AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU MAHU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT.

AKU ADALAH ORANG BIASA, TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA.

DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TAPI AKU INGIN MEMBUAT SESUATU YANG ISTIMEWA.

Isnin, 22 Disember 2014

KEK ASAM MANIS KUKUS


Ini dia hasilnya. Sedap dan lembut. 

Assalamualaikum,

Today nak share resepi Kek Asam Manis Kukus yang saya perolehi resepinya dari blog Yatie Memories. Memang senang, , bahan-bahannya pun mudah dan yang paling penting ialah rasanya yang sedap dan teksturnya yang lembut. Jom ke resepinya ye.....

KEK ASAM MANIS

Bahan-bahan:

325 g mentega
250 g gula kastor
300 g tepung gandum
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh esen baking powder
100 g asam manis (Haw Flakes) - dicincang halus


Mula-mula panaskan kukusan. Pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang.


Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.


Campurkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Gaul sebati.


Campurkan pula asam manis tadi yang telah dicincang halus.


Sediakan loyang yang telah disapukan butter disekeliling dan dasarnya. Masukkan adunan tadi ke dalamnya.


Tutup loyang kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan menitis ke dalam adunan.
Kukus dengan api yang sederhana selama 1 jam atau sehingga kek masak.


Inilah rupanya kek yang telah siap dikukus.Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan.



Kek Asam Manis


Rabu, 17 Disember 2014

BENGKEL AMOS-SEM






Alhamdulillah,

Dah tiga kali saya memohon untuk mengikuti bengkel ini baru kali ini saya berjaya untuk menghadirinya. Bengkel selama 2 hari ini ini sangat berguna kepada saya kerana saya akan menggunakan AMOS-SEM dalam kajian saya. Prof Chua yang juga merupakan supervisor saya  sememangnya arif dalam metodologi kajian adalah penceramah bagi bengkel ini. Memang saya telah membuat persiapan sebelum menghadiri bengkel ini melalui sedikit pembacaan dan saya telah pun mempunyai perisian AMOS dalam lap top saya. Maklumlah saya ni bukannya mahir sangat dengan SPSS dan analisis data ni. So, kenalah buat persediaan sedikit. 

Terima kasih juga kepada IGS, UM kerana mengadakan bengkel ini secara percuma kepada pelajar-pelajar PhD yang sememangnya memerlukan bengkel seperti ini. Jika nak join kursus di luar rasanya beratus RM juga.

Prof Chua telah menyampaikan bengkel ini dengan jelas, step by step dan mudah difahami. Seperti biasa juga Prof Chua akan menyelitkan jokes yang menjadikan bengkel ini lebih menarik kerana tiada siapa pun yang mengantuk. Tqvm. Moga perjuangan kita dalam mencari ilmu ini diberkati Allah swt dan dipermudahkan olehNya.


Selasa, 16 Disember 2014

JEJARI ROTI BERSALUT COKLAT DAN STRAWBERI


Jejari roti bersalut coklat dan strawberi...sedapkan namanya, rasanya pun memang sodap apatah lagi bila coklat tu..hmmm memanglah cepat laku. Nak buatnya pun sonang aje. Jom kita layan...



Saya gunakan Roti Gardenia aje, dipotong seperti di atas tu. Lepas tu kita masukkan dalam oven lebih kurang 10 - 15 minit untuk roti tu garing. Keluarkan dan sejukkan dahulu sebelum disalut dengan coklat atau strawberi.

Sementara roti sejuk, bolehlah dicairkan coklat masakan secara double boiled atau masukkan sekejap dalam microwave tu aje lagi senang.


Apabila coklat dah dicairkan, kita celupkan jejari roti tadi sehingga menyelaputi keseluruhan roti. Hiaslah ikut kreativitii masing-masing. Bila dan siap simpan dalam bekas kedap udara.


Dah siap.....sedap sangat tau. Senang dan mesti dicuba.

Isnin, 15 Disember 2014

PhD - PERJALANAN HARUNGI DUGAAN



Assalamualaikum,

Saya mohon berkongsi apa yang saya perolehi dari Dr. O.T yang sememangnya menjadi role model kepada ramai pelajar yang sedang mengharungi dugaan dan cabaran dalam perjuangan untuk mengenggam PhD.


Postgraduate yang baru mendaftar ibarat baby yang baru lahir… memasuki satu dunia baru. Baby lahir tanpa dibekalkan “manual book” apa yang perlu dilakukan kepada bayi tersebut. 

Zaman dah berubah. Kalau dulu lahir jer pakai lampin kain…. kena beli.. basuh, kering dan lipat.. banyak masa terbuang…now…. semua guna diapers….. pakai buang sahaja .. mudah, cepat, practical, sistematik dan efisyen!!

Kelahiran calon PhD juga sama spt baby….tidak dibekalkan “manual book”, jadi peringkat awal adalah crucial dan banyak bergantung kepada manual dari SV. 

Malangnya SV juga dulu tidak dibekalkan “manual book”. 

Oleh itu jika ada SV yang dahulu suka dgn lampin.... sekarang berubahlah kepada diapers dahulu berkata begini.... sekarang ubahlah....

Dahulu: PhD ini tough, penuh duri, onak, lurah, dugaan dan dramatic 
Sekarang: PhD ini satu proses pembelajaran boleh dilalui secara yang sistematik 

Dahulu: Moga dipermudahkan perjalanan yang sukar ini
Sekarang: Segalanya mudah, jika kemahiran berikut dikuasai 

Dahulu: Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih brother ...
Sekarang: Sediakan jadual kerja and lets do it together !

Dahulu: Baca… dan baca lagi….jgn jumpa saya dulu buat menyemak !
Sekarang: Siapkan proposal apa yang awak baca dan faham biar saya semak

Dahulu: Cara ini salah…...lol !
Sekarang: Beginilah cara yang yang betul

Dahulu: Kenapa buat tajuk yang dah banyak orang buat?
Sekarang: Apa yang boleh disumbangkan oleh tajuk ini kepada knowledge dan menjawab kepada persoalan "So what ?"

Dahulu: Kalau saya dulu boleh buat kenapa tidak awak sekarang ni? 
Sekarang: Awak boleh buat lebih baik dari saya kerana banyak kemudahan dan kemahiran baru yang boleh awak pelajari...

Dahulu: Inipun awak tak tahu... guano ?
Sekarang: Inilah aspek yang perlu lagi awak explore ….


Inilah aspirasi baru yang penyelia perlu sedar...dan pelajar perlu ketahui. Semoga dengan adanya kerjasa kedua-dua pihak nilai research akan lebih baik dan memberi impak yang maksimum kepada agama, bangsa dan negara.

Ahad, 14 Disember 2014

SIRA LABU


Assalamualaikum,

Petang ni saya nak kongsi hasil Sira Labu yang hubby mohon buatkan. Labu ni dah dibeli 3 - 4 hari yang lalu tapi masih belum dimasak. So, hubby kata cuba lah buat Sira, mesti sedap. Saya pun apa lagi cari kat pak google tu dan jumpalah resepinya. Ada banyak juga yang dirujuk dan cara membuatnya agak senang.



Mula-mula labu dibuang kulit, dicuci dan direndam dalam air kapur selama lebih kurang 2 jam.
Ini adalah untuk mengelakkan labu itu menjadi terlalu lembik apabila dimasak nanti. Selepas direndam, labu tu perlu dicuci bersih-bersih untuk mengelakkan dari ada bau air kapur tadi ye.



Di dalam periuk, letakkan sedikit air (2-3 sudu besar) sahaja, tak boleh banyak tau takut nanti labu tu terlalu lembik tak sedap pulak. Lepas tu letakkan daun pandan sedikit. Kemudian taburkan sedikit gula (banyak mana nak letak tu terpulanglah mengikut selera masing-masing)



Ambil labu yang telah dicuci bersih tadi dan diletakkan atas taburan gula tadi. Kemudian taburlah lagi sedikit gula pasir ye.


Ini rupanya setelah ditaburkan gula pasir.


Saya letak lagi sedikit daun pandan untuk menjadikan Sira Labu ini wangi apabila dimasak.
Setelah 10 - 15 minit bolehlah ditutup apinya. 
Dah masaklah dan bolehlah dimakan.

Ahad, 7 Disember 2014

RAINBOW CAKE



Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga cubaan pertama saya untuk membuat Rainbow Cake ni. Memang dah lama saya merancang untuk membuat sendiri kek yang berwarna warni ni dan rasanya pun memang sedap apatah lagi dengan keenakan cream cheese tu. Memang lazat. Suami dan anak-anak pun suka dan memuji keenakan kek pelangi ini.

Terima kasih juga kepada blogger Azlita Masammanis dan Yatie Memories. Memang kedua-dua blog ini sentiasa menjadi rujukan saya kerana selain rasanya yang enak, cara memasak dan membuatnya juga mudah. Thank you very much Kak Ita dan Kak Yatie. Izinkan saya untuk menuliskan resepinya di bawah ye.

Rainbow Cake ni nak membuatnya tak lah rumit seperti yang saya mula-mula sangkakan. Saya menggunakan acuan kek yang bulat bersaiz 8 inci. Saya hanya ada dua acuan so saya membakarnya 4x roundlah. Warna yang menjadi pilihan pun ikut sukalah yang mana dirasakan menarik.

RAINBOW CAKE

Resepi Asal: Yatie Memories & Azlita Masammanis

Bahan-bahan:

 3 cwn tepung gandum 
4 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil garam 
1 cawan mentega
2 cwn gula castor 
5 biji putih telor 
2 sudu kecil esen vanila  
1/2 cawan susu segar 
pewarna - oren, merah jambu, merah, kuning, biru, ungu dan hijau 

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang 8 inc 
  2. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
  3. Panaskan oven pada suhu 170C.
  4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. 
  6. Masukkan esen vanila 
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar 
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. 
  9. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  10. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar 
  11. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata 

Ini antara warna yang saya gunakan.

 12. Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak 
      pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau
      sehingga kek benar-benar masak.
 13. Bila dah masak letak atas redai
 14.Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan.
 15.Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 7     
      lapisan 
 16.*Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak    
        comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. 

Untuk Cream Cheese Frosting 
Bahan 
  • 250 g cream cheese 
  • 120 g gula 
  • 120 g butter 
Cara-cara 
  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. 
  2. Sedia untuk digunakan. 
  3. Untuk melapis. 
  4. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran. 
  5. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. 
  6. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. 
  7. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. 
  8. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. 
  9. Hias mengikut kreativiti masing-masing.




Rainbow Cake yang telah siap dihias dengan cream cheese. 



Khamis, 6 November 2014

JUS DAN JEM ROSELLE


Alhamdullillah saya telah berjaya membuat jus dan jem Roselle sendiri. Pokok roselle ini saya tanam sendiri di rumah dan saya memperoleh biji benihnya dari sahabat saya Leong Mei Wei. Cepat sungguh pokok ni membesar dan buah roselle ini banyak bagi setiap pokok.




Inilah dia buah roselle yang telah dikutip dari taman saya. Kelopak bunganya itu perlu dikopek dan bijinya dibuang. Hanya perlu ambil kelopaknya sahaja seperti dalam tapis tu. 


Apabila dah dikopek basuh bersih-bersih dan masukkan dalam periuk, tambahkan gula dan air secukupnya. Rebus sehingga mendidih. Tapis dan asingkan air dan kelopak tadi. Airnya itu dimasukkan semula ke dalam periuk dan dimasak sehingga pekat (jika perlu tambah gula, tambahlah ikut citarasa sendiri). Sejukkan dan boleh disimpan dalam botol. Apabila dah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam botol dan apabila nak dibuat air, tuangkan jus dan tambah air serta ais. Nyaman sangat.

Untuk membuat jem pula, kelopak buah/bunga yang telah ditapis tadi masukkan ke dalam periuk dan ditambahkan gula secukupnya dan ditambah satu sudu kecil tepung jagung. Masak sehingga pekat dan apabila sejuk boleh disimpan dalam botol. Boleh dimakan bersama roti....sedap....

Khamis, 30 Oktober 2014

APAM BERAS






Assalamualaikum,

Sejak saya mula belajar ni memang saya jarang dapat update blog. Jika dapat update pun cuma ringkas sahaja.

Sebenarnya saya dah banyak kali masak apam beras ni. Resepinya masih lagi saya rujuk dari blog yatiememories. Memang mudah dan sedap. Anak-anak pun suka. Jom....layan resepi


APAM BERAS

Bahan-bahan:-

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil mauripan
kelapa parut + sedikit garam

Cara-cara:-

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur 
  2. Setelah hancur, campurkan gula dan blend  sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan yang diblender tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.





Selasa, 28 Oktober 2014

BADAK BERENDAM


Assalamualaikum,

Hari ni memang hari yang memenatkan bagi saya. Pagi saya ke library di UM dan petang baru balik. So untuk release stress apa lagi....masaklah.
Saya nak berkongsi tentang keenakan kuih badak berendam yang maid saya masak untuk hidangan petang kami sekeluarga. Saya memang  dikira bernasib baik kerana semua bibik saya baik-baik dan rajin. Semuanya cekap memasak dan saya hanya perlu menunjuk ajar sekali dua sahaja dan mereka dah boleh masak dan sedap juga.
Petang tu balik je, maid saya dah beritahu yang dia berjaya memasak kuih badam berendam ni. Memang sedap dan santannya juga cukup rasanya.

KUIH bADAK BERENDAM

Inti kepala
Tepung pulut
sedikit garam
air.
- campurkan bahan-bahan ini dan bentukkan bulat atau bujur
- isikan inti kelapad ditengahnya dan tutup semula
- bentukkan bulat
- didihkan air dalam periuk
- masukkan kuih tadi ke dalam air yang mendidih, apabila ia timbul angkat dan toskan.

1 cawan santan + secubit garam
- boleh dimasak dengan api kecil sehinnga agak mendidih tapi tak perlu lama sangat
- masukkan kuih tadi ke dalam santan dan bolehlah dihidangkan.

Khamis, 21 Ogos 2014

TOFU JEPUN



TOFU JEPUN

Bahan-bahan:

4 bungkus tofu jepun - potong, gaul dengan sedikit tepung jagung dan goreng
5 buah tomato ceri
4-5 kacang parang
1/2 batang karot - dipotong memanjang
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1 sudu makan sos tiram
1 bijj telur
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam

Cara-caranya:

1. Panaskan  minyak untuk goreng tofu tadi.
2. Tumis bahan hirisan hingga wangi
3. Masukkan karot dan kacang parang. Biarkan sebentar.
4. Tambahkan sedikit air, sos tiram, garam dan lada hitam. Biar mendidih.
5. Kemudian masukkan telur dan apabila telah pekat, tutp api dan tuang kuah di atas tofu.


Selasa, 19 Ogos 2014

SUP AYAM




Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi resepi yang mudah sahaja iaitu Sup Ayam. Nak cepat ni so terus ke resepinya ye..

SUP AYAM

Bahan-bahan:

1 kg ayam - dibersihkan di potong kecil (taklah kecil sangat ye)
4 biji kentang - dipotong 4
1 batang karot - didadu
daun sup
bawang goreng
2 biji tomato - dibelah 5
1 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
6 ulas bawang merah - ditumbuk
garam
lada hitam
sup bunjut
kuib ayam Knorr

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumislah bahan-bahan tumbuk tadi sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga air ayam itu tinggal sedikit sahaja.
3. Masukkan air, kentang dan karot.
4. Campurkan garam, lada sulah dan kiub ayam. Biarkan sehingga kentang dan karot lembut atau empuk.
5. Kemudian tambahkan tomato, daun sup dan bawang goreng. 
6. Siap untuk dihidangkan.

Ahad, 13 Julai 2014

KUEH TEOW GORENG


Assalamualaikum,

Bila tiba bulan puasa ni, bila petang aje mulalah berfikir apa yang nak dimasak. So petang semalam saya buat kueh teow goreng sebagai pembuka selera.

KUEH TEOW GORENG

Bahan-bahan:
1 kilogram kueh teow
1 ulas bawang putih -ditumbuk
3 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 cawan kerang - direbus dan diambil isinya
segenggam udang putih
fish cake dan fish ball mengikut citarasa masing-masing
taugeh secukupnya
daun kucai - dipotong-potong sepanjang 1 inci
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
1 biji telur

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi
2. Masukkan udang putih dan kerang. Biarkan seketika.
3. Masukkan sos tiram, garam dan kicap manis.
4. Pecahkan telur ke dalamnya dan ditambah sedikit air panas.
5. Masukkan kueh teow dan digaul rata.
6. Masukkan taugeh dan daun kucai.
7. Apabila dah masak bolehlah diangkat.

Sabtu, 12 Julai 2014

SUP CENDAWAN



Assalamualaikum,

Simple jer resepi yang saya nak kongsi hari ni iaitu Sup Cendawan. Jom tengok bahan dan caranya ye.

Sup Cendawan

Bahan-bahan:
1 paket cendawan tiram
2 biji tomato - belah 4
4 - 5 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
garam secukupnya
1 ketul kuib ayam Knorr

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris.
2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan cendawan, garam, cili padi dan kiub ayam. Biarkan seketika.
4. Masukkan tomato dan bolehlah ditutupkan apinya.

Senangkan....

Jumaat, 11 Julai 2014

BISKUT BADAM RANGUP


Biskut badam yang telah siap.


Seperti biasa Hazim lah yang pertama akan merasa biskut ni. Tak sabar-sabar dia nak tunggu biskut ni masak. Asyik ke dapur dan bertanya bila boleh makan biskut.


Assalamualaikum,

Biskut badam ni merupakan biskut yang saya buat sebelum bulan puasa lagi. Saja nak try  dahulu sebelum buat untuk raya nanti. Saya perolehi dari blog Kak Yati (yatiememories.blogsot.com. Biskut ni memang rangup dan tidak terlalu manis. Mohon saya untuk share resepi ye kak yati.

BISKUT BADAM RANGUP
(Sumber: Yatie memories)

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)
kacang tanah -digoreng dan dihias atas biskut (ni saya tambah)

Untuk Hiasan:-1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul 
    hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung
     tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan 
     kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang
    pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. 
4.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.


 Lepas diterap dan disapukan telur serta saya diletakkan kacang tanah.


Rupanya setelah siap dibakar.




Khamis, 10 Julai 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG



Assalamualaikum,

Untuk berbuka semalam saya hanya memasak sup cendawan dan sambal tumis sotong. Bulan puasa ni selera pun kurang sedikit. Hari-hari mesti asyik fikir apa nak masak aje. Masak yang simple jer lagi mendapat sambutan dan yang penting tidak membazir.

SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahan:
1 kg sotong
2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
4 sudu besar cili kering kisar
1 keping asam keping
1 cawan santan
garam secukupnya
minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan cili kering kisar sehingga garing tetapi bukannya sampai hangus ye.
2. Masukkan sotong tadi dan dibiarkan seketika atau hingga sotong separuh masak.
3. Setelah itu m.asukkan bawang putih dan bawang besar. Biarkan seketika.
4. Masukkan santan serta asam keping dan dikacau rata
5. Apabila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.