahan-bahannya tu boleh di adjust ikut sukalah. Saya gunakan mixed fruit yang ada kat dalam fridge tu instead of raisin dan tambah sedikit walnut panggang (pun yang dah ada dalam stok). Jom tengok resepinya.

OATMEAL COOKIES
Bahan-bahan:
3/4 cawan butter
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 sudu kecil baking soda
1 cawan mixed fruit
3 cawan oat segera
3/4 cawan tepung gandum 
1/2 sudu kecil cinnamon powder
kacang walnut cincang
secubit garam

Cara-cara:
1. Pukul mentega sehingga creamy. 
2. Campurkan gula perang. Pukul sehingga sebati.
3. Campurkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
4. Dalam mangkuk yang lain, gaulkan tepung gandum, baking soda, 
    garam dan cinnamon powder. Gaul sebatikan.
5. Campurkan bahan kering tadi ke dalam adunan mentega dan 
     gula.
6. Campurkan oat, mixed fruits dan kacang walnut. Gaul sebati.
7. Bolehlah dibentukkan mengikut suka dan letak atas dulang 
    pembakar.
8. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160C




Pukul mentega sehingga creamy


Campurkan gula perang. Pukul lagi hingga sebati.


Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi


Masukkan bahan-bahan kering tadi. Gaul dan pukul seketika.


Masukkan pula oat, mixed fruits dan kacang walnut. Kat sini saya gaul gula senduk kayu jer...


Dah siap pun adunannya. Simple kan..


Bentukkanlah cookies ini ikut suka masing-masing. Saya gunakan sudu jer...


Bakar dalam oven. Semasa membakar ni satu rumah berbau wangi dari oat tu kot...

Tiada ulasan: