Assalamualaikum,
Petang ni saya nak kongsi hasil Sira Labu yang hubby mohon buatkan. Labu ni dah dibeli 3 - 4 hari yang lalu tapi masih belum dimasak. So, hubby kata cuba lah buat Sira, mesti sedap. Saya pun apa lagi cari kat pak google tu dan jumpalah resepinya. Ada banyak juga yang dirujuk dan cara membuatnya agak senang.
Mula-mula labu dibuang kulit, dicuci dan direndam dalam air kapur selama lebih kurang 2 jam.
Ini adalah untuk mengelakkan labu itu menjadi terlalu lembik apabila dimasak nanti. Selepas direndam, labu tu perlu dicuci bersih-bersih untuk mengelakkan dari ada bau air kapur tadi ye.
Di dalam periuk, letakkan sedikit air (2-3 sudu besar) sahaja, tak boleh banyak tau takut nanti labu tu terlalu lembik tak sedap pulak. Lepas tu letakkan daun pandan sedikit. Kemudian taburkan sedikit gula (banyak mana nak letak tu terpulanglah mengikut selera masing-masing)
Ambil labu yang telah dicuci bersih tadi dan diletakkan atas taburan gula tadi. Kemudian taburlah lagi sedikit gula pasir ye.
Ini rupanya setelah ditaburkan gula pasir.
Saya letak lagi sedikit daun pandan untuk menjadikan Sira Labu ini wangi apabila dimasak.
Setelah 10 - 15 minit bolehlah ditutup apinya.
Dah masaklah dan bolehlah dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan