Alhamdullillah saya telah berjaya membuat jus dan jem Roselle sendiri. Pokok roselle ini saya tanam sendiri di rumah dan saya memperoleh biji benihnya dari sahabat saya Leong Mei Wei. Cepat sungguh pokok ni membesar dan buah roselle ini banyak bagi setiap pokok.
Inilah dia buah roselle yang telah dikutip dari taman saya. Kelopak bunganya itu perlu dikopek dan bijinya dibuang. Hanya perlu ambil kelopaknya sahaja seperti dalam tapis tu.
Apabila dah dikopek basuh bersih-bersih dan masukkan dalam periuk, tambahkan gula dan air secukupnya. Rebus sehingga mendidih. Tapis dan asingkan air dan kelopak tadi. Airnya itu dimasukkan semula ke dalam periuk dan dimasak sehingga pekat (jika perlu tambah gula, tambahlah ikut citarasa sendiri). Sejukkan dan boleh disimpan dalam botol. Apabila dah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam botol dan apabila nak dibuat air, tuangkan jus dan tambah air serta ais. Nyaman sangat.
Untuk membuat jem pula, kelopak buah/bunga yang telah ditapis tadi masukkan ke dalam periuk dan ditambahkan gula secukupnya dan ditambah satu sudu kecil tepung jagung. Masak sehingga pekat dan apabila sejuk boleh disimpan dalam botol. Boleh dimakan bersama roti....sedap....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan