Assalamualaikum.
Ikan bilis ni memang ramai yang suka dan sebenarnya mengandungi banyak khasiat untuk kita semua. Tapi ada juga yang tersalah anggap dan berkata jika kita makan banyak ikan bilis tak elok untuk badan dan boleh kena darah tinggi sebab masin. Betul ke...Jadi selepas kita tengok menu saya ni saya akan berkongsi dengan tuan puan mengenai khasiat ikan bilis. Sebelum tu jom kita tengok resepi dulu ye.
IKAN BILIS MASAK KICAP
Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis - digoreng dengan minyak yang sedikit
7 - 8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar - dihiris
kicap manis secukupnya.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang dan cili padi.
2. Goreng hingga bawang agak layu sedikit .
3. Masukkan kicap secukupnya dan boleh juga ditambah sedikit air.
4. Tambahkan garam.
5. Bila dah mendidih masukkan ikan bilis. Dah siap....
Ok. Sekarang jom kita sama-sama baca berkaitan khasiat ikan bilis yang saya perolehi dari blog Tips Sihat Selalu.
Kebaikan dan Khasiat Ikan Bilis (Anchovy)
Ikan bilis tidak asing lagi dalam masakan kita masyarakat Melayu. Ada yang menjadikannya sebagai perencah, digoreng dan dibuat sambal dan tidak kurang memasukkannya ke dalam gulai untuk menambah rasa. Bagi yang berpantang dalam bersalin, menu yang biasa diambil adalah ikan bilis goreng yang rangup dimakan dengan nasi putih panas. Sangat menyelerakan.
Namun, adakah anda tahu kelebihan nutrien yang ada dalam ikan bilis? Jom semak, apakah Vitamin dan khasiat di sebalik ikan kecil ini.

Vitamin A.
Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. Menurut National Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.
Kalsium
Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100 g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.
Kalium
Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383 mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot.
Selenium
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36 mcg setiap hidangan. Selenium digunakan untuk penyakit-penyakit jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga untuk membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit, laporan dari MedlinePlus.

















