AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Sabtu, 12 April 2014

CREAM PUFF


      Cream Puff....saya adalah antara pengemar cream puff. Puff ni memang sedap, gebu dan mengenyangkan tapi nak membuatnya tulah yang menjadi masalah. Ini merupakan kali ke 3 saya membuatnya dan baru kali ni menjadi. Sebenarnya sewaktu saya ke Johor Baharu dan singgah di rumah sahabat saya Zeemah, beliau menghidangkan saya dengan Cream Puff dan memang menjadi keinginan saya untuk balik nanti dan mesti buat. 
       Baru minggu lepas saya berkesempatan untuk membuatnya dan sahabat saya telah memberikan saya panduan dari YouTube untuk membuatnya. Ini saya sertakan addressnya untuk sesiapa yang minat ye
http://www.youtube.com/watch?v=kYHGO4rvelo&feature=youtube_gdata_player

Saya pun layanlah video ni dan ikut step-by-step cara membuatnya. Terima kasih banyak-banyak ye Zeemah atas perkongsian ini. Memang menjadi, gebu gebana dan sedap. Jom kita layan resepinya yang mudah ni.

CREAM PUFF

Bahan-bahan:
100 ml air
60 g butter
secubit garam
3 biji telur
60 g tepung kek/roti

Caranya:
1. Masukkan air, butter dan garam ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api kecil sehingga butter cair dan mendidih 
    seketika. Tutup api.
3. Campurkan tepung dan kacau seketika.
4. Hidupkan semula api kecil dan kacau adunan tadi sehingga 
    menjadi lembut dan berkilat. Tutup api.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan kacau sekejap sehingga sejuk 
    dan sebati.
6. Campurkan telur tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan 
    menjadi likat atau berkilat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan atas dulang 
    pembakar mengikut bentuk yang dikehendaki.
8. Bakar selama 25 minit (180C)
9. Biarkan sejuk dahulu baru dibelah untuk diisi dengan whipping
    cream atau apa-apa inti yang dikehendaki. 

Selamat Mencuba



Tiada ulasan: