Sejak akhir-akhir ni saya suka pula membuat roti. Adalah 3 atau 4 jenis roti yang telah dibuat. Semuanya sedap-sedap belaka. Yang ini ialah Mexican Bun yang saya buat Sabtu lepas dengan merujuk kepada blog Kak Ina KL. Memang sedap betul roti ni, ala ala Papa Roti tau. Bila dibakar tu baunya semerbak, satu rumah berbau harum kerana coffee yang digunakan tu.
Roti ni memang sedap dan kalau kami ke Jusco tu memang akan membeli Papa Roti yang dijual. So, bila dah tahu buat ni lain kali tak perlu beli lagi.
Mexican Bun ni memang sedap dan mendapat sambutan dari hubby dan anak-anak. Maid saya pun siap salin resepinya, dia kata mana lah tahu kok satu hari nak buat pulak.
Mexican Bun
Resepi asal: KakInaKl
Olahan : nazreen
Bahan-bahan:
A - Inti
200 gram mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 g gula perang
1. Pukul mentega
2. Masukkan esen vanilla dan gula perang
3. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulat-bulatkan.
4. Simpan dalam peti sejuk.
* Saya tak buat langkah 3. Saya terus masukkan dalam fridge tanpa dibulat-bulatkan.
Ini adalah bahan-bahan untuk membuat intinya.
Sedia untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.
B - Topping
200 gram mentega
160 gram gula icing
3 biji telur
1 sudu teh perisa kopi ( saya guna nescafe 3 in 1)
200 gram tepung gandum
1. Putar mentega dan gula icing.
2. Masukkan telur.
3. Campurkan bancuhan nescafe.
4. Masukkan tepung.
5. Masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk.
* Topping ni agak banyak tau, so lain kali bolehlah dikurangkan.
Ini pula bahan-bahan untuk topping.
Topping yang telah siap dimasukkan ke dalam piping bag dan disimpan dalam peti sejuk.
C - Doh
500 gram tepung roti
20 gram susu tepung
2 sudu teh bread improver
2 sudu teh bread softener
75 gram gula kastor
1 biji telur
3 sudu teh yis segera
270 ml air
60 gram mentega
sedikit garam
1. Gaul rata tepung bersama susu tepung, bread improver, gula dan
garam.
2. Campurkan yis, bread softener dan gaul rata.
3. Campurkan telur dan air.
4. Uli adunan tadi dan dicampurkan mentega.
5. Uli sehingga doh lembut dan licin. (Saya uli lebih kurang dalam
20 minit)
Doh yang telah diuli
6. Bahagikan doh kepada bebola kecil (55 gram setiap satu)
Bahagikan doh kepada bebola kecil.
Biarkan doh naik
7. Biarkan doh naik dua kali ganda.
8. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh dan uli seketika.
9. Leperkan doh dan letakkan inti tadi. Tutup semula.
Letakkan inti ditengah-tengah doh dan tutup semula.
10. Susun atas dulang pembakar.
11. Rehatkan 45 minit.
12. Pipekan topping atas bun secara spiral bermula dari tengah.
Pipekan topping atas bun secara spiral.
13. Bakar 25 minit dengan suhu 170C. (Saya punya mexican bun ni
tergelap sikit, maybe suhunya panas kot)
Sewaktu dibakar, toppingnya tu mencair dan berbau sangat harum.
Mexican bun saya yang telah siap dibakar. Memang sedap dan berbaloi membuatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan