Assalamualaikum,
Hari ni memang hari yang memenatkan bagi saya. Pagi saya ke library di UM dan petang baru balik. So untuk release stress apa lagi....masaklah.
Saya nak berkongsi tentang keenakan kuih badak berendam yang maid saya masak untuk hidangan petang kami sekeluarga. Saya memang dikira bernasib baik kerana semua bibik saya baik-baik dan rajin. Semuanya cekap memasak dan saya hanya perlu menunjuk ajar sekali dua sahaja dan mereka dah boleh masak dan sedap juga.
Petang tu balik je, maid saya dah beritahu yang dia berjaya memasak kuih badam berendam ni. Memang sedap dan santannya juga cukup rasanya.
KUIH bADAK BERENDAM
Inti kepala
Tepung pulut
sedikit garam
air.
- campurkan bahan-bahan ini dan bentukkan bulat atau bujur
- isikan inti kelapad ditengahnya dan tutup semula
- bentukkan bulat
- didihkan air dalam periuk
- masukkan kuih tadi ke dalam air yang mendidih, apabila ia timbul angkat dan toskan.
1 cawan santan + secubit garam
- boleh dimasak dengan api kecil sehinnga agak mendidih tapi tak perlu lama sangat
- masukkan kuih tadi ke dalam santan dan bolehlah dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan