AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 14 April 2014

PIZZA SEMPOI (BRUSCHETTA)


Assalamualaikum,

Pagi ni saya buat pizza sempoi untuk breakfast and dibekalkan juga untuk hubby ke pejabat. Sebenarnya semalam saya membeli 2 batang French bread yang masih lagi panas. So, terfikirlah nak buat pizza ni dari malam tadi lagi. Bawah pizza tu saya gunalah french bread tu dan atasnya untuk filling saya letak aje apa-apa sayur yang ada dalam fridge tu. Simple jer tapi sedap dan mudah.


Mulanya french bread tu dipotong sedikit bahagian atasnya untuk menyenangkan kita letakkan intinya nanti. Letakkan sos cili kegemaran masing-masing, lepas tu bolehlah diletakkan intinya diakhiri dengan cheese. Lagi banyak cheese lagi best tau. Bila makan tu bertali-tali jadinya. Bakar pun sekejap aje dalam 15 minit pun dah cukup. Makan panas-panas lagi best tau.


Ha..dah siap untuk dimasukkan ke dalam oven.


Suka tengok bila cheese tu cair apabila dibakar.


Sedapnya...bila nak makan tu boleh letak mayonis.

Pizza Sempoi

Bahan-bahan:
1 batang French Bread (potong 3 atau 4)
Cili sos
Mayonis
1 tangkai saderi -  dipotong dadu
1 biji tomato - didadu
1 capcisum merah - didadu
1/2 cawan cendawan butang - dihiris
sedikit garam
secubit lada hitam
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - didadu
1/2 paket ayam kisar Ramly

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan biarkan garing.
3. Masukkan serbuk kari, garam dan lada hitam.
4. Campurkan ayam kisar dan biarkan sehingga ayam masak.
5. Campurkan semua sayur-sayuran tadi dan kacau seketika 
    sebelum diangkat.
6. Sapukan roti  dengan sos cili dan letakkan inti yang dimasak tadi 
    diatasnya.
7. Taburkan cheese dan masukkan ke dalam oven untuk dibakar 
     selama 15 minit.


Tiada ulasan: